SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 1204

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
MOHD HALMIZI MAT JIDIN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: CB-42JSKS-1-03/2023]



Petitioner Advocates:Mohd Hazrin Alif Wahab ,Respondent Advocate: Intan Nor Hilwani Mat Rifin

Keterangan saksi kanak-kanak dalam kes amang seksual boleh diterima tanpa sokongan, tetapi perlu diteliti dengan teliti untuk memastikan kebolehpercayaannya.

Headnote:(A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 - Seksyen 14 dan 18 - Tertuduh disabitkan dengan kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak - Mahkamah rayuan tidak boleh mengubah dapatan mahkamah bicara kecuali terdapat percanggahan material dalam keterangan - Keterangan saksi kanak-kanak boleh diterima tanpa sokongan. (Paras 1, 3, 23, 27)

(B) Pembelaan alibi - Mahkamah bicara gagal menilai keterangan alibi dengan sewajarnya - Keputusan mahkamah bicara perlu berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan - Keterangan saksi perlu diteliti untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. (Paras 30, 41, 42)

Facts of the case:
Tertuduh dituduh melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berumur 5 tahun. Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan sebatan setelah mensabitkan Tertuduh. (Paras 1, 2)

Findings of Court:
Mahkamah rayuan mendapati bahawa dapatan Hakim Mahkamah Sesyen tidak selamat dan perlu dicampuri, sabitan diketepikan. (Paras 44)

Issues: Pertanyaan utama adalah sama ada keterangan saksi kanak-kanak dan pembelaan alibi telah diteliti dengan betul oleh Mahkamah Sesyen. (Paras 27, 30)

Ratio Decidendi: Mahkamah rayuan menegaskan bahawa keterangan kanak-kanak boleh diterima tanpa sokongan, tetapi perlu teliti untuk memastikan keterangan tersebut meyakinkan. Dapatan Hakim Mahkamah Sesyen perlu berasaskan kepada keterangan yang jelas dan tidak bercanggah. (Paras 23, 27)

Result: Rayuan dibenarkan. Sabitan dan hukuman diketepikan.

PENGHAKIMAN

Roslan Mat Nor H:

Pendahuluan

[1] Dalam kes ini Perayu telah dipertuduhkan dengan pertuduhan seperti berikut:

Bahawa kamu pada 24hb Januari 2019, jam di antara 5.15 petang hingga 6.30 petang, di alamat rumah tidak bernombor Kampung Tanjung Perang Kampung Awah di dalam Daerah Maran, di dalam Negeri Pahang, didapati dengan sengaja telah melakukan amang seksual fizikal dengan memasukkan objek kayu ke dalam dubur seorang kanak-kanak nama: xxx, No. KPT : 123 yang berumur 5 tahun, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah s 14 Akta yang sama.

[2] Hakim Mahkamah Sesyen telah mengendalikan perbicaraan kes ini. Setelah meneliti keterangan pendakwaan dan pembelaan, Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan mensabitkan Tertuduh dengan tuduhan tersebut dan telah dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dari tarikh sabitan 1 Mac 2023 dan 2 kali sebatan.

[3] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak boleh mengubah dapatan yang dilakukan oleh mahkamah bicara. Ini adalah disebabkan mahkamah bicara mempunyai keistimewaan untuk melihat saksi-saksi semasa memberikan keterangan. Ia tidak dinikmati oleh hakim yang mendengar rayuan. Oleh itu Mahkamah ini perlu mengelak dari campur tangan dalam dapatan hakim bicara melainkan hakim bicara telah membuat dapatan yang bercanggah dengan keterangan atau menyalahi undang-undang.

[4] Pada hemat Mahkamah prinsip ini telah menjadi sebahagian daripada undang-undang mantap di dalam perbicaraan rayuan jenayah. Ia bagi menjamin kelestarian perbicaraan jenayah dan mahkamah bicara.

[5] Penentuan sama ada campur tangan Mahkamah ini diperlukan atau sebaliknya tertakluk kepada isu-isu berikut:

(a) adakah hakim bicara telah betul apabila memutuskan bahawa SP7 adalah saksi yang kredibel dan boleh disandarkan untuk pembuktian kes ini;

(b) adakah Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti keseluruhan keterangan-keterangan saksi dan mengendalikan keseluruhan keterangan saksi-saksi dengan betul; dan

(c) adakah Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti pembelaan Tertuduh dengan betul.

Isu (a)

[6] Paksi utama di dalam penelitian kebolehterimaan dan kebolehpercayaan saksi-saksi adalah tertakluk kepada hakim bicara. Namun Mahkamah adalah dikehendaki untuk mengatakan asas kepada dapatan terhadap kebolehpercayaan saksi, (lihat Balasingham v. PP ; ).

[7] Dalam kes ini Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan SP7 iaitu pengadu atau mangsa adalah layak untuk memberikan keterangan. Hakim Mahkamah Sesyen juga merujuk kepada s 18 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 sebagai keperluan mahkamah bicara mempertimbangkan keterangan SP7.

[8] Hakim Mahkamah Sesyen telah memetik keterangan SP7 semasa pemeriksaan utama dan menggabungjalinkan dengan keterangan SP4, laporan polis, laporan oleh SP5 dan SP8 serta transkrip rakaman di eksibit P3(A-B). Hakim Mahkamah Sesyen menyatakan terdapat percanggahan di dalam keterangan SP7 namun ia tidak menjejaskan keterangan SP7.

[9] Penelitian kepada alasan penghakiman menunjukkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah menerima keterangan SP7 setelah melihat bersama-sama dengan keterangan saksi-saksi SP8, SP5 dan SP4. Namun demikian Mahkamah bicara mendapati tiada percanggahan material dalam keterangan SP7 dan masih konsisten bahawa Tertuduh telah mencucuk duburnya dengan kayu semasa kejadian.

[10] Penelitian kepada nota keterangan semasa pemeriksaan balas ke atas SP7 terdapat keterangan seperti berikut:

S : ..xxx.. setuju kalau uncle kata bahawa apa yang ..xxx.. cakap kat dalam kedua-dua video tu sebenarnya telah disuruh ataupun telah diajar untuk cakap?

J : Setuju.

S : ..xxx.. kawan baik dan rapat dengan Laf, kan?

J : Ya.

S : ..xxx.. pun baik dengan wan? Wan mak Laf, kan?

J : Ya.

S : ..xxx.. setuju tak kalau uncle cakap yang cucuk kayu kat bontot sebenarnya tak berlaku pun?

J : Ya, setuju.

[11] Pada masa yang sama Mahkamah juga mendapati di dalam kes ini terdapat dua kali prose


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top