MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
NG THAI LWN. WONG FAH DEVELOPMENT SDN BHD
[Saman Pemula No: CB-24NCvC-82-08/2022]
Key Points: - Delays due to Covid-19 do not automatically invoke force majeure; the party must prove the delay was unavoidable and the clause applies (!) (!) (!) . - Specific performance may be replaced by compensation if the defendant cannot fulfill obligations, assessed on a case-by basis under the Specific Relief Act (!) (!) (!) . - Contract terms must be strictly interpreted as agreed, and remedies depend on the precise language of force majeure and frustration clauses (!) (!) (!) .
| Table of Content |
|---|
| 1. background facts of the agreements and issues. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. court's analysis of procedural rules and principles. (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 20 , 21 , 22 , 28 , 29 , 33 , 34 , 36 , 47 , 63) |
| 3. disputes regarding breach and force majeure. (Para 25 , 30 , 31 , 50 , 51) |
| 4. principles of contract breach and remedies. (Para 32 , 35 , 46 , 64) |
| 5. final judgment and orders. (Para 67) |
Latar Belakang
[1] Tindakan ini adalah berpunca daripada Perjanjian Pembangunan bertarikh 18 Julai 2012 di antara Plaintif dan Defendan. Plaintif dan Defendan juga telah menandatangani Perjanjian Pembangunan Tambahan pada 31 Mei 2019.
[2] Penelitian kepada Affidavit Sokongan, Affidavit Jawapan dan Affidavit Balasan serta hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati terdapat beberapa isu iaitu:
(a) Isu awalan adakah saman pemula ini wajar dijadikan writ di bawah A 28 k 8 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012;
(b) Adakah terdapat kegagalan memenuhi terma-terma perjanjian disebabkan kelewatan;
(c) Adakah wajar diberikan pelaksanaan spesifik; dan
(d) Adakah ketidakbolehpelaksanaan terma-terma kontrak disebabkan oleh force majeure.
[3] Berdasarkan kepada surat daripada peguam Defendan bertarikh 30 Ogos 2021 telah dimaklumkan kepada Plaintif bahawa Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) telah dikeluarkan oleh pihak yang berkaitan. Surat tersebut juga telah menyatakan bahawa 13 salinan asal dokumen hakmiliik bersama-sama dengan cukai hartanah dikemukakan. Apa yang menarik dalam surat itu juga turut disertakan dengan surat pengecualian yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaras dengan Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid19) 2020 (Akta Covid-19).
[4] Plaintif telah memberikan respon kepada surat tersebut melalui surat yang diemelkan kepada peguam Defendan dan menyatakan antara lain mereka hanya mengetahui Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) tersebut pada 30 Ogos 2021 sedangkan ia dikeluarkan pada 28 Mei 2021. Plaintif juga memohon gantirugi terhadap unit rumah dan pejabat kedai tersebut yang telah lewat diserahmilik kepada Plaintif. Plaintif juga mendakwa bahawa Defendan telah menamatkan perjanjian kerjasama tersebut secara sebelah pihak. Plaintif memohon supaya Defendan membayar jumlah gantirugi yang dipersetujui berdasarkan kepada Klausa 7 dan 9 Perjanjian Pembangunan Tambahan.
[5] Defendan telah mengeluarkan surat bertarikh 7 September 2021 kepada Plaintif yang telah memberikan milikan kosong kepada Plaintif unit rumah dan pejabat kedai yang terlibat.
[6] Penelitian affidavit-affidavit adalah jelas menunjukkan bahawa berlaku kelewatan penyerahan milikan kosong kepada Plaintif oleh Defendan. Namun begitu, Defendan menyatakan kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan dan ianya dikecualikan dan mereka diberikan perlepasan di bawah Akta Covid-19. Oleh itu, Defendan tidak perlu membayar gantirugi yang diperuntukkan di bawah perjanjian tersebut. Dalam konteks ini, wajar merujuk s 7 Akta Covid-19 yang menyatakan seperti berikut:
"Ketidakupayaan mana-mana pihak atau pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada mana-mana kategori kontrak yang dinyatakan dalam Jadual kepada Bahagian ini yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19 tidak membolehkan pihak atau pihak-pihak lain untuk menjalankan haknya atau hak mereka di bawah kontrak.
1. Kontrak kerja pembinaan atau kontrak perundingan pembinaan dan apa-apa kontrak lain yang berhubungan dengan pembekalan bahan, kelengkapan atau pekerja pembinaan yang berkaitan dengan suatu kontrak pembinaan.
2. Bon pelaksanaan atau yang setara yang diberikan menurut suatu kontrak pembinaan atau kontrak pembekalan.
3. Kontrak perkhidmatan professional.
4.
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.