2016 MarsdenLR 2003
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
SIS FORUM (M) & YANG LAIN LWN. JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR & YANG LAIN
[Permohonan Semakan Kehakiman No: 25-204-10/2014]
Important Points
Subject
Judicial Review - Religious Law
Act Referred
Akta Cetak 1984: S.7
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998: S.3(3)
Perlembagaan Persekutuan: S.10, S.11, S.74, S.Jadual Kesembilan
Headnote
| Table of Content |
|---|
| 1. judicial review application process and fatwa concerns. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. jurisdiction issues raised regarding fatwas. (Para 4 , 5 , 10 , 11) |
| 3. background on fatwa issuance process. (Para 6 , 8) |
| 4. arguments presented regarding jurisdictional authority. (Para 12 , 18 , 19) |
| 5. court finds lack of jurisdiction over fatwa review. (Para 20) |
[1] Permohonan pemohon adalah untuk satu semakan kehakiman menurut A 53 k 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap keputusan Jawatankuasa Fatwa yang disediakan dan diwartakan oleh Responden di bawah s 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
[2] Adalah menjadi kes Pemohon bahawa Fatwa yang dikeluarkan oleh Responden Pertama adalah tidak sah kerana ianya bertentangan dengan peruntukan art 10, art 11, art 74 dan Jadual Kesembilan Senarai I dan II Perlembagaan Persekutuan dan s 7 Akta Cetak 1984 .
Relif
[3] Relif-relif yang telah dipohon oleh Pemohon adalah seperti berikut:
i) satu deklarasi bahawa keputusan Responden-Responden melalui Fatwa tersebut setakat mana yang tersirat memperuntukkan kesalahan berkaitan "akhbar, penerbitan, penerbit, percetakan dan mesin cetak" ialah bercanggahan dengan s 7 Akta Cetak 1984 ;
ii) satu deklarasi bahawa keputusan Responden-Responden melalui Fatwa tersebut setakat mana ia mengarahkan penyekatan laman-laman sosial ialah bercanggahan dengan s 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ;
iii) satu deklarasi bahawa keputusan Responden-Responden melalui Fatwa tersebut melampau ("in excess") peruntukan art 10, art 11, art 74, dan Jadual Kesembilan Senarai I dan II Perlembagaan Persekutuan setakat mana ia cuba memperuntukkan perkara-perkara kesalahan berkaitan dengan mengekang hak mana-mana individu, pertubuhan dan sebagainya untuk mendokong "fahaman liberalisme dan pluralisme agama", "bahan terbitan", hak bersuara dan ekspresi "pemikiran-pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama", penyekatan hak bersuara dan ekspresi di "laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak", yang mana kesemuanya bukan merupakan perkara-perkara yang boleh diperuntukkan ('legislated') di bawahnya;
iv) satu deklarasi bahawa Pemohon Pertama, yang merupakan sebuah 'company limited by guarantee' yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau mana-mana pihak lain yang tidak memprofes Islam tidak boleh tertakluk kepada Fatwa tersebut memandangkan ARI 2003 serta bidangkuasa Responden-Responden hanyalah terpakai kepada individu yang beragama Islam; dan
v) satu perintah Certiorari untuk dibatalkan keputusan Responden-Responden melalui Fatwa tersebut serta merta.
Latar Belakang Fakta Kes
[4] Pada 23 Februari 2010 dan 21 Jun 2011, Responden Kedua telah memutuskan kajian isu-isu berkaitan fahaman 'liberalisme' dan 'pluralisme agama' yang dipelopori oleh Pemohon Pertama untuk dikaji dan difatwakan.
[5] Dalam tempoh tahun 2011 sehingga 2013, beberapa siri Mesyuarat Responden Kedua, Mesyuarat Responden Pertama, Mesyuarat Jawatankuasa Pengawalan Akidah di bawah Responden Kedua telah diadakan. Antara agenda dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan mengenai fahaman 'liberalisme' dan 'pluralisme agama' yang dikaitkan dengan Pemohon Pertama.
[6] Pada 12 Januari 2012, Majlis Dialog Panel Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bersama SIS Forum (Malaysia) telah diadakan berkaitan dengan isu-isu tersebut.
[7] Pada 25 September 2013, Seminar Pemikiran dan Fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama telah dianjurkan oleh Responden Kedua dengan tujuan untuk membincangkan penyebaran isu-isu yang dibangkitkan oleh Pemohon Pertama.
[8] Pada 10 Oktober 2013, Responden Pertama memutuskan dalam mesyuaratnya, bahawa fahaman 'liberalisme' dan 'pluralisme agama' adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam. Responden Pertama kemudiannya mengisukan Fatwa Sel PU 28. bertarikh 17 Julai 2014 yang menghukumkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat.
Fatwa
[9] Fatwa tersebut memperuntukkan bahawa:
"Fahaman aliran Liberalisme dan Pluralisme yan