2023 MarsdenLR 521
MAHKAMAH TINGGI MALAYA PULAU PINANG
ORBIT CONSULTING LWN. MOHD NASRI ABDUL RAHIM & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: PA-22NCvC-95-04/2021]
A party's failure to respond to material allegations results in admissibility and justification of the claim against them.
Headnote:The court analyzed the legal principles of action cancellation under A 18 k 19 KKM 2012, noting the clear requirements for exceptional cases. The court found that the Fifth Defendant's defenses were unjustified as they failed to counter the substantial claims made by the Plaintiff. Ultimately, the court ruled in favor of the Plaintiff, allowing the application with costs awarded against the Fifth Defendant.
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiff's application for cancellation of defense. (Para 1 , 2) |
| 2. legal standards governing the cancellation process. (Para 3 , 4) |
| 3. observations on defendant's admissions in affidavits. (Para 21 , 22 , 25) |
| 4. final ruling based on lack of substantive defense. (Para 36) |
[LAMPIRAN 38]
Pengenalan
[1] Plaintif melalui Lampiran 38 telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pembelaan Defendan Pertama sehingga Kelima di bawah A 18 k 19 (b), (c) dan/atau (d) serta A 92 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("KKM").
[2] Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Plaintif tersebut dan telah membatalkan pembelaan kesemua Defendan dan memasukkan penghakiman terhadap mereka pada 8 Mac 2023. Hanya Defendan Kelima sahaja yang memfailkan rayuan ini manakala lain-lain Defendan tidak memfailkan sebarang rayuan. Pihak-pihak dalam tindakan ini dirujuk sepertimana mereka di Mahkamah Tinggi.
Undang Undang Pembatalan tindakan
[3] Prinsip perundangan berkaitan pembatalan tindakan di bawah A 18 k 19 KKM 2012 adalah jelas (sila lihat kes Bandar Builder Sdn Bhd v. UMBC , (Supreme Court); Abdul Rahim Abdul Hamid v. Perdana Merchant Bankers Bhd ; ; ; [2000] 2 AMR 1319 (Court of Appeal) CC Ng Brothers Sdn Bhd v. Government of the State of Pahang; [1985] 1 MLJ 347; [1985] CLJ 45 (Federal Court).
[4] Hanya dalam "very exceptional, plain and obvious case" (lihat kes Bank of China v. Asiaweek Ltd , and Williams & Humbert v. W & H Trade Marks [1986] 1 AC 368 [House of Lords (England) di mana mahkamah akan memutuskan "summarily trial without permittlng padies to proceed with a full trial", iaitu bila mana tidak terdapat isu yang perlu dibicarakan melalui pembuktian keterangan dengan pemanggilan saksi-saksi dalam perbicaraan penuh.
Kertas kausa
[5] Kertas-kertas kausa berikut telah difailkan dan dirujuk oleh pihak- pihak iaitu:
(i) Notis Permohonan oleh Plaintif [Lampiran 38]
(ii) Afidavit Sokongan oleh Plaintif [Lampiran 39]
(iii) Afidavit Jawapan oleh Defendan Pertama sehingga Keempat [Lampiran 42]
(iv) Afidavit Balasan Defendan Kelima [Lampiran 43]
Latar belakang kes
[6] Dalam Lampiran 38, relif-relif yang dipohon adalah seperti berikut:
(i) Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat bertarikh 26 Julai 2021 dibatalkan ;
(ii) Pernyataan Pembelaan Defendan Kelima bertarikh 23 Julai 2021 dibatalkan;
(iii) Bahawa Penghakiman dirakamkan terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima secara bersama dan/atau berasingan menurut terma-terma berikut seperti dalam Writ Saman dan Penyata Tuntutan bertarikh 30 April 2021.
(i) Wang sejumlah RM4,138,000.00;
(ii) Faedah pada kadar 5% setahun keatas RM4,138,000.00 dari 30 Disember 2020 sehingga tarikh penghakiman ;
(iii) Faedah pada kadar 5% setahun keatas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; dan
(iv) Kos.
[7] Ringkasan fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dalam kes ini adalah bahawa Defendan Pertama merupakan pemilik 100% saham dalam syarikat Defendan Ketiga. Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah Pengarah syarikat Defendan Keempat.
[8] Defendan Kelima dan Defendan Keenam adalah masing-masing rakan kongsi perniagaan yang dikenali sebagai PIHZZ ENTERPRISE (No. Pendaftaran Perniagaan 201903057690 (PG0469154-A) yang didaftarkan pada 27 Februari 2019 dan tamat pendaftaran perniagaan pada 26 Februari 2021.
[9] Defendan Kelima dan Ketujuh adalah masing-masing rakan kongsi perniagaan yang dikenali sebagai MKT PSP ENTERPRISE (No.Pendaftaran Perniagaan : 201903058014(PG0469163-W) yang didaftarkan pada 27 Februari 2019 dan tamat pendaftaran perniagaan pada 26 Februari 2021.
[10] Adalah menjadi kes Plaintif bahawa sekitar awal Oktober / November, 2019, Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga bersama Defendan Kelima, telah berjumpa dengan rakan kongsi Plaintif bersama David Rubun a/I Arokiasamy telah meminta Plaintif melabur dalam perniagaan-perniagaan yang dijalankan Defendan Pertama dan Defendan Kelima.
[11]