2024 MarsdenLR 2253
MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
PENDAKWA RAYA LWN. ZAHAR GERALD MEJOH
[Rayuan Jenayah No: AA-42(ORS)-4-06/2023]
Keputusan jaminan adalah keputusan sementara dan tidak boleh dirayu; mahkamah mempunyai budi bicara untuk memberikan jaminan berdasarkan prinsip keadilan.
Headnote:(A) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 - Seksyen 8 dan 12 - Kanun Tatacara Jenayah - Seksyen 388 - Rayuan terhadap keputusan jaminan - Hakim Mahkamah Sesyen memberikan jaminan kepada responden dengan syarat tertentu, meskipun terdapat larangan jaminan di bawah s 12 - Pendakwa raya merayu atas alasan keputusan tersebut tidak kompeten dan tidak wajar - Mahkamah menegaskan keputusan jaminan adalah keputusan sementara dan tidak boleh dirayu - Rayuan ditolak. (Paras 7, 10, 26)
(B) Budi bicara kehakiman - Mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan jaminan walaupun terdapat sekatan di bawah undang-undang, berdasarkan prinsip keadilan dan keadaan kes - Hakim telah mengambil kira latar belakang responden dan kepatuhan terhadap syarat jaminan - Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. (Paras 16, 25)
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Ini adalah rayuan oleh pendakwa raya terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang memberikan jaminan kepada responden pada 18 Mei 2023, sementara menunggu perbicaraan dijalankan sehingga selesai. Jaminan ditetapkan pada RM10,000.00 dengan syarat responden menyediakan dua penjamin dan melapor kepada balai polis terdekat setiap bulan. Perayu berhujah bahawa budi bicara tersebut dilaksanakan secara salah dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang.
Fakta Kes
[2] Responden adalah seorang bekas anggota Tentera Laut yang berasal dari Ipoh, Perak. Beliau didakwa dengan kesalahan di bawah s 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37]. Pertuduhan ke atas responden adalah seperti berikut:
"Bahawa kamu pada 24 Mac 2021 jam lebih kurang 11.30 pagi bertempat di rumah No 145, Jalan Raja Omar, Taman Mewah, Sitiawan di dalam daerah Manjung, di dalam negeri 35 Perak telah mempunyai_dalam ilikan kamu dua laras senjata api iaitu:
a) Senapang patah jenis Adler No Siri: 19L-00428; dan
b) B) Senapang patah jenis Yildiz No Siri: H8047
Tanpa kebenaran yang sah. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah s 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37].
Hukuman:
Penjara selama suatu tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan juga disebat tidak kurang daripada 6 kali".
[3] Pihak pendakwaan mendakwa bahawa responden memperoleh senjata tersebut secara tidak sah, dan bahawa kesalahan tersebut adalah sangat serius di bawah s 12 Akta yang sama, yang melarang pemberian jaminan terhadap kes-kes sebegini atas alasan keselamatan awam.
[4] Responden tidak mengaku salah terhadap pertuduhan dan memohon untuk kes dibicarakan. Responden juga memohon untuk dilepaskan dengan ikat jamin di bawah s 388 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) sementara menunggu perbicaraan selesai.
[5] Setelah mendengar hujahan, Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan responden dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000.00 dengan dua penjamin dengan syarat tambahan di mana responden perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap sebulan sekali.
[6] Pendakwa raya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memberikan jaminan kepada responden sejurus selepas keputusan jaminan diberikan.
Isu Untuk Penentuan:
a) Sama ada rayuan oleh pendakwa raya adalah kompeten; dan
b) Sama ada Hakim Mahkamah Sesyen menggunakan budi bicara dengan sewajarnya dalam memberikan jaminan kepada responden.
Kompetensi Rayuan
[7] Responden berhujah bahawa rayuan ini tidak kompeten kerana keputusan Mahkamah Sesyen untuk memberikan jaminan adalah bukan "keputusan" seperti yang ditakrifkan di bawah s 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 . Keputusan tersebut adalah keputusan sementara yang dibuat dalam perjalanan perbicaraan dan tidak mempunyai kesan muktamad dalam menentukan hak-hak pihak-pihak. Kes Dato Seri Anwar Ibrahim v. PP ; ; [1999] 1 CLJ 537; [1999] 1 AMR 846 dan Saad Abas & Anor v. PP; ; [1998] 4 CLJ 575; [1999] 1 AMR 384, menyatakan bahawa rayuan jenayah hanya boleh dibawa terhadap keputusan yang muktamad dan menentukan hak pihak-pihak. Yang Arif Hakim NH Chan JCA dalam kes Data' Seri Anwar Ibrahim (supra) menyatakan:
".... after the amendment to s 3 on the meaning of "decision" by Amendment Act A1031 of 1998, this court has held recently (Saad Abas & Anor v. PP; ; [1998] 4 CLJ 575; [1999] 1 AMR 384) that criminal appeals from any decision of the High court to the court of Appeal are to be restricted only to decisions which would have the effect of finally determining the rights of the parties. This is how it was put by my lord, Lamin Mohd Yunus PCA, at 587:
Now we may recall s 50(2) of the Courts of Judicature Act 1964, it employs the word "decision" which is defined in s 3. Early this year by Amendment Act A1031 of 1998, that definition was amended to read:
"decision" means judgment, sentence or order, but does not include any ruling made in the course of a trial or hearing of any cause or matter which does not fi