2016 MarsdenLR 913
MAHKAMAH TINGGI MALAYA MUAR
ABDUL RASHID ABDUL WAHAB LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: 42S-07-11/2015]
The court affirmed the conviction for robbery, emphasizing the reliability of witness identification despite discrepancies in testimonies.
Headnote:This judgment reviews a case where the accused was convicted of robbery under sections 392 and 397 of the Penal Code. The court considered the evidence provided by the witnesses regarding the incident. The court found that the prosecution proved a prima facie case and dismissed the defense's alibi, thereby maintaining the conviction of the accused. Issues of witness identification and the legitimacy of the alibi defense were evaluated. The court concluded that the witness identifications were reliable and the alleged discrepancies in witness testimonies were immaterial, upholding the trial court's findings. The result was an affirmation of the conviction but an increase in the sentence from 5 years to 8 years and 3 strokes of the cane.
| Table of Content |
|---|
| 1. summary of the factual context of the accusation and initial trial. (Para 1 , 2) |
| 2. overview of the defense's claims and the alibi presented. (Para 3 , 4 , 6 , 31) |
| 3. evaluation of witness reliability and evidence supporting the prosecution. (Para 8 , 18 , 26 , 30) |
| 4. adjustment of sentencing based on appeals and legal principles. (Para 35 , 42) |
[1] Abdul Rashid bin Abdul Wahab (perayu) telah dituduh di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Johor dengan pertuduhan berikut:-
"Bahawa kamu pada 31 Mei 2014 jam lebih kurang 4.50 pagi, bertempat di No 27. Asrama Pekerja, Kampung Parit Burah, Sri Gading di dalam daerah Batu Pahat, di dalam Negeri Johor, telah merompak seutas rantai leher dan tiga buah telefon milik Wiji Hastuti No Passport: AR854365 serta wang tunai RM50 mulik Jumiati No Passport: AP788566 dan semasa melakukan rompakan itu kamu telah bersenjatakan sebilah parang. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah s 392/397 Kanun Keseksaan ."
[2] Setelah pertuduhan dibaca dan diterangkan perayu minta dibicarakan. Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi bagi membuktikan kesnya. Di akhir kes pendakwaan, Hakim Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Johor (Hakim bicara) mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu dan memanggil perayu untuk membela diri. Perayu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dalam kandang saksi. Perayu telah memberi keterangan atas sumpah dan tidak memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan. Di akhir perbicaraan Hakim bicara mendapati pembelaan perayu adalah penafian semata-mata, tidak menimbulkan satu keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Hakim bicara mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes mereka terhadap perayu melampaui keraguan yang munasabah, perayu didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan dan perayu dijatuhkan dengan hukuman 5 tahun penjara berkuatkuasa dari tarikh jatuh hukum.
Perayu yang tidak berpuashati dengan keputusan Hakim bicara, telah merayu ke Mahkamah ini terhadap sabitan manakala Pendakwa Raya merayu terhadap hukuman.
Kes Pendakwaan
[3] SP2 (Wiji Hastuti), SP3 (Yakti Haryati) dan SP4 (Jumiati) adalah pekerja di kilang Fujitsu. Mereka tinggal di dalam sebuah bilik (bilik kedua) di asrama pekerja di Parit Burah Sri Gading. Pada 31 Mei 2014 jam 4.50 pagi ketika hendak pergi ke bilik air selepas bangun dari tidur, SP2 dapati lampu di bilik air tersebut padam. SP2 yang nampak seorang lelaki berbadan gempal memakai seluar dalam dan membawa parang telah masuk semula ke dalam biliknya dan bangunkan SP3, SP4. Lelaki tersebut turut masuk ke dalam bilik SP2, meletakkan parang di leher SP2 dan meminta rantai yang dipakainya. SP2 yang berasa takut telah menyerahkan rantai emasnya kepada lelaki tersebut. Selepas itu lelaki tersebut membuka almari SP4 dan mengambil dompet SP4 yang mengandungi RM50.00. Lelaki tersebut juga mengambil beg yang berada dibawah katil tetapi meletakkannya semula. Kemudian lelaki tersebut meletakkan parang di leher SP3 dan hendak memasukkan tangannya ke dalam baju SP3 tetapi SP3 dapat menolak lelaki tersebut dan bergelut dengan lelaki tersebut. SP2 pula telah membaling beg yang diambil dari bawah katil ke arah lelaki tersebut. Kemudiannya lelaki tersebut berlari keluar melalui pintu belakang. SP2, SP3 dan SP4 menjerit meminta tolong sambil berlari melalui pintu hadapan.
Selain rantai emas, SP2 juga kehilangan sebuah telefon bimbit manakala rakannya di bilik pertama kehilangan sebuah telefon bimbit.
SP2, SP3 dan SP4 telah mengecam dalam perbarisan pengecaman dan dalam Mahkamah lelaki tersebut adalah perayu.
Kes Pembelaan
[4] Pembelaan perayu bolehlah diringkaskan seperti berikut:-
- Bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang Ramatex.
- Pada 30 Mei 2014 beliau bekerja dari jam 8.00 malam hingga 8.00 pagi esoknya, 31 Mei 2014. Dari jam 4.00 pagi hingga 6.00 pagi 31 Mei 2014 beliau berada di dalam pos pengawal. Beliau ada membuat