2025 MarsdenLR 1332
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
BAYU RIMBA ENTERPRISE LWN. KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: WA-21NCvC-71-06/2022]
The court ruled that the plaintiff failed to prove the appointment as an agent and lacked contractual relationship with the defendants, leading to the dismissal of the claim for damages.
Headnote:(A) Akta Orang Asli 1954 - Seksyen 14(1) - Tuntutan ganti rugi akibat penamatan kontrak - Tuntutan plaintif ditolak kerana tiada bukti pelantikan sebagai ejen oleh defendan pertama dan tiada hubungan kontraktual dengan defendan kedua dan ketiga. (Paras 31, 58, 60)
(B) Beban Pembuktian - Beban pembuktian terletak kepada pihak yang ingin membuktikan fakta yang didakwa, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950. (Paras 22, 50)
(C) Prinsip Kontrak - Hanya pihak yang dinyatakan dalam kontrak terikat dengan terma-terma kontrak tersebut, dan defendan pertama tidak terikat oleh Perjanjian Kerjasama antara plaintif dan defendan keempat. (Paras 36, 58)
(D) Kelayakan Ganti Rugi - Tuntutan ganti rugi khas mesti dibuktikan secara terperinci dan tidak memadai hanya dengan penyataan kerugian. (Paras 50, 56)
Facts of the case:
Tuntutan plaintif berjumlah RM18,184,478.94 akibat penamatan pelantikan sebagai ejen untuk mengurus ladang kelapa sawit. Tindakan defendan pertama dan kedua dalam mengeluarkan notis dan perintah larangan adalah sabit dan sah. (Paras 1, 60)
Findings of Court:
Mahkamah mendapati plaintif gagal membuktikan pelantikan dan kerugian yang didakwa, serta tiada hubungan kontraktual dengan defendan pertama, kedua, dan ketiga. (Paras 58, 60)
Issues: Adakah plaintif dilantik sebagai ejen oleh defendan pertama? Adakah notis pembatalan dan perintah larangan sah? Adakah plaintif berhak menuntut ganti rugi? (Paras 32, 39, 48)
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa plaintif tidak dapat membuktikan pelantikan dan kerugian, serta defendan pertama tidak terikat dengan perjanjian yang ditandatangani. (Paras 58, 60)
Result: Tuntutan plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM20,000.00.
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiff's claim for damages due to wrongful termination. (Para 1 , 2 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17) |
| 2. court's analysis on agency appointment. (Para 3 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31) |
| 3. arguments regarding appointment as agent. (Para 18 , 19 , 20 , 32 , 33) |
| 4. validity of cancellation notice and prohibition order. (Para 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45 , 46) |
| 5. assessment of plaintiff's claimed losses. (Para 48 , 49 , 50 , 51 , 52 , 53 , 54 , 55 , 56) |
| 6. final judgment and dismissal of claims. (Para 57 , 58 , 59 , 60) |
Pendahuluan
[1] Kes ini melibatkan tuntutan gantirugi yang dikemukakan oleh plaintif terhadap defendan-defendan akibat apa yang didakwa oleh plaintif sebagai penamatan kontrak secara salah. Keseluruhan tuntutan plaintif berjumlah RM18,184,478.94 yang timbul daripada dakwaan penamatan pelantikan Plaintif secara tidak sah sebagai ejen untuk menguruskan ladang kelapa sawit di kawasan rizab Orang Asli. Amaun tuntutan ini terdiri daripada kerugian perbelanjaan pengurusan ladang, kerugian akibat bayaran tunggakan dividen dan kerugian keuntungan.
[2] Plaintif menuntut gantirugi am, gantirugi khas dan pengisytiharan bahawa pengeluaran Perintah Larangan bertarikh 10 Mei 2022 ("Perintah Larangan") oleh defendan kedua adalah suatu kemungkiran terhadap pelantikan plaintif sebagai ejen menguruskan Ladang Tanam Semula Komersil ("TSK") Pos Poi di Sungai Siput, Perak.
[3] Setelah meneliti keterangan dan mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati tuntutan plaintif terhadap defendan pertama, defendan kedua dan defendan ketiga tidak dapat dipertahankan atas alasan-alasan yang dinyatakan dalam penghakiman ini. Oleh yang demikian, tuntutan plaintif terhadap defendan pertama, defendan kedua dan defendan ketiga ditolak dengan kos.
Latar Belakang Kes
[4] Kerajaan Negeri Perak telah merizabkan sebidang tanah di Mukim Lenggong, Daerah Hulu Perak sebagai tapak bagi Rancangan Pengumpulan Semula Orang Asli Poi. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah ditetapkan sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal tanah rizab tersebut. Penyelenggaraan tanah ini diletak di bawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli ("JAKOA").
[5] Sekitar tahun 2000, tanah rizab tersebut telah dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit oleh RISDA. Ladang berkenaan mula mengeluarkan hasil pada tahun 2005 dan diuruskan sepenuhnya oleh RISDA. Ladang tersebut kemudian dikenali sebagai Ladang Tanam Semula Komersil (TSK) Pos Poi Fasa 1,2 dan 3.
[6] Pada 26 Disember 2012, defendan keempat telah menawarkan kepada plaintif untuk menjadi rakan kongsi dalam pengurusan ladang tersebut. Pada 10 Januari 2013, plaintif telah bersetuju dengan tawaran itu. Pada 8 November 2014, defendan keempat menghantar surat permohonan kepada defendan pertama untuk mengambil alih pengurusan ladang daripada RISDA Plantation Sdn Bhd ("RPSB"). Plaintif turut menyerahkan satu kertas kerja yang mengandungi rangka pelaksanaan sekiranya permohonan tersebut diluluskan.
[7] Pada 22 April 2015, mesyuarat pengurusan tertinggi JAKOA telah diadakan bagi mempertimbangkan permohonan tersebut. Hasil mesyuarat, JAKOA bersetuju untuk melantik defendan keempat bersama rakan kongsinya, iaitu plaintif, bagi mengambil alih pengurusan Ladang TSK Pos Poi.
[8] Melalui surat bertarikh 2 Mei 2015, defendan pertama telah melantik defendan keempat sebagai ejen untuk menguruskan Ladang TSK Orang Asli Fasa 1 dan Fasa 2 Pos Poi yang meliputi keluasan 560 hektar. Surat tersebut dialamatkan kepada defendan keempat dan salinannya dihantar kepada plaintif. Seterusnya, melalui surat bertarikh 31 Julai 2015, defendan pertama bersetuju untuk melantik defendan keempat dan plaintif sebagai ejen bersama bagi pengurusan Fasa 3 yang berkeluasan 164.56 hektar.
[9] Pada 3 November 2015, plaintif dan defendan keempat telah menandatangani satu Perjanjian Kerjasama Menguruskan Ladang