MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
TENAGA NASIONAL BERHAD LWN. RAJAKUMARAN F KAMACHI & SATU LAGI
[Guaman Sivil No: CB-22NCVC-28-12/2019]
| Table of Content |
|---|
| 1. nature of the claim regarding property ownership (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. validity of ownership under the national land code (Para 8 , 12 , 17) |
| 3. implications of laches in property disputes (Para 32 , 33) |
| 4. final decision on vacating and principles of justice (Para 57) |
Pengenalan
[1] Ini adalah tuntutan Plaintif sebagai pemilik berdaftar hartanah terhadap Defendan Pertama yang menduduki hartanah tersebut untuk pemilikan kosong hartanah tersebut.
[2] Defendan Pertama telah berada di atas hartanah tersebut semenjak tahun 1969. Mereka telah mengusahakan hartanah tersebut dengan aktiviti-aktiviti pertanian dan telah membina rumah kediaman di atas hartanah tersebut.
Analisa
[3] Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen yang dikemukan serta hujah pihak-pihak, Mahkamah mendapati isu-isu yang perlu diputuskan adalah seperti berikut:
(a) Adakah Plaintif merupakan pemilik berdaftar hartanah yang dipertikaikan;
(b) Adakah Defendan Pertama telah menduduki hartanah tersebut dengan kebenaran Plaintif;
(c) Adakah disebabkan Defendan Pertama sudah berada di atas tanah tersebut sejak sekian lama maka mereka berhak untuk diiktiraf sebagai dilindungi oleh prinsip ekuiti;
(d) Adakah tempoh masa yang diambil oleh pihak Plaintif untuk tindakan ini membolehkan prinsip pengabaian (laches) digunapakai; dan
(e) Gantirugi kepada Plaintif.
Adakah Plaintif Merupakan Pemilik Berdaftar Hartanah Yang Dipertikaikan?
[4] Mahkamah mendapati bahawa suratan hakmilik yang dikemukakan tertera nama Plaintif sebagai pemilik berdaftar hartanah tersebut. Namun demikian, peguam Defendan Pertama berhujah bahawa nombor geran yang terdapat di dalam suratan hakmilik hartanah tersebut tidak mencatatkan nombor geran asal. Ini telah menyebabkan suratan hakmilik tersebut adalah sesuatu yang dipertikaikan. Defendan Pertama menyatakan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan hak miliknya ke atas hartanah tersebut.
[5] Dalam hal ini adalah tidak dapat dinafikan bahawa dokumen pendaftaran hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) adalah merupakan dokumen yang mengesahkan hakmilik sesuatu tanah. Ia hanya boleh dipertikaikan sekiranya terdapat keterangan yang dikemukakan bahawa geran atau suratan hakmilik telah diperolehi secara frod atau tindakan pemalsuan oleh mana-mana pihak yang memperolehi hakmilik tanah tersebut. Jika diteliti kepada geran yang dikemukakan di mahkamah adalah didapati bahawa pada asalnya tanah ini adalah dimiliki oleh seorang Lip Seng Tak dan kemudiannya diserahkan kepada Central Electricity Board of Federation of Malaysia bertarikh 4 Januari 1963 melalui Nombor Perserahan: 15625. Dalam hal ini mahkamah merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 1990 di mana dinyatakan seperti berikut:
"3. Establishment and incorporation of National Electricity Board
(1) The Minister may, by order published in the Gazette, appoint a transfer date and on such date, all property, rights and liabilities to which the Board was entitled or subject to, immediately before that date shall become by virtue of this section property, rights and liabilities of the successor company.
(2) For the avoidance of doubt:
(a) any reference to property to which the Board was entitled to, is a reference to land and choses in action of the Board whether situated in Malaysia or elsewhere; and
(b) any reference to rights and liabilities to which the Board was entitled or subject to, is a reference to rights which the Board is entitled to or, as the case may be, liabilities to which the Board is subject to, whether under the laws of Malaysia or any country outside Malaysia and includes rights and liabilities arising under loans raised.
(3) Every chose in action transferred by subsection (1) to the successor company may, after the transfer date, be sued on, recovered or enforced by the company in its own name and it shall not be necessary for the company or the Board to give notice to the person bound by the chose in action of
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.