MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
AGENSI PEKERJAAN KAWASAMA (M) SDN BHD & YANG LAIN LWN. LEE SHI VING
[Guaman No: JA-23CY-2-11/2020]
| Table of Content |
|---|
| 1. background of plaintiffs and claims (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. elements of defamation established (Para 4 , 31) |
| 3. allegations of defamation by plaintiffs (Para 5 , 6 , 8 , 9 , 29) |
| 4. court's reasoning on truth of statements (Para 10 , 11 , 25 , 26 , 27 , 28) |
| 5. context of defendant's statements (Para 12 , 22 , 24) |
| 6. justification defense by defendant (Para 32 , 33 , 34) |
Mukadimah
[1] Sebagai latar belakang ringkas, Plaintif Pertama adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan membekalkan pembantu rumah kepada orang ramai ("maid supply agency") manakala Plaintif Kedua merupakan pengarah dan pemegang saham Plaintif Pertama. Plaintif Ketiga adalah pekerja Plaintif Pertama dan Defendan pula merupakan bekas pelanggan Plaintif Pertama.
[2] Pada 12 Julai 2021, Plaintif-plaintif telah memfailkan writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan bagi mendapatkan perintah antaranya, permohonan maaf, injunksi, kos dan ganti rugi yang dialami mereka akibat daripada tindakan Defendan yang menerbitkan penyataan-penyataan fitnah dan innuendo terhadap Plaintif-plaintif dalam dua hantaran di Facebook.
[3] Semasa perbicaraan penuh dijalankan, Plaintif Kedua (SP1) dan Ketiga (SP2) telah memberi keterangan bagi pihak Plaintif-plaintif, manakala Defendan sendiri (SD2) memberi keterangan bagi pihaknya.
Undang-Undang Berkaitan Fitnah
[4] Undang-undang mengenai saman fitnah merupakan suatu yang telah mantap dalam sistem perundangan di Malaysia. Dalam kes Khalid Abdul Samad v. Dato Dr Hasan Haji Mohamed Ali 2016 MarsdenLR 1254 ; [2016] 5 MLJ 205 Mahhkamah Rayuan menetapkan bahawa beban pembuktian adalah ke atas plaintif bagi membuktikan tiga elemen berikut telah wujud:
(a) pernyataan-pernyataan yang diadukan itu adalah mengandungi unsur-unsur fitnah;
(b) pernyataan-pernyataan fitnah tersebut adalah merujuk kepada plaintif; dan
(c) pernyataan-pernyataan fitnah tersebut telah diterbitkan kepada pihak ketiga (penyiaran).
Sama Ada Pernyataan Yang Diadukan Itu Mengandungi Unsur Fitnah
[5] Bagi elemen pertama, Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa kedua hantaran yang dimuat naik oleh Defendan membawa maksud Plaintif Pertama menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan undang- undang serta menipu, memutar belit dan jahat (lihat perenggan 18 Pernyataan Tuntutan Terpinda). Ini dapat dilihat dalam hantaran yang dibuat oleh Defendan dalam akaun Facebook KL Chat Station pada 16 Disember 2019, di mana beliau dengan menggunakan nama pengguna sebagai "Yumiez Lee" telah membuat hantaran pertama yang berikut:
[6] Menurut Plaintif-Plaintif hantaran yang dibuat oleh Defendan tersebut adalah fitnah bagi menggambarkan Plaintif Pertama sebagai agensi yang tidak boleh dipercayai dan terlibat dalam aktiviti berunsur fraud dan penipuan.
[7] Walaupun hantaran ini telah dipadan tidak lama selepas itu, namun pada 9 Januari 2020 pukul 9.34 malam Defendan sekali lagi telah membuat hantaran seperti di bawah di platform yang sama.
[8] Plaintif-Plaintif mendakwa kedua-dua hantaran yang dibuat oleh Defendan merupakan fitnah bagi menjatuhkan imej dan maruah mereka.
[9] Bagaimanapun, Defendan menegaskan bahawa kedua-dua hantaran itu bukanlah fitnah. Sebaliknya ia merupakan fakta dan bertujuan minta bantuan pengguna facebook yang mengenali Plaintif Kedua agar memintanya menghubungi Defendan dan menyelesaikan hutang berkenaan.
[10] Dalam menentukan sama ada hantaran yang dibuat oleh Defendan merupakan fitnah atau sebaliknya, saya suka merujuk kepada kes Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub v. Bre Sdn Bhd & Ors 1995 MarsdenLR 355 ; 1995 MarsdenLR 1690 di mana Richard Malanjum HMT (pada masa itu) menetapkan bahawa dalam menilai pernyataan yang dikatakan mengandungi fitnah, mahkamah perlu menilai perkataan tersebut secara keseluruhan dan mengikut konteksnya. Beliau menyatakan:
With respect, I must say that in doing what the learned counsel did, he failed to apply the correct test as discussed earlier on in this judgment in construing the words complained of. I
Khalid Abdul Samad v. Dato Dr Hasan Haji Mohamed Ali
Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub v. Bre Sdn Bhd & Ors
Chok Foo Choo v. The China Press Bhd
Jb Jeyaretnam v. Goh Chok Tong
Raja Syahrir Abu Bakar & Anor v. Manjeet Singh Dhillon & Other Appeals
Chong Swee Huat & Anor v. Lim Shian Ghee T/A L & G Consultants & Education Services
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.