2023 MarsdenLR 2122
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
KHAIRUL MUSTAZA MUSTAPHA LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: BA-42H-23-08-2022]
Judicial discretion in sentencing is upheld unless evidently disproportionate, emphasizing public interest alongside individual circumstances.
Headnote:Statute Analysis: Pertuduhan adalah di bawah s 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman di bawah s 39C(1)(b) ADB 1952 diperuntukkan. Facts of the Case: Perayu telah mengaku salah atas pertuduhan dan dikenakan hukuman penjara 6 tahun.
Findings of Court:
Mahkamah mendapati hukuman adalah munasabah setelah mempertimbangkan semua faktor relevan.
Issues: Adakah hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara terlalu berat?
Ratio Decidendi: Mahkamah menekankan bahawa tiada campur tangan jika hukuman tidak menunjukkan kesilapan prinsip. Keputusan: Rayuan Perayu ditolak dan hukuman dikekalkan.
| Table of Content |
|---|
| 1. conviction details and sentencing overview. (Para 1 , 2 , 4 , 5) |
| 2. focus on appellant's grounds for appeal. (Para 6) |
| 3. judicial principles for proportionality in sentencing. (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 16 , 17 , 18 , 19) |
| 4. criteria for upholding or varying sentences. (Para 11 , 12 , 13 , 14 , 15) |
| 5. final decision to uphold the trial court's sentencing. (Para 21 , 22) |
[1] Ini adalah rayuan daripada Perayu terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim bicara ke atas Perayu pada 2 Ogos 2022 yang telah melakukan kesalahan di bawah s 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) dan boleh dihukum di bawah s 39C(1)(c) ADB 1952 dan dibaca bersama s 38B Akta yang sama.
[2] Pertuduhan pindaan terhadap Perayu adalah seperti berikut:
"Bahawa kamu pada 3 April 2021 jam lebih kurang 11.15 malam bertempat di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya, dalam daerah Petaling, dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah dapati kami telah memasukkan ke dalam badan kamu dadah jenis "Amphetamine" dan "Methamphetamine" dan kamu juga telah mempunyai 3 rekod kesalahan lampau dibawah s 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam kes seperti di bawah
1. No. Kes Mahkamah. 4-83-2955/2009
No. Report: Petaling Rpt: 6585/09
Tarikh jatuh hukum: 19 April 2011
Hukuman. Denda RM1000/= gagal bayar 2 minggu penjara dan 2 tahun pengawasan (denda bayar)
2. No. Kes Mahkamah: 83-2193-05/12
No. Report Kelana Jaya Rpt: 3509/12
Tarikh jatuh hukum: 30 Mei 2012
Hukuman: 1 bulan penjara darl tarikh tangkap 11 April 2021 dan 2 tahun pengawasan AADK
3 No. Kes Mahkamah: 4-83D-11077-11/18
No. Report Brickfield Rpt: 21803/18
Tarikh jatuh hukum: 28 Januari 2019
Hukuman: 3 bulan penjara dari tarikh tangkap 28 November 2018 dan 2 tahun pengawasan
Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan dibawah s 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukumn dibawah s 39C(1)(b) ADB 1952 dan dibaca bersama dengan s 38B ADB 1952.
Hukuman:
Penjara tidak kurang daripada (5) lima tahun tetapi tidak lebih daripada (7) tujuh tahun dan dikenakan sebat tidak lebih darlpada (3) tiga sebatan di bawah s 39C(1)(b) ADB 1952 dan diikuti dengan perintah pengawasan dibwah s 38B ADB 1952 pindaan 2002 tidak kurang (2) dua tahun dan tidak lebih (3) tiga tahun.
[3] Menurut nota keterangan mahkamah bicara serta alasan penghakiman khasnya Perenggan-Perenggan 5 hingga 8, pertuduhan pindaan tersebut telah dibacakan dengan terang dan jelas kepada Perayu dalam Bahasa Malaysia yang difahami oleh Perayu di mana Perayu dengan sukarela mengaku salah ke atas pertuduhan tersebut. Hakim bicara telah menerima pengakuan salah tanpa syarat Perayu setelah berpuas hati (i) Perayu memahami akan sifat dan akibat pengakuan salahnya tersebut serta (ii) Perayu mengesahkah benar akan fakta kes serta kesemua eksibit (P2 - P6A-D) yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
[4] Ekoran dari pengakuan salah tersebut, Perayu telah disabitkan oleh hakim bicara dan dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun mulai daripada tarikh tangkapan iaitu 03 April 2021 dan 2 kali sebatan di bawah s 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) dan juga diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) selama 3 tahun selepas menjalani hukuman di bawah s 38B ADB 1952.
[5] Terkilan dengan hukuman tersebut, Perayu telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 12 Ogos 2022 agar hukuman tersebut dapat diringankan kepada hukuman yang paling minimum iaitu 5 tahun dan 1 sebatan dari tarikh ditangkap berdasarkan alasan-alasan yang dengan ringkasnya adalah seperti berikut:
(i) berusia 46 tahun;
(ii) mempunyai tanggungan seorang isteri, 2 orang anak serta ibu bapa yang tua dan uzur;
(iii) penyara keluarga utama dan isteri seorang suri rumah;
(iv) menghidap penyakit asma yang kronik;
(v) kesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lagi;
(vi) hukuman amat berat dan membebankan diri untuk menanggung;
(vii) dalam proses perubahan diri.
[6] Memandangkan Perayu telah mengaku salah tanpa sebarang syarat terhadap pertuduhan pindaa