2025 MarsdenLR 3116
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KANGAR
AHMAD FIKRI BAKAR LWN. INSP KANESON MAGANATHAN & YANG LAIN
[Rayuan Sivil No: RA-12B-1-04/2023]
The burden of proof lies on the claimant, and arrests made under reasonable suspicion are lawful if procedural requirements are met. Malicious prosecution claims require strict proof of intent and lack of reasonable cause.
Headnote:(A) Akta Keterangan 1950 - Seksyen 101 dan 102 - Kanun Tatacara Jenayah - Seksyen 23(1) dan 117 - Penahanan dan tangkapan - Mahkamah menolak rayuan mengenai penahanan yang didakwa salah dengan alasan bahawa prosedur yang ditetapkan telah dipatuhi dan terdapat maklumat yang kredibel bagi alasan penangkapan - Mahkamah mendapati bahwa keterangan yang diberikan oleh pemohon tidak mencukupi untuk menyokong tuntutannya. (Paras 4-12)
(B) Beban pembuktian - Beban bukti terletak kepada pihak yang menuntut secara keseluruhan, di mana cukup untuk pembuktian pada awal kes dan beralih berdasarkan bukti yang ada. (Paras 4, 36)
(C) Pendakwaan berniat jahat - Elemen yang diperlukan bagi dakwaan ini termasuk tiada sebab berpatutan untuk mendakwa, dan tiada bukti menunjukkan niat jahat oleh Defendan. (Paras 39-46)
(D) Tidak ada bukti mencukupi mengenai kerugian yang dituntut oleh Pemohon. (Paras 46-50)
| Table of Content |
|---|
| 1. facts of arrest and claims of the plaintiff (Para 1 , 7 , 8 , 9) |
| 2. plaintiff's arguments against lower court's decision (Para 2 , 11) |
| 3. evaluation of evidence and finding of reasonable suspicion (Para 10) |
| 4. conclusion on the validity of the arrest and claims (Para 12 , 13) |
[1] Ini adalah rayuan Perayu/Plaintif terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kangar ("HMS") pada 5 April 2023 yang telah menolak tuntutan Perayu/Plaintif terhadap Responden-Responden/ Defendan-Defendan dengan kos sebanyak RM5,000.00. Dalam Penghakiman ini, Perayu dan Responden-Responden akan dirujuk sebagaimana mereka dikenali di Mahkamah Sesyen.
[2] Alasan rayuan Perayu/Plaintif seperti mana yang dinyatakan dalam Memorandum Rayuan Tambahan adalah seperti yang berikut:
"(a) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila memutuskan bahawa tidak berlaku penahanan dan tangkapan salah oleh Responden-Responden terhadap Perayu;
(b) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila memutuskan bahawa wujudnya aduan yang munasabah, maklumat yang boleh dipercayai atau syak munasabah semata-mata berdasarkan Laporan Polis Kangar 6409/18;
(c) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila gagal menilai keterangan berbentuk alibi yang telah dikemukakan oleh Perayu;
(d) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila memutuskan tiada sebarang kecuaian oleh Responden-Responden apabila meneruskan penahanan terhadap Perayu walaupun alibi telah dikemukakan semasa di dalam tahanan;
(e) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila memutuskan bahawa tidak berlaku pendakwaan berniat jahat oleh Responden-Responden terhadap Perayu;
(f) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila gagal untuk menentukan nilai ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk walaupun telah menolak tuntutan Perayu;
(g) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila gagal untuk mengambilkira kegagalan Defendan Kedua sebagai pegawai penyiasat untuk memberikan keterangan sebagai saksi Defendan- Defendan apabila membuat keputusan;
(h) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila memutuskan bahawa wujudnya konflik dan perselisihan faham di antara mangsa dan Perayu walaupun keterangan menunjukkan sebaliknya;
(i) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila bergantung kepada senarai pihak yang disyaki walaupun senarai tersebut gagal dikemukakan di dalam mahkamah sebagai keterangan;
(j) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila gagal untuk mengambilkira percanggahan yang jelas di dalam keterangan SD1 dan SD2; dan
(k) Tuan Hakim telah terkhilaf, dari segi fakta dan undang-undang, apabila gagal mengambilkira kegagalan pihak Defendan untuk mengemukakan kepada mahkamah dokumen-dokumen sebagai menyokong keterangan saksi-saksi Defendan-Defendan di dalam membuat keputusan;".
[3] Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala Rekod Rayuan, Alasan Penghakiman HMS serta penghujahan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan oleh Perayu/Plaintif dan Responden-Responden/Defendan-Defendan, Mahkamah ini telah menolak rayuan Perayu/Plaintif tersebut dengan tiada perintah terhadap kos. Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah.
[4] Pertama, berdasarkan ss 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], beban pembuktian sentiasa terletak pada bahu pihak yang menuntut atau pihak yang menghendaki Mahkamah untuk memberikan penghakiman kepadanya.
[5] Prinsip undang-undang ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan & Anor v. Secure Plantation Sdn Bhd ; [2017] 5 CLJ 418 . Dalam penghakiman yang disampaikan oleh Jeffrey Tan FCJ, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut:
"[49] The expression 'onus of proof' does not appear in the Evidence Act.