SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 110

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
PENDAKWA RAYA LWN. TAN KOK LONG
[Perbicaraan Jenayah No: BA-45A-90-08/2021]



Petitioner Advocates:Mohamed Heikal Ismail ,Respondent Advocate: Dato' Rosal Azimin Ahmad,Mohd Anif Rafi

Kegagalan pendakwaan membuktikan elemen prima facie dalam kes pengedaran dadah adalah fatal akibat keraguan dalam rantaian keterangan dan ketiadaan saksi material.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Seksyen 39B(1)(a) - Dakwaan pengedaran dadah methamphetamine - Pertuduhan tidak dapat dibuktikan prima facie disebabkan terdapat keraguan dalam rantaian bukti berkaitan barang kes - Ketiadaan saksi penting menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan. (Paras 40, 62, 85).

(B) Elemen untuk membuktikan pengedaran dadah memerlukan bukti milikan, pengetahuan, dan niat. Tindakan melarikan diri boleh menunjukkan pengetahuan tertuduh terhadap barang salah. Walau bagaimanapun, kegagalan membuktikan milikan dan pengetahuan ini membawa kepada kesimpulan tiada prima facie. (Paras 32, 84).

(C) Walaupun terdapat pengesahan dari keterangan saksi pendakwaan mengenai dadah yang dirampas, keraguan timbul daripada percanggahan dalam berat dan identiti barang yang dirampas. (Paras 42, 66).

(D) Kegagalan pendakwaan untuk memanggil saksi material, Yong Sin Ping dan Loh Kok Kiong, adalah fatal kepada kes pendakwaan berdasarkan prinsip s 114(g) Akta Keterangan 1950. (Paras 56, 83). Fakta Kes Pendakwaan: Tertuduh dituduh memperedarkan 4,181.5 gram methamphetamine di tempat parkir sebuah pasaraya; barang kes dirampas semasa tangkapan di mana Tertuduh dilihat cuba untuk melarikan diri. (Paras 1, 4).

Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan milikan, pengetahuan dan niat tertuduh untuk mengedar, serta terdapat keraguan dalam identiti barang kes, yang menyebabkan tidak ada kes prima facie. (Paras 87).

Issues: Adakah terdapat cukup bukti untuk membuktikan elemen-elemen kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya? Ketiadaan saksi penting dalam perjalanan kes sama ada memberi kesan terhadap keputusan? (Paras 38, 84).

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie dihasilkan oleh keraguan yang wujud dalam rantaian bukti dan ketiadaan saksi-saksi penting. (Paras 84, 85).

Result: Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Table of Content
1. membuktikan barang kes dadah. (Para 1 , 2 , 4)
2. elemen dalam pertuduhan pengedaran dadah. (Para 14 , 15 , 16 , 17)
3. rantaian bukti dan prinsip undang-undang. (Para 18 , 19 , 20)
4. milikan dan pengetahuan dadah. (Para 21 , 22 , 23)
5. pengetahuan melalui inferens. (Para 24 , 25 , 26)
6. cara penyembunyian dadah menunjukkan pengetahuan. (Para 27 , 28 , 29 , 30)
7. niat untuk mengedar dadah. (Para 31 , 32 , 33 , 34 , 35 , 36)
8. kekurangan dalam bukti pihak pendakwaan. (Para 38 , 39 , 40)
9. keraguan terhadap lokasi dan pemilikan barang. (Para 41 , 42 , 43 , 44 , 45)
10. penyewa bertanggungjawab atas kenderaan. (Para 46 , 47 , 48 , 49)
11. kekurangan saksi penting mempengaruhi kes. (Para 50 , 51 , 52 , 53 , 54 , 55)
12. kesimpulan kelemahan kes pendakwaan. (Para 56 , 57)
13. definisi prima facie dan keraguan. (Para 60 , 61 , 62 , 63)
14. gagal membuktikan kes prima facie. (Para 84 , 85 , 86)
PENGHAKIMAN

Latifah Mohd Tahar H:

Pengenalan

[1] Dalam kes ini, izin mendakwa telah diberikan di bawah s 39B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB") (ekshibit P1), tertuduh telah dituduh atas kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB") kerana disyaki mengedar dadah methamphetamine sebanyak 4,181.5gram. Menurut kertas pertuduhan (ekshibit P2), ia menyatakan seperti berikut:

"BAHAWA KAMU PADA 6 OGOS 2020, JAM LEBIH KURANG 5.00 PETANG BERTEMPAT DI TEMPAT PARKIR KENDERAAN PASARAYA GIANT BATU CAVES, DI DALAM DAERAH GOMBAK, DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN TELAH DIDAPATI MEMPEREDARKAN DADAH BERBAHAYA IAITU METHAMPHETAMINE SEBERAT 4,181.5 GRAM. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 39B(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 39B(2) AKTA YANG SAMA.

[2] Pertuduhan telah dibacakan kepada tertuduh dalam Bahasa Mandarin dan Tertuduh telah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan sebanyak 8 orang saksi:

• SP1 - Jurufoto

• SP2 - Pengadu / Pegawai Serbuan

• SP3 - Ahli Kimia

• SP4 - Pengurus Giant Hypermarket

• SP5 - Jurustor

• SP6-SOCAR

• SP7 - Pegawai Penyiasat

• SP8 - Penyewa SOCAR

[3] Di peringkat ini, Mahkamah dikehendaki membuat keputusan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh.

Fakta Kes Pendakwaan

[4] Bertindak atas maklumat risikan dadah, pada 6 Ogos 2020, bertempat di pakir kenderaan Pasaraya Giant Batu Caves, Gombak, Selangor, Pengadu (SP2) dan pasukan telah membuat pemerhatian terhadap kawasan tersebut. Semasa pemerhatian, sebuah kereta Mercedes Benz warna putih (VEH 9142) dinaiki seorang lelaki dan seorang perempuan Cina telah datang ke tempat kejadian dan diikuti ketibaan Tertuduh menaiki Mazda CX5 (No Pendaftaran VDA 6117).

[5] Tertuduh kemudianya meletakkan kenderaan beliau dihadapan Mercedes Benz tadi dan Tertuduh telah keluar dari kenderaannya dan terus pergi ke belakang kereta beliau lalu membuka bonet serta mengambil (1) bag plastik warna merah dan terus berjalan ke arah Mercedes Benz sambil menjinjit plastk merah tersebut dengan tangan kanannya.

[6] SP2 kemudianya dapati saspek lelaki dan Tertuduh berkomunikasi dan arahkan pasukan terus serbu kearah semua saspek ditempat kejadian tersebut. SP2 memperkenalkan diri sebagai polis kepada ketiga- tiga individu tersebut. Tertuduh didapati cuba untuk melarikan diri sambil melepaskan satu bag plastik warna merah di atas jalan dan dikatakan berlaku pergelutan semasa tangkapan terhadap Tertuduh. Manakala saspek lelaki dan perempuan berjaya ditahan di dalam kereta Mercedes Benz.

[7] SP2 telah membuat pemeriksaan ke atas bag plastik warna merah yang dilepaskan oleh Tertuduh semasa kejadian. Di hadapan saksi-saksi polis dan ketiga-tiga saspek dapati di dalamnya mengandungi 1 bungkusan plastic bertulis GUANYINWANG berisi 1 paket plastic lutsinar berisi bahan kristal disyaki dadah syabu (A/B: 1018 gram).

[8] Pemeriksaan badan terhadap saspek lelaki dan perempuan serta kereta Mercedes tidak menjumpai sebarang barang salah.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top