SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1076

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
GLENN FAUSTINN ASIDAZ LWN. SELVI @ KUPAMAH SUBRAMANIAM
[Guaman Sivil No: BA-22NCvC-507-12/2022]



Petitioner Advocates:CS Perumal ,Respondent Advocate: K Revathi,K Gunalan

The burden of proof lies on the plaintiff to establish their case on a balance of probabilities, particularly in matters concerning the validity of a will and allegations of fraud.

Headnote:(A) Akta Keterangan 1950 - Seksyen 101, 102, dan 103 - Akta Wasiat 1959 - Seksyen 3, 4, dan 5 - Tuntutan untuk membatalkan Surat Kuasa Mentadbir dan mengesahkan wasiat - Mahkamah menolak tuntutan defendan dan mengesahkan wasiat yang sah di sisi undang-undang - Beban bukti terletak pada plaintif untuk membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian - Mahkamah mendapati wasiat adalah sah dan tidak ada bukti mencukupi untuk menolak kesahihannya. (Paras 20, 47, 82)

(B) Prinsip Pembuktian - Dalam kes sivil, beban bukti terletak pada pihak yang menegaskan fakta yang ditegaskan - Jika plaintif gagal membuktikan kes, tuntutan akan ditolak. (Paras 21, 49)

(C) Kewajipan Fidusiari - Defendan kedua yang telah meninggal dunia tidak dapat membela diri dan tiada bukti yang mencukupi untuk membuktikan pelanggaran kewajipan fidusiari. (Paras 46, 82)

(D) Harta pusaka - Harta pusaka perlu dipindahkan kepada nama Si mati setelah geran probate dikeluarkan. (Paras 82)

[1] Tuntutan plaintif terhadap defendan adalah untuk membatalkan Surat Kuasa Mentadbir yang diperolehi terhadap harta pusaka Si mati, Sundarasamy a/l Arockiasamy yang merupakan bapa saudara plaintif dan bagi suatu deklarasi bahawa wasiat Si mati kepada plaintif sah di sisi undang-undang.

[2] Tuntutan ini telah dilupuskan selepas perbicaraan penuh yang dijalankan dan didengar bersama-sama dengan Guaman Sivil No BA-22NCVC-218-05-2021 (Guaman 218).

B. Latar Belakang

[3] Melalui permohonan plaintif dalam Guaman Sivil No BA-22NCVC-507-12/2022 (Guaman 507), pada 15 Mac 2023 keseluruhan Guaman 507 dipindahkan ke Mahkamah ini dan didengar bersama dengan Guaman 218. Maka, terdapat keperluan bagi Mahkamah ini menyentuh Guaman 218 dalam alasan penghakiman ini. Bagi tujuan ini, pihak-pihak akan dirujuk dengan nama masing-masing.

[4] Berikut adalah pihak-pihak dalam Guaman 218 dan Guaman 507 serta hubungan di antara pihak-pihak dengan Si mati.

[5] Pada 6 Mac 2025, Mahkamah telah membenarkan tuntutan plaintif dalam Guaman 507 dengan kos ditanggung oleh pihak masing-masing dan menolak tuntutan plaintif dalam Guaman 218.

C. Fakta Material

[6] Kedudukan hubungan antara pihak-pihak, hubungan antara pihak- pihak dengan Si mati dan hal perkara yang menjadi pertikaian iaitu harta Si mati sebuah rumah di No 5 Jalan Putra Perdana 2/5, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong Selangor yang terletak di bawah hak milik No PN 392260 Lot 140111, Mukim Dengkil Daerah Sepang (hartanah), memerlukan kedua-dua Guaman tersebut didengar bersama.

[7] Si mati dan Selvi telah berkahwin pada tahun 1996 dan pada awalnya tinggal di rumah adik perempuan Si mati di No 49, Jalan 1/6, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang.

[8] Si mati telah membeli hartanah tersebut dan pasangan ini kemudiannya berpindah ke hartanah tersebut sekitar tahun 1998.

[9] Kemudian, Selvi telah meninggalkan Si mati bersendirian di hartanah tersebut dan menyebabkan Si mati berpindah semula tinggal bersama adik perempuan Si mati dari tahun 1999 sehingga tahun 2005.

[10] Wasiat tersebut yang bertarikh 11 Ogos 2004 disediakan oleh Si mati semasa Selvi tidak tinggal bersama dengan Si mati.

[11] Manakala Asidaz pula membawa versi bahawa semasa Si mati semasa sakit telah dijaga bergilir-gilir oleh adik beradik Si mati dan hartanah tersebut telah dipindahmilik kepada Asidaz.

Guaman 208

[12] Dalam Guaman 208, Selvi telah menyaman Asidaz dan Ananthan atas kapasiti Selvi sebagai pentadbir dan pemegang amanah bagi harta pusaka Si mati.

[13] Kausa tuntutan Selvi adalah berasaskan frod dan konspirasi dengan alegasi Asidaz telah memindahmilik hartanah tersebut melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh 17 Jun 2013 dan Deed of Assignment yang disediakan oleh Ananthan selaku peguam cara.

[14] Menurut Selvi, pindahmilik dilaksanakan tanpa pengetahuan Si mati dan tandatangan Si mati telah dipalsukan. Pengetahuan tentang pindah milik tersebut menurut Selvi diketahui setelah Si mati menyemak dengan Majlis Perbandaran Sepang sekitar 15 Ogos 2019. Si mati semasa hayatnya telah membuat laporan polis berkenaan hal tersebut.

[15] Selvi menuntut deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 17 Jun 2013 tidak sah dan terbatal dan hartanah tersebut dipindahmilik semula oleh Asidaz kepada Selvi selain perintah diberikan kepada Pendaftar Mahkamah untuk menandatangani dokumen-dokumen pindahmilik jika Aisdaz enggan. Selvi turut menuntut kos pindahmilik ditanggung oleh Asidaz, kutipan hasil sewa hartanah tersebut, ganti rugi am bagi konspirasi dan pelanggaran tugas fidusiari oleh Ananthan terhadap Si mati untuk ditaksirkan, ganti rugi teladan dan kos.

[16] Selvi telah memberi keterangan semasa perbicaraan penuh tanpa menawarkan saksi lain.

Guaman 507

[17] Glenn selaku plaintif dalam Guaman 507 ialah anak kandung kepada Asidaz, defendan pertama dalam Guaman 218.

[18] Glenn atas kapasitinya sebagai wasi dan benefisiari Si mati, telah menuntut terhadap Selvi bagi relif agar Surat Kuasa Mentadbir yang diberikan kepada Selvi dibatalkan. Glenn turut memohon deklarasi s

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top