2021 MarsdenLR 3470
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
NANDINE-ERDENE KHOSKHULUG LWN. HAZRUL HIZHAM GHAZALI & SATU LAGI
[Guaman No: WA-23NCvC-23-04/2020]
Court ordered security for costs against a foreign plaintiff lacking assets in Malaysia, affirming discretion to protect defendants from non-recovery in unsuccessful claims.
Headnote:(A) Rules of Court 2012 – Order 23 Rule 1 – Security for costs – The court granted the defendant's application for security for costs amounting to RM70,000 as the plaintiff is a foreign national without assets in Malaysia. The defendant established a meritorious defense against the plaintiff's claims. (Paras 24-41)
(B) Plaintiff's claims for sexual assault and false imprisonment were examined and found to involve elements of consent, raising doubts about the legitimacy of the claims. The plaintiff's failure to provide evidence supporting their claims led to the conclusion that the action was unsubstantiated. (Paras 43-64)
Facts of the case: The plaintiff, a Mongolian citizen, accused the defendant, a police officer, of sexual assault and false imprisonment after being detained during a police checkpoint. The plaintiff claimed she was held without consent and subjected to sexual acts multiple times.
Findings of Court: The court found that, due to the plaintiff's lack of assets in Malaysia and substantial doubts surrounding the plaintiff's claims, security for costs was warranted. The claims lacked sufficient merit to proceed without such security. (Paras 66-73)
Issues: The main issues included whether to grant security for costs given the plaintiff's nationality and lack of assets, and the merits of the plaintiff's claims against the defendant.
Ratio Decidendi: The court held that the requirements for ordering security for costs were met, considering the plaintiff's foreign status, lack of proof of assets, and the defendant's established defenses. The potential for the plaintiff's claims to unfairly stifle legitimate claims was carefully balanced. (Paras 32-39)
Result: The application for security for costs was granted, and the plaintiff's action was ruled invalid due to failure to pay the ordered amount.
A. Pengenalan
[1] Terdapat empat Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Plaintif terhadap keputusan-keputusan Mahkamah seperti berikut:
(i) Keputusan bertarikh 14 Disember 2020 - Mahkamah ini telah membenarkan Kandungan 11 yang difailkan oleh Defendan Pertama untuk perintah jaminan kos.
(ii) Keputusan bertarikh 20 Januari 2021 - Mahkamah ini telah membatalkan tindakan Plaintif atas kegagalannya mematuhi perintah jaminan kos.
(iii) Keputusan bertarikh 20 Januari 2021 - Mahkamah ini telah menolak permohonan Paintif untuk penangguhan interim perlaksanaan perintah bertarikh 14 Disember 2020 sementara penyelesaian Kandungan 29.
(iv) Keputusan bertarikh 20 Januari 2021 - Mahkamah ini telah menolak Kandungan 29 yang telah difailkan oleh Plaintif.
[2] Memandangkan keputusan-keputusan (ii), (iii) dan (iv) adalah keputusan-keputusan yang diberikan adalah berikutan keputusan Mahkamah ini yang membenarkan permohonan Defendan Pertama di Kandungan 11 yakni untuk suatu perintah bahawa Plaintif membayar jaminan kos, maka Mahkamah ini berpandangan bahawa alasan penghakiman bagi Kandungan 11 perlulah diberikan terlebih dahulu.
B. Kandungan 11
[3] Kandungan 11 adalah permohonan Defendan Pertama untuk mendapat perintah antara lain supaya Plaintif membayar jaminan kos menurut Aturan 23 kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi (KKM 2012).
[4] Dalam Kandungan 11-nya tersebut, Defendan Pertama telah memohon perintah-perintah berikut:
(1) Bahawa Plaintif membayar kepada Peguamcara Defendan Pertama (sebagai stakeholder) satu jaminan untuk kos Defendan Pertama dalam jumlah RM70.000.00 atau jumlah lain yang dianggap adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah;
(2) Jaminan kos tersebut hendaklah dibayar oleh Plaintif kepada Peguamcara Defendan Pertama dalam masa 14 hari dari tarikh Perintah sekiranya Mahkamah membenarkan permohonan di sini;
(3) Tuntutan Plaintif dan segala prosiding dalam tindakan ini hendaklah digantung sementara menunggu pelupusan muktamad permohonan Defendan Pertama ini, dan sehingga bayaran jaminan kos tersebut dibuat kepada Peguamcara Defendan Pertama sekiranya permohonan ini dibenarkan;
(4) Sekiranya Plaintif gagal mematuhi perintah-perintah (1)dan (2) di atas, tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama hendaklah dibatalkan dan/atau dianggap sebagai dibatalkan dan segala kos Defendan Pertama dalam tindakan ini dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama;
(5) Kos permohonan ini ditanggung oleh Plaintif.
C. Latar Belakang Kes
[5] Plaintif (Nandine-Erdene Khoskhulug) adalah seorang wanita berwarganegara Mongolia yang mempunyai alamat kediaman di 25-4, Khoknteikhoroolol Darkhan-Uul aimag, Mongolia sepertimana yang dinyatakan di dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 15 Mei 2020.
[6] Defendan Pertama (Hazrul Hizham bin Ghazali) adalah seorang pegawai polis berpangkat Inspektor berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[7] Defendan Kedua (SS Hospitality Ventures Sdn Bhd) pula adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 dan mempunyai alamat berdaftar dan alamat perniagaannya di No 11, Jalan 8/1D, Off Jalan Sultan, 46050 Petaling Jaya Selangor. Defendan Kedua adalah syarikat yang terlibat dengan pengusahaan hotel dan berniaga atas nama dan gaya PJ - Luxe Boutique Hotel.
Kes Yang Diplidkan Plaintif Dalam Pernyataan Tuntutannya
[8] Pada atau sekitar 10 April 2020, Plaintif dan seorang lain yang menaiki kenderaan GRAB telah ditahan dalam sekatan jalanraya yang diadakan oleh pasukan polis di Jalan PJU 2, Petaling Jaya, Selangor berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan pada 16 Mac 2020.
[9] Setelah ditahan mereka berdua telah dibawa oleh Defendan Pertama (D1) ke sebuah khemah di sekatan jalan tersebut (khemah tersebut).
[10] Di khemah tersebut, D1 telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai Polis berpangkat tinggi di Petaling Jaya dan Singapura. D1 kemudian mengarahkan Plaintif untuk "unlock" telefon bimbitnya dan memeriksa gambar-gambar peribadi Plaintif dan menunjukkan kepada