SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 2373

MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
AHMED BURHAN TEE ABDULLAH & YANG LAIN LWN. PENTADBIR TANAH DAERAH PERAK TENGAH & SATU LAGI
[Saman Pemula No: AA-24NCvC-449-10/2023]



Petitioner Advocates:Visvanathan Murugiah,Pushan Qin Nathan Visvanathan ,Respondent Advocate: Mohd Fitri Sadarudin

Permohonan hak lalu lalang ditolak kerana terdapat jalan alternatif yang lebih praktikal, menegaskan keperluan untuk mempertimbangkan semua keadaan sebelum membuat keputusan.

Headnote:(A) Akta Pengambilan Tanah 1960 – Seksyen 3 – Permohonan hak lalu lalang – Plaintif-Plaintif memohon perintah mandamus untuk mengakses tanah yang tidak mempunyai akses jalan – Permohonan ditolak kerana terdapat laluan alternatif yang boleh digunakan – Keputusan Defendan Kedua adalah tidak munasabah dan tidak adil. (Paras 1, 27, 44)

(B) Hak Lalu Lalang – Pentadbir Tanah perlu mempertimbangkan semua keadaan termasuk kewujudan jalan alternatif sebelum membuat keputusan – Permohonan hak lalu lalang tidak boleh diluluskan jika terdapat alternatif yang lebih praktikal. (Paras 29, 30, 39)

Facts of the case: Plaintif-Plaintif adalah pemilik tanah yang tidak mempunyai akses dari jalan besar dan telah mengakses tanah tersebut melalui tanah bersebelahan. Akses mereka disekat oleh pemilik baru tanah bersebelahan. (Paras 3, 8)

Findings of Court: Mahkamah mendapati bahawa terdapat laluan alternatif yang boleh digunakan oleh Plaintif-Plaintif untuk mengakses tanah mereka dan keputusan Defendan Kedua untuk tidak melaksanakan pengambilan tanah adalah berasas. (Paras 27, 44)

Issues: (i) Kewujudan jalan alternatif; (ii) Maksud wajar permohonan; (iii) Kewajaran pengambilan tanah. (Paras 18, 22)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa permohonan hak lalu lalang tidak boleh diluluskan jika terdapat jalan alternatif yang lebih praktikal dan keputusan Defendan Kedua adalah berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya. (Paras 30, 39)

Result: Tuntutan Plaintif-Plaintif ditolak dengan kos. (Paras 48)

PENGHAKIMAN

Abdul Wahab Mohamed H:

Pengenalan

[1] Ahmed Burhan Tee bin Abdullah, Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah dan Tee Chuan Lai (selepas ini disebut sebagai Plaintif-Plaintif) telah memfailkan Saman Pemula melalui Lampiran 1 untuk suatu perintah deklarasi bahawa keputusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (selepas ini disebut sebagai Defendan Kedua) melalui surat bertarikh 7 Julai 2023 untuk tidak melaksanakan pengambilan tanah di bawah s 3, Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah dan/atau tanah-tanah yang bersebelahan bagi membolehkan Plaintif- Plaintif mengakses tanah yang dikenali sebagai Geran Mukim 74, Lot 798, Mukim Kota Setia, Daerah Perak Tengah dan Negeri Perak adalah tidak munasabah, tidak adil, tidak sah di sisi undang-undang, bertentangan dengan keadilan asasi dan/atau hak di bawah Perlembagaan Persekutuan dan suatu perintah "mandamus" terhadap Pentadbir Tanah Daerah Perak Tengah (selepas ini disebut sebagai Defendan Pertama) dan Defendan Kedua untuk melaksanakan tanggungjawabnya di bawah s 390, Kanun Tanah Negara 1965 untuk mewujudkan suatu hak lalu lalang persendirian/awam di tanah yang dikenali sebagai Pajakan Mukim 1933, Lot 5289, Mukim Kota Setia, Daerah Perak Tengah dan Negeri Perak bagi membolehkan Plaintif-Plaintif mengakses tanah yang dikenali sebagai Geran Mukim 74, Lot 798, Mukim Kota Setia, Daerah Perak Tengah dan Negeri Perak.

[2] Plaintif-Plaintif juga membuat tuntutan lain iaitu ganti rugi am, ganti rugi khas dan faedah pada kadar 5% terhadap ganti rugi am dan ganti rugi khas.

Fakta Kes

[3] Plaintif-Plaintif merupakan pemilik bersama suatu tanah yang dikenali sebagai Geran Mukim 74, Lot 798, Mukim Kota Setia, Daerah Perak Tengah dan Negeri Perak ("Tanah tersebut"). Tanah tersebut tidak mempunyai akses dari jalan besar di Wilayah Kota Setia, Mukim Kota Setia, Daerah Perak Tengah, Perak. Plaintif-Plaintif sejak dahulu lagi mengakses Tanah tersebut melalui tanah bersebelahan yang dikenali sebagai Geran Mukim 968, Lot 2417, Mukim Kota Setia, Daerah Perak Tengah dan Negeri Perak (selepas ini disebut sebagai Tanah Lot 2417) sejak dari tahun 70-an lagi.

[4] Tanah Lot 2417 telah dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan telah sempurna disiarkan dalam pemberitahuan Warta Kerajaan Perak pada 14 Ogos 2015. Endorsan mengenainya juga telah didaftarkan pada 26 Januari 2016 di dalam dokumen hakmilik Lot 2417.

[5] Kemudian, Defendan Pertama telah menerima permohonan untuk memiliki tanah Lot 2417 daripada penama Mohammad Azizi bin Mohd Azahari pada 6 Jun 2018 dan daripada penama Mohd Said Akbar bin Badiozaman pada 11 Jun 2018. Kedua-dua permohonan adalah bagi tujuan pertanian.

[6] PBN telah meluluskan kedua-dua permohonan tersebut seperti berikut:

[7] Kini, Tanah Lot 2417 telah didaftarkan sebagai Lot 5288 dan Lot 5289.

[8] Pada atau sekitar bulan Oktober 2020, akses Plaintif-Plaintif ke Tanah tersebut telah disekat apabila Mohammad Azizi Bin Mohd Azahari, pemilik baru Pajakan Mukim 1933, Lot 5289 telah menggali suatu lubang yang besar semata-mata untuk menghalang Plaintif-Plaintif daripada mengakses Tanah tersebut. Ini menyebabkan "Projek Pembangunan Industri Kelapa" yang telah diluluskan oleh Jabatan Pertanian (Bahagian Pembangunan Industri Tanaman) tidak dapat dilaksanakan oleh Plaintif-Plaintif.

[9] Defendan Pertama telah menerima permohonan hak lalu lalang pada 14 Oktober 2020 melibatkan Lot 5289. Walaubagaimanapun siasatan yang ditetapkan pada 16 Disember 2020 terpaksa ditangguhkan berikutan ketidakhadiran Plaintif Pertama. Pada tarikh tersebut juga, Pemilik Lot 5289 hadir dan maklumkan bahawa beliau bersetuju untuk membenarkan Plaintif-Plaintif melalui tanahnya dengan syarat Plaintif-Plaintif juga membenarkan tanahnya digunakan sebagai laluan mengutip hasil sawit di atas tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

[10] Pada tarikh siasatan kali kedua pada 23 Disember 2020, Defendan Pertama telah maklumkan kepada Plaintif-Plaintif bahawa terdapatnya laluan alternatif yang boleh dilalui oleh Plai


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top