MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
ALI REZA ZIBA HALAT MONFARED & SATU LAGI LWN. CHEW BEN BEN
[Saman Pemula No: WA-22NCVC-162-03/2017]
| Table of Content |
|---|
| 1. introduction of case facts and claims. (Para 1 , 2) |
| 2. arguments presented by plaintiffs and defendants regarding the claims. (Para 3 , 4 , 5) |
| 3. observations surrounding legal standing and evidential rules. (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16) |
| 4. ruling on the first application regarding counsel representation. (Para 17) |
| 5. conclusion and orders with respect to costs. (Para 18) |
[1] Pihak Plaintif dalam kes ini telah memfailkan 2 notis permohonan iaitu Lampiran 8 dan Lampiran 9 di mana butiran Lampiran-Lampiran tersebut adalah seperti berikut:-
(i) Lampiran 8 adalah permohonan untuk Tetuan Kevin & Co dibatalkan daripada berrtindak sebagai peguamcara Defendan.
(ii) Lampiran 9 pula adalah permohonan Plaintif untuk perintah Defendan mengemukakan Perjanjian Jual Beli bertarikh 23 Mac 2016 yang asal antara Defendan dan Plaintif Pertama.
Ringkasan Fakta
[2] Berdasarkan keterangan dari afidavit-afidavit dan dokumen-dokumen yang difailkan dalam permohonan ini, fakta kes dapat diringkaskan seperti berikut:-
(i) Plaintif Pertama adalah seorang warganegara Iran dan pemilik berdaftar satu hartanah iaitu sebuah rumah beralamat di Lot 9, Jalan Keranji 2, Jalan Kedondong, Taman Tasik Ampang, Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur.
(ii) Plaintif Kedua dikatakan mempunyai Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) bagi pihak Plaintif Pertama.
(iii) Menurut Defendan, pada 23 Mac 2016, Plaintif Pertama dan Defendan telah menandatangani satu Perjanjian Jual Beli rumah tersebut dan sejak dari tarikh perjanjian berkenaan, Plaintif Pertama telah memberi kebenaran untuk Defendan menetap di rumah berkenaan.
(iv) Perjanjian Jual Beli bertarikh 23 Mac 2016 berkenaan telah disediakan oleh Tetuan Kevin & Co, dan dilampirkan dalam afidavit sokongan Defendan bertanda "CBB-2".
(v) Plaintif Kedua mempertikaikan kesahihan Perjanjian Jual Beli ini dan menyatakan bahawa Plaintif Kedua tiada apa-apa pengetahuan mengenai perjanjian tersebut.
(vi) Defendan pula menyatakan bahawa Plaintif Kedua mempunyai pengetahuan mengenai Perjanjian Jual Beli berkenaan berdasarkan fakta-fakta seperti berikut:-
(a) Isteri Plaintif Kedua pernah memfailkan tuntutan di mahkamah terhadap kepentingannya dalam hartanah berkaitan tetapi kes tersebut telah ditarik balik pada 15 September 2016.
(b) Isteri Plaintif Kedua juga telah dua kali memasukkan kaveat persendirian pada hartanah ini.
Walau bagaimana pun, kedua-dua kemasukan kaveat persendirian ini telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi atas alasan isteri Plaintif Kedua tidak mempunyai kepentingan yang boleh dikaveat.
(vii) Defendan pula mempertikaikan kewujudan Surat Kuasa Wakil yang dinyatakan oleh Plaintif Kedua berkenaan.
Hujah Plaintif Kedua
[3] Berhubung permohonan di Lampiran 8, pihak Plaintif Kedua berhujah antara lain adalah seperti berikut:-
(i) Perjanjian Jual Beli bertarikh 23 Mac 2016 disediakan oleh Tetuan Kevin & Co bagi pihak Plaintif Pertama dan peguam Dato' Kevin Sathiaseelan dari Tetuan Kevin & Co dikatakan hadir sama semasa Perjanjian ini ditandatangani oleh pihak-pihak. Oleh itu, dihujahkan Tetuan Kevin & Co tidak boleh menjadi peguamcara bagi Defendan kerana berlaku konflik kepentingan di sini. Selain itu, peguam Dato' Kevin akan menjadi saksi dalam kes ini.
(ii) Dihujahkan juga tindakan Tetuan Kevin & Co mewakili Defendan dalam kes ini bertentangan dengan Peraturan 4, 5 dan 28, Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978.
(iii) Bagi kemudahan rujukan, Peraturan-Peraturan tersebut adalah seperti berikut:-
(i) Rule 4.
No advocate and solicitor shall accept a brief in a case where he knows or has reason to believe that his own professional conduct is likely to be impugned.
(ii) Rule 5.
(a) No advocate and solicitor shall accept a brief if such acceptance renders or would render it difficult for him to maintain his professional independence or is incompatible with the best interest of the admistration or justice.
(b) (i) An Advocate and solicitor who has at any time advised or drawn pleading or acted for
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.