2022 MarsdenLR 722
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
PERIASAMY RAMASAMY LWN. AGENSI KB EDIBLE OIL SDN BHD & SATU LAGI; PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH TEMERL....
[Guaman Sivil No: CB-21NCVC-1-02/2019]
Locus standi Persatuan Bola Sepak Temerloh diakui walaupun tanpa menamakan ahli jawatankuasa, dan kegagalan prosedural tidak menghilangkan hak untuk memfailkan tuntutan.
Headnote:(A) Akta Pembangunan Sukan 1997 – Seksyen 15(1) dan 16 – Permohonan untuk membatalkan tuntutan balas – Persatuan Bola Sepak Temerloh didaftarkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 tetapi didapati berhak untuk memfailkan tindakan atas nama persatuan. Locus standi persatuan tidak dimansuhkan walaupun tanpa menamakan ahli jawatankuasa – Kegagalan untuk mematuhi prosedur tidak automáticamente menjadikan tindakan batal. (Paras 1-29)
(B)
Locus Standi – Mahkamah menetapkan bahawa persatuan sukan boleh bertindak tanpa keperluan untuk menamakan ahli jawatankuasa sebagai pihak di dalam prosiding di Mahkamah. Ia tidak seharusnya menghalang pihak yang berhak dalam menguatkuasakan tuntutan. (Paras 7-21)
PENGHAKIMAN
[1] Ini adalah permohonan Defendan Ketiga dalam Tuntutan Balas iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk membatalkan tuntutan balas Pihak Ketiga dalam tuntutan asal di bawah Aturan 18 kaedah 19 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Tuntutan balas tersebut adalah dikandungan 111.
[2] Alasan permohonan ini adalah Persatuan Bola Sepak Temerloh tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan tuntutan balas. Ini adalah disebabkan Persatuan Bola Sepak Temerloh didaftarkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 . la adalah tidak sah dan satu tindakan penyalahgunaan proses mahkamah.
[3] Persatuan Bola Sepak Temerloh juga dikatakan tidak mempunyai hubungan kontraktual dengan Defendan Ketiga. Di samping itu tuntutan balas tersebut adalah sesuatu yang merupakan deklarasi tanpa dinyatakan apakah asas kepada tuntutan balas tersebut. Jika diteliti tuntutan balas di para 18 hingga 34 berikuttelah diperihalkan fakta yang menjadi asas kepada tuntutan balas tersebut. Pada masa yang sama semua tuntutan balas iaitu para 35(a) hingga (I) menunjukkan bahawa tuntutan balas adalah berkaitan deklarasi dan juga tuntutan gantirugi.
Isu Locus Standi
[4] Persoalan yang timbul di dalam kes ini ialah adakah peruntukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 menghalang sebagaimana individu ataupun mana-mana persatuan untuk mengambil tindakan yang menjadi atau disaman seperti yang dinyatakan di dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 . Ada dua peruntukan menarik di situ iaitu s 15(1) dan s 16 Akta Pembangunan Sukan 1997 menyatakan seperti berikut:
"15. Application to be registered to carry out activities
(1) Every sports body shall apply to the Commissioner to be registered under this Act to carry out any sporting activity.
16. Sports bodies registered under the Societies Act 1966 Any sports body registered under the Societies Act 1966 [Act 335] shall, on the date of coming into force of this Act, cease to be registered under the Societies Act 1966 [Act 335] and shall, within five months thereof, apply to the Commissioner to be registered under this Act to carry out any sporting activity; and such sports body shall continue to operate as a sports body until notified otherwise by the Commissioner."
[5] Penelitian kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 tidak ditemui peruntukan yang sama seperti di bawah s 9(c) Akta Pertubuhan 1966 yang telah diputuskan sebagai suatu yang mandatori untuk dipatuhi. Kegagalan mematuhinya boleh dijadikan alasan untuk sesuatu tindakan dibatalkan. Ini dapat dilihat di dalam kes Ramachandran Meyappan & Ors v. Chellapan K Kalimuthu & Ors, seperti berikut:
"[37] The filing of this suit by the plaintiffs did not comply with s 9(c) SA. I am of the view that s 9(c) SA is a mandatory provision because the Legislature has employed the use of the mandatory term "shall" in the opening sentence of s 9 SA. If s 9(c) SA is not mandatory, this will open the floodgates of litigation to any member of any registered society to sue on behalf of the registered society on any matter regarding the registered society. Such an interpretation is also contrary to good governance on the part of registered societies, namely any action to be filed by a registered society should be instituted in the name of the public officer declared to the ROS and is registered with the ROS for the purpose regarding suits under s 9(c) SA (presumably after the registered society's office-bearers have duly considered such a proposed suit). As this suit has breached s 9(c) SA, on this ground, the three applications should be allowed with costs."
[6] Mahkamah juga mengambil perhatian bahawa kesilapan di dalam menamakan pihak-pihak di dalam intuitemen boleh menyebabkan sesuatu tindakan itu dibatalkan oleh Mahkamah, Abdul Rahim Aki v. Krubong Industrial Park (Melaka) Sdn Bhd & Ors, [1995] 3 MLJ 417 dan Cheow Chew Khoon v. Abdul Johari Abdul Rahman; [1995] 1 MLJ 457; [1995] 4 CLJ 127; [1995] 1 AMR 759. Oleh itu jika Mahkamah mendapati Persatuan Bola Sepak Temerloh adalah pihak yang silap