2025 MarsdenLR 281
MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
MOHD SHARWANDY SOLLAHUDDIN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: KA-42ES-1-06/2024 KA-42ES-2-06/2024 & KA-42ES-3-06/2024]
The court affirmed that separate charges under the Wildlife Conservation Act do not constitute duplicity, and the element of 'keeping' wildlife does not require exclusive possession to be proven.
Headnote:(A) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - Seksyen 68(2)(a) dan 86(1)(c) - Pertuduhan terhadap penyimpanan hidupan liar yang dilindungi - Perayu didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan menyimpan 81 tenggiling - Isu kependuaan pertuduhan dan pembuktian elemen 'menyimpan' dibincangkan - Mahkamah memutuskan tiada merit dalam rayuan Perayu dan sabitan dikekalkan. (Paras 1-57)
Facts of the case:
Kes ini melibatkan tiga rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di mana Perayu disabitkan dengan tiga pertuduhan di bawah Akta 716 berkaitan penyimpanan hidupan liar yang dilindungi. Semasa serbuan, 81 tenggiling ditemukan dalam keadaan dikurung. (Paras 1-6)
Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan tidak melanggar prinsip kependuaan dan elemen 'menyimpan' telah dibuktikan. Hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. (Paras 19, 41, 55)
Issues: Isu yang dibangkitkan termasuk kependuaan pertuduhan, pembuktian elemen 'menyimpan', percanggahan keterangan saksi, kelengkapan siasatan, dan kesesuaian hukuman. (Paras 7-54)
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua pertuduhan adalah berbeza dan tidak melanggar prinsip kependuaan. Elemen 'menyimpan' tidak memerlukan bukti pemilikan eksklusif, dan hukuman yang dijatuhkan adalah wajar berdasarkan keterangan yang ada. (Paras 18, 28, 55)
Result: Keseluruhan rayuan ditolak dan sabitan serta hukuman dikekalkan.
| Table of Content |
|---|
| 1. overview of appeals and charges (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. circumstances of the case and wildlife seizure (Para 4 , 5 , 6) |
| 3. duplicity and double jeopardy principles (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16) |
| 4. court's decision on duplicity issue (Para 18 , 19) |
| 5. definition and proof of 'keeping' wildlife (Para 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26) |
| 6. evidence of control over premises (Para 30 , 31 , 32 , 33 , 34 , 35 , 36 , 40) |
| 7. credibility of prosecution witnesses (Para 42 , 43 , 44 , 45 , 46) |
| 8. completeness of investigation (Para 48 , 49 , 50 , 51 , 52) |
| 9. assessment of sentencing (Para 54 , 55) |
Pendahuluan
[1] Kes ini melibatkan 3 rayuan ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS). Rayuan pertama (KA-42ES-1-06/2024) dan rayuan kedua (KA-42ES-2-06/2024) adalah oleh Mohd Sharwandy bin Sollahuddin (Perayu) ke atas sabitan dan hukuman. Manakala rayuan ketiga (KA-42ES-3-06/2024) adalah rayuan oleh Pendakwa Raya (PR) ke atas hukuman.
[2] Di Mahkamah Sesyen, Perayu telah dituduh dan dibicarakan bagi 3 pertuduhan di bawah s 68(2)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu kesalahan menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta 716. Perayu turut dituduh dan dibicarakan bagi pertuduhan di bawah s 86(1)(c) Akta 716 iaitu kesalahan menyimpan hidupan liar yang dilindungi dengan cara dikurung dan diikat di dalam karung plastik yang menyebabkan penderitaan dan ketidakselesaan kepada hidupan liar tersebut.
[3] Perayu telah dibicarakan dan di akhir kes, Perayu telah disabit dan dihukum seperti berikut:
(a) bagi pertuduhan pertama di bawah di bawah s 68(2)(a) Akta 716, Perayu dipenjara 24 bulan dari tarikh jatuh hukum;
(b) bagi pertuduhan kedua di bawah di bawah s 68(2)(a) Akta 716, Perayu dipenjara 78 bulan dari tarikh jatuh hukum;
(c) bagi pertuduhan ketiga di bawah di bawah s 68(2)(a) Akta 716, Perayu dipenjara 78 bulan dari tarikh jatuh hukum; dan
(d) bagi pertuduhan keempat di bawah di bawah s 86(1)(c) Akta 716, Perayu dipenjara 9 bulan dari tarikh jatuh hukum.
Fakta Kes
[4] Kes ini berpunca dari maklumat yang diterima oleh SP4 yang membawa satu pemerhatian serta serbuan ke atas satu premis yang merupakan sebuah rumah beralamat di No B30, Taman Teratai Permai, Jalan Langgar, Mukim Limbong, 05460 Alor Setar, Kedah (premis tersebut). Semasa serbuan dilakukan, Perayu telah dikatakan cuba menghalang SP4 dan pasukan serbuan dari Jabatan Perhilitan dari memasuki premis tersebut.
[5] Selepas berjaya memasuki premis tersebut, SP4 telah menjalankan pemeriksaan dan menjumpai 81 ekor tenggiling (hidupan liar) yang telah diletakkan di dalam karung guni berwarna hitam dan biru, karung guni hitam dan karung guni biru (P10 (1-81)) di bahagian ruang tamu premis tersebut. Perayu gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen yang membenarkan Perayu menyimpan hidupan liar tersebut.
[6] Kesemua hidupan liar tersebut telah disahkan oleh SP6, yang merupakan pakar pengecaman hidupan liar, sebagai tenggiling (Manis javanica).
Isu-Isu Yang Berbangkit
[7] Berdasarkan hujahan peguam Perayu dan Tuan TPR, terdapat 5 isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini iaitu;
(a) sama ada pertuduhan-pertuduhan adalah satu kependuaan (duplicity);
(b) sama ada pihak PR telah berjaya membuktikan elemen "menyimpan";
(c) sama ada terdapat percanggahan di dalam keterangan- keterangan saksi-saksi PR;
(d) sama ada siasatan SP11 adalah tidak lengkap; dan
(e) sama ada hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal
Analisis Dan Dapatan Mahkamah
Isu (a); Sama Ada Pertuduhan-Pertuduhan Adalah Satu Kependuaan (Duplicity)
[8] Isu (a) berbangkit apabila terdapat 2 seksyen kesalahan yang berbeza dipertuduhkan kepada Perayu. Seksyen pertama adalah di bawah s 68(2) Akta 716 manakala seksyen kedua adalah di bawah 86(1)(c) Akta 716. Peguam menghujahkan bahawa ia melibatkan 81 ekor hidupan yang sama dan oleh yang demikian ia menimbulkan isu kependuaan pertuduhan kerana melibatkan pendakwaan dua kali (double jeopardy) berkaitan sabjek yan