SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2012 MarsdenLR 1122

MAHKAMAH TINGGI MALAYA MELAKA
ZURAIMI BACHOK LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: MT-42(SH)-11 Tahun 2011]



Tanggapan bahawa keterangan kanak-kanak tidak boleh diterima tanpa pematuhan kepada s 133A Akta Keterangan 1950 adalah dibatalkan jika kanak-kanak berusia matang dan mampu memberi keterangan yang jelas dan boleh dipercayai.

Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 376 - Perogolan - Tertuduh didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun 11 bulan. (Paras 1, 2, & 33)

(B) Kehadiran Keterangan - Tanggapan tentang keperluan untuk mengambil keterangan sokongan yang kukuh tidak terpakai dalam semua kes; keterangan langsung mangsa adalah cukup. (Paras 24, 33)

(C) Keterangan Kanak-Kanak - Mahkamah memutuskan bahawa peruntukan s 133A Akta Keterangan 1950 tidak terpakai kepada keterangan kanak-kanak yang sudah mencapai umur matang semasa memberi keterangan. (Paras 11, 15)

(D) Bewara Keterangan - Walaupun terdapat percanggahan pada keterangan, ia tidak cukup untuk menjejaskan kebolehpercayaan mangsa. (Paras 16, 28) (E) Ketenangan - Tiada keperluan untuk memanggil saksi tambahan jika keterangan yang ada sudah mencukupi untuk membuktikan kes prima facie. (Paras 33, 34)

Facts of the case:
Tertuduh terlibat dalam dua kes merogol yang dilaporkan oleh mangsa yang berumur 12 tahun 11 bulan ketika kejadian. Terdapat percanggahan dalam keterangan mangsa dan laporan polis, namun mahkamah memutuskan keterangan mangsa adalah sah dan boleh diterima. (Paras 10, 21)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati sabitan dan hukuman ke atas tertuduh adalah selamat dan wajar berdasarkan keterangan yang ada. Tanggungjawab membuktikan keraguan tidak jatuh kepada pihak pendakwaan. (Paras 33, 34)

Issues: Isu kebolehpercayaan keterangan mangsa dan kesesuaian penggunaan s 133A Akta Keterangan 1950 terhadap kanak-kanak.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa keterangan mangsa adalah boleh dipercayai walaupun terdapat percanggahan, dan s 133A tidak terpakai kerana mangsa telah mencapai umur matang semasa memberi keterangan. (Paras 15, 24, 34)

Result: Rayuan ditolak dan sabitan dikekalkan.

Table of Content
1. conviction and sentencing on two counts of rape. (Para 1 , 1)
2. appeal against conviction and sentencing. (Para 2)
3. factual background of the case involving the victim and accused. (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9)
4. legal challenges and arguments against the prosecution. (Para 10 , 16 , 18 , 20 , 22)
5. arguments regarding the admissibility and credibility of evidence. (Para 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 17 , 19 , 21)
6. court's assessment of the evidence and its sufficiency. (Para 23 , 24)

[1] Perayu telah dibicarakan, didapati bersalah dan dihukum penjara selama 12 tahun atas dua pertuduhan seperti yang berikut:

Pertuduhan Pertama

"Bahawa kamu pada 21 Januari 2007 jam di antara 1.30 pagi hingga 3.00 pagi, di dalam sebuah rumah beralamat No 10, Jalan Sri Krubong 20, Taman Sri Krubong, di dalam Negeri Melaka, telah merogol seorang perempuan Melayu bernama XXX XXXXXX XXXXXX, nombor K/P: XXXXXX-XX-XXXX, berumur 12 tahun 11 bulan. Oleh demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376 Kanun Keseksaan ".

Pertuduhan Kedua

"Bahawa kamu pada 22 Januari 2007 jam di antara 9.30 malam hingga 11.00 malam, di dalam sebuah rumah beralamat No 10, Jalan Sri Krubong 20, Taman Sri Krubong, di dalam Negeri Melaka, telah merogol seorang perempuan Melayu bernama XXX XXXXXX XXXXXX, nombor K/P: XXXXXX-XX-XXXX, berumur 12 tahun 11 bulan. Oleh demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376 Kanun Keseksaan ".

[2] Perayu telah tidak berpuas hati dengan keputusan di atas dan merayu ke Mahkamah ini. Setelah menghalusi keterangan yang telah dikemukakan dan mendengar penghujahan semua pihak, saya telah pada 1 November 2012 menolak rayuan Perayu. Berikut merupakan alasan saya.

Fakta Ringkas

[3] Saya tidak bercadang unuk menggariskan fakta kes secara menyeluruh. Fakta berkaitan akan disentuh semasa mempertimbangkan isu-isu yang ditimbulkan. Secara ringkas, pada pukul lebih kurang 3.30 petang 20 Januari 2007 mangsa, SP7, telah, atas ajakan rakan sekampungnya, Nor Farahdila Roslan, SD4, dan atas kebenaran abangnya (SP5), pergi ke Dataran Senawang, Negeri Sembilan untuk bersiar-siar. Setelah dua atau tiga jam bersiar-siar, SP7 mengajak SD4 pulang. SD4 tidak mahu pulang tetapi sebaliknya mengajak SP7 menemaninya berjumpa dengan teman lelakinya. Teman lelaki SD4, Shahril Nordin Marikan (Shahril), tiba dengan kereta Proton Wira bersama dengan dua orang lelaki lain iaitu Ahmad Naqib Abdul Fathil (Naqib) dan Harizan Aminuddin (Harizan). SP7 tidak mengenali semua mereka itu. SP7 kemudiannya bersama-sama dengan SD4 dan tiga orang lelaki tersebut bersiar-siar dengan kereta. Semasa dalam kereta, SP7 telah mengalami sakit kepala dan telah diberikan ubat sakit kepala dan air mineral oleh lelaki di tempat duduk penumpang hadapan iaitu Naqib. SP7 terus tertidur tetapi apabila sedar dia dapati dirinya masih dalam kereta. Rakannya, SD4, mengajaknya ke Melaka tetapi dia pada mulanya menolak ajakkan itu. Bagaimanapun atas pujukan dan janji Shahril, SP7 mengikut juga rakannya ke Melaka. Dalam perjalanan ke Melaka, SP7 duduk di tempat duduk belakang kereta bersebelahan dengan SD4. Shahril pula di sebelah SD4. Manakala Naqib duduk di hadapan bersebelahan dengan pemandu, Harizan.

[4] Mereka tiba di rumah sewa Shahril pada malam itu juga di No 10, Jalan Sri Krubong 20, Taman Sri Krubong, Melaka. Setibanya di dalam rumah, SP7 melihat ada dua orang lelaki lagi sedang menonton TV di ruang tamu rumah. Lelaki itu ialah Zuraimi (Perayu), dan Farid. SP7 kemudiannya telah diberikan bilik belakang di sebelah dapur rumah. Pada lebih kurang tengah malam itu sedang SP7 berbaring Naqib telah masuk ke dalam bilik dan mengadakan hubungan seks dengannya. Ini diikuti oleh Harizan yang telah juga masuk ke dalam bilik dan mengadakan hubungan seks dengannya. Selepas itu masuk pula Perayu dan melakukan perkara yang sama. SP7 pada mulanya ada mencuba untuk melawan tetapi kemudiannya telah tidak terdaya.

[5] Perkara yang sama juga berlaku p

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top