2023 MarsdenLR 119
MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
BER: CHIN SU HIN; EX-PARTE LINGGI AGRICULTURE SDN BHD
[Pasca Bankrapan No: JA-29PB-395-06/2023]
The court emphasized that the Insolvency Director must administer the bankrupt estate properly and cannot issue discharge certificates without due consideration of creditor rights.
Headnote:(A) Akta Insolvensi 1967 - Seksyen 33B - Pemiutang Penghakiman memohon untuk menghalang Ketua Pengarah Insolvensi daripada mengeluarkan sijil pelepasan kepada Penghutang Penghakiman - Mahkamah mendapati bahawa Notis Bantahan Pemiutang difailkan dalam tempoh yang sah dan menolak alasan penolakan oleh KPI. (Paras 6-12)
(B) Penilaian kuasa budi bicara - Mahkamah menegaskan bahawa KPI tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya untuk mentadbir estet si bankrap dengan sewajarnya dan keputusan KPI untuk mengeluarkan sijil pelepasan tidak berasas. (Paras 34-52)
Facts of the case:
Pemiutang Penghakiman memulakan tindakan kebankrapan terhadap Penghutang Penghakiman dan menghalang pengeluaran sijil pelepasan yang dimohon oleh Ketua Pengarah Insolvensi, dengan alasan tidak mematuhi prosedur dan tempoh masa yang ditetapkan. (Paras 1-5)
Findings of Court:
Permohonan Pemiutang Penghakiman untuk menghalang pengeluaran sijil pelepasan dibenarkan, dengan keputusan bahawa KPI tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan sewajarnya. (Paras 53)
Issues: Adakah Notis Bantahan Pemiutang difailkan dalam tempoh yang ditetapkan? Adakah KPI telah melaksanakan prosedur yang diperlukan dalam mentadbir estet si bankrap? (Paras 6, 34)
Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa penyampaian notis oleh pos berdaftar adalah sah dan boleh dipatahkan; KPI wajib mentadbir estet dengan sewajarnya dan tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya. (Paras 8, 34)
Result: Permohonan Pemiutang Penghakiman dibenarkan.
| Table of Content |
|---|
| 1. introduction of bankruptcy proceedings (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
| 2. timeliness of objection notices under the act (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12) |
| 3. application of amendments to bankruptcy law (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18) |
| 4. mandatory reporting duties of the kpi (Para 19 , 20 , 21 , 22 , 23) |
| 5. compliance and offences under the act (Para 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30) |
| 6. discretionary powers of the kpi in bankruptcy administration (Para 31 , 32 , 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45 , 46 , 47 , 48 , 49 , 50 , 51 , 52) |
Pengenalan
[1] Pemiutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai JC) telah memperolehi penghakiman bertarikh 9 Disember 2003 terhadap Penghutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai JD) di Mahkamah Sesyen Melaka.
[2] Lanjutan itu, JC telah memulakan tindakan kebankrapan terhadap JD dan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman telah direkodkan terhadap JD pada 9 Ogos 2007.
[3] Pada 28 September 2023, Notis Tentang Niat untuk mengeluarkan Perakuan Pelepasan Bankrap daripada kebankrapannya (selepas ini dirujuk sebagai Notis 51B) telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai KPI).
[4] JC kemudiannya telah menyerahkan Notis Bantahan Pemiutang 51C (selepas ini dirujuk sebagai Notis 51C) bertarikh 31 Oktober 2022 bagi membantah Notis 51B yang dikeluarkan oleh KPI. Notis 51C tersebut diterima KPI pada 1 November 2022 secara email dan kurier.
[5] Melalui surat bertarikh 23 Mei 2023, JC telah dimaklumkan bahawa KPI menolak Notis 51C yang difailkan JC. Maka, JC memfailkan permohonan di Mahkamah ini untuk menghalang KPI dari mengeluarkan Perakuan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi kepada JD menurut s 33B(4) Akta Insolvensi 1967 (selepas ini dirujuk sebagai Akta Tersebut).
Analisis Dan Keputusan Mahkamah
Isu 1: Sama Ada Notis Bantahan JC (Notis 51C) Difailkan Di Luar Masa?
[6] Mahkamah merujuk s 33B(2) Akta Tersebut yang memperuntukkan bahawa:
"(2) A creditor who has been served with a notice under subsection (1) and who wishes to object to the issuance of a certificate discharging the bankrupt shall, within twenty-one days from the date of service of the notice, furnish a notice of the objection stating the grounds of his objection."
[7] Penelitian peruntukan tersebut menunjukkan bahawa apabila KPI mengeluarkan notis niat untuk mengeluarkan sijil pelepasan di bawah s 33A Akta Tersebut, pemiutang yang ingin membantah niat KPI tersebut adalah diwajibkan untuk mengemukakan bantahan kepada KPI dalam tempoh 21 hari dari tarikh penyampaian notis tersebut. Menurut surat KPI bertarikh 23 Mei 2023 (MS 51-52 Lampiran 2), KPI menolak bantahan JC kerana dikemukakan di luar tempoh masa yang ditetapkan menurut s 33B(2) Akta Tersebut.
[8] Mahkamah percaya KPI telah menolak bantahan JC berdasarkan pengiraan 21 hari dari tarikh pengeposan notis niat bertarikh 28 September 2022 pada 6 Oktober 2022 (sebagaimana diperhatikan dari status tracking Pos Malaysia di ms 42 lampiran 2). Dalam hal ini, Mahkamah dapati s 33B(2) Akta Tersebut tidak menyatakan secara spesifik bahawa Notis Niat KPI (Notis 51B) perlu dikemukakan secara kediri kepada JC. Maka, selaras s 130 Akta Tersebut, KPI boleh mengemukakan Notis Niat tersebut melalui pos berdaftar sebagaimana dalam kes ini. Seksyen 130 Akta Tersebut memperuntukkan bahawa:- "All notices and other documents for the service of which no special mode is prescribed may be sent by prepaid registered post letter to the last known address of the person to be served therewith."
[9] Apabila KPI menghantar surat tersebut secara Pos Berdaftar sebagaimana diperuntukkan dalam s 130 Akta Tersebut, maka anggapan yang boleh dipatahkan wujud sebagaimana diperuntukkan di bawah s 12 Akta Tafsiran 1948 & 1967 yang memperuntukkan bahawa:
"12. Where a written law authorises or requires a document to be served by post, then, until the contrary is proved, service:
(a) shall be presumed to be effected by properly addressing, pr