2024 MarsdenLR 1265
HIGH COURT MALAYA KLANG
RAJASEKARAN SOUNDARAPANDY – Appellant
Versus
P THIAGARAJAN PAVADAI (ENCL 32) – Respondent
[Civil Suit No: BL-22NCvC-5-03/2022]
The court dismissed the Plaintiff's application to amend the statement of claim due to lack of bona fides and failure to provide a valid explanation for the delay.
Headnote:(A) Rules of Court 2012 - Order 20 Rule 5(1) - Amendment of pleadings - Plaintiff sought to amend statement of claim to include allegations of an oral agreement regarding property transfer - Court considered criteria for amendment: bona fides, prejudice, and consistency of character - Application dismissed due to lack of bona fides and delay in filing. (Paras 3, 5, 9, 12, 13)
(B) Discretion of Court - The court has discretion to allow amendments to pleadings, but must ensure no injustice is caused to other parties. (Paras 11, 12)
Facts of the case:
Plaintiff applied to amend the statement of claim regarding an alleged oral agreement with the Defendant for property transfer after 10 years, which was disputed.
Findings of Court:
The court dismissed the application to amend due to lack of bona fides and failure to explain the delay in filing.
Issues: The main issues were whether the Plaintiff acted in good faith and whether the amendments introduced a new cause of action.
Ratio Decidendi: The court ruled that the Plaintiff's delay in seeking amendments and lack of explanation indicated a lack of bona fides, justifying the dismissal of the application.
Result: Application dismissed with costs.
JUDGMENT
[Enclosure 32]
[1] This is an application by the Plaintiff to amend the Statement Of dated 22 March 2022.
[2] The proposed amendment were as follows:
"3. Plaintif pada kesemua masa-masa yang material adalah penghuni premis beralamat 24, Jalan Kiara/1KS6, Kiara, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan (selepas ini dirujuk sebagai premis tersebut) dan masih membayar sewaan bulanan tanpa gagal yang mana bayaran tersebut tidak pernah diminta oleh Defendan untuk Plaintif membayar tetapi dibayar oleh Plaintif sebagai saguhati. Plaintif adalah seorang editor majalah, penganalisis Malaysia dibawah Kementerian Penerangan Malaysia.
4. Sebelum Plaintif menduduki dan/atau menyewa premis tersebut, sekitar tahun 2010, Plaintif dan Defendan telah bersetuju secara verbal dimana Defendan akan menyerahkan cek berjumlah RM 230,000.00 kepada Plaintif, dan seterusnya Defendan akan menguruskan pembelian premis tersebut dari pemilik terdahulu premis tersebut.
7. Namun begitu, Plaintif menolak tawaran tersebut dan berbincang semula dengan Defendan. Plaintif dan Defendan telah bersetuju untuk menukarkan nama milikan premis tersebut keatas nama Defendan tetapi Defendan telah berjanji untuk memindah milik premis tersebut keatas nama Plaintif selepas 10 tahun dari tarikh pembelian premis tersebut atas sebab bahawa Defendan sememangnya berniat untuk membeli rumah tersebut untuk Plaintif.
9. Defendan pada setiap masa dan ketika tidak pernah meminta Plaintif untuk membayar apa-apa bayaran kepada Defendan sepanjang Plaintif menduduki dam/atau menghuni premis tersebut. Namun begitu, atas budi bicara Plaintif sendiri, Plaintif telah membayar sebanyak RM 500.00 kepada Defendan setiap bulan sebagai sagu hati kepada Defendan.Secara ringkas, terma-terma perjanjian lisan antara Plaintif dan Defendan adalah seperti berikut:
a) Defendan mendaftar premis tersebut di atas nama Defendan dahulu berikutan Plaintif menolak tawaran Defendan;
b) Plaintif dibenarkan menghuni dan/atau menduduki premis tersebut seperti rumah Plaintif sendiri;
c) Tiada sebarang jumlah bayaran sewa yang ditetapkan dan dikenakan kepada Plaintif oleh Defendan;
d) Defendan akan memindahmilik premis tersebut keatas nama Plaintif selepas 10 tahun dari tarikh pembelian dari tarikh pembelian premis tersebut.
10. Hubungan antara Plaintif dan Defendan pasda mulanya adalah suatu hubungan yang baik dan rapat seperti berikut:
.......
i) Selain daripada fakta-fakta yang diplidkan diatas, Plaintif turut memplidkan bahawa Plaintif telah mula mengenali Defendan sejak tahun 1981 dan bermula sejak tahun 2000 Defendan seringkali meminta Plaintif untuk memandu kereta Defendan sebagai seorang pemandu (driver). Bayaran yang diberi oleh Defendan kepada Plaintif adalah tidak tetap yang mana kadang-kadang langsung tidak dibayar atau sekiranya dibayar hanyalah RM 50.00.
j) Namun begitu, sejak Plaintif menduduki dan/atau menghuni premis tersebut pada tahun 2010, Defendan telah setiap hari meminta Plaintif untuk menjadi pemandu Defendan. Defendan telah menggunakan tenaga Plaintif tanpa mengira waktu dan tiada waktu tetap termasuk untuk membawa Defendan ke luar kawasan (outstation) di seluruh Malaysia.
k) Defendan juga seringkali menggunakan Plaintif untuk menjadi pengutip wang pinjaman yang dipinjam oleh peniaga-peniaga dan ahli-ahli politik seperti Dato'Subramaniam bekas Timbalan Menteri & Timbalan Presiden Malaysia India Congress.
l) Berikutan Plaintif banyak mengenali ahli-ahli politik dan orang kenamaan kerana Plaintif bekas Pegawai Penerangan,Kementerian Penerangan Malaysia, Defendan telah menggunakan Plaintif untuk mengenalkan Defendan kepada ahli politik dan orang kenamaan di Malaysia.
m) Plaintif juga sering digunakan oleh Defendan untuk membantu Defendan mendapatkan kontrak perniagaan pasir daripada Kerajaan Negeri Selangor. Defendan juga telah berjanji kepada Plaintif bahawa sekiranya Plaintif berjaya mendapatkan kontrak perniagaan pasir tersebut untuk Defendan, Plaintif akan diberikan elaun seba