SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2012 MarsdenLR 24

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
PP LWN. MOHD AZMI IBRAHIM & SATU LAGI
[Perbicaraan Jenayah No: 45-9-2011]



Accused found guilty of murder and attempted murder, demonstrating a common intention to inflict fatal injuries, as supported by witness testimonies and admissible CCTV evidence.

Headnote:(A) Penal Code - Sections 302, 307, and 34 - Accused charged with murder and attempted murder of the deceased and her mother - Evidence presented included witness testimonies, CCTV footage, and confessions - Prosecution established prima facie case under Section 300(c) for murder and Section 307 for attempt - Court ruled that the actions of the accused demonstrated a common intention to inflict fatal injuries upon the victim. (Paras 1.1 to 23.2)

(B) Evidence - Admissibility of CCTV recordings as direct evidence - Witness identifications of the accused were deemed valid and strong based on prior familiarity with them - The court considered the severity and nature of the inflicted wounds as sufficient to ascertain the intent of the accused. (Paras 2.1, 3.1, and 8.2.5)

(C) Common Intention - Section 34 - The actions of both accused in concert validated the common intention necessary for culpability. (Paras 21.1 to 21.8)

Findings of Court:
Court found sufficient evidence established the elements of murder and attempted murder with the accused acting in concert.

Result: OKT1 sentenced to death for murder; OKT2 released due to age and lack of culpability.

Table of Content
1. charges against the accused based on intent and actions (Para 1 , 1)

1. Pendahuluan

1.1. Kedua-dua OKT telah dituduh di bawah s 302 Kanun Keseksaan dan s 307 Kanun Keseksaan dengan niat bersama seperti yang dinyatakan di bawah s 34 Kanun Keseksaan . Kedua-dua OKT telah dituduh dengan niat bersama membunuh Christy Erny (si mati) dan juga cuba untuk membunuh ibu si mati iaitu Sumirnah (SP13) pada tarikh dan waktu yang sama.

Pertuduhan terhadap kedua-dua OKT adalah seperti berikut:-

Pertuduhan Pertama

"Bahawa kamu bersama-sama, pada 12 Mei 2011 jam lebih kurang 2.00 petang hingga jam 5.00 petang, di No. 13, Taman Desa Permai, Simpang Durian, di dalam daerah Jelebu, di dalam negeri, Negeri Sembilan, dengan niat bersama, telah melakukan kesalahan membunuh hingga menyebabkan kematian CHRISTY ERNY, NO. PASPORT: W787957 dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 302, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan s 34, Kanun yang sama."

Pertuduhan Kedua

"Bahawa kamu bersama-sama, pada 12 Mei 2011 jam lebih kurang 2.00 petang hingga jam 5.00 petang, di No. 13, Taman Desa Permai, Simpang Durian, di dalam daerah Jelebu, di dalam negeri, Negeri Sembilan, dengan niat bersama, telah didapati melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 307, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan s 34, Kanun yang sama."

1.2. Fakta dalam kes ini adalah mudah dan ringkas iaitu pada tarikh, masa dan di tempat kejadian OKT1 dan OKT2 telah pergi dan bermain judi komputer. Apabila kalah dalam permainan itu OKT1 telah meminta daripada mangsa (SP13) untuk meminjam wang tetapi mangsa (SP13) telah enggan memberikan kebenaran kepada OKT1 untuk bermain judi komputer secara hutang. Selepas itu OKT1 telah menyerang mangsa (SP13) dan pada masa yang sama OKT2 telah menyerang si mati. Kemudiannya OKT1 dan OKT2 telah mencederakan si mati dengan serangan bertubi-tubi. OKT2 juga ada di katakan menyerang mangsa (SP13) selepas mangsa (SP13) pengsan.

1.3. Untuk pembuktian bagi pertuduhan di bawah s 302 Kanun Keseksaan Pendakwaan telah bergantung kepada s 300(c) Kanun Keseksaan dan secara alternatif di bawah s 300(d) Kanun Keseksaan dan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 307, Kanun Keseksaan pembuktian adalah selari dengannya.

1.4. Di dalam membuktikan pertuduhan-pertuduhan Pendakwaan bergantung kepada keterangan terus seperti keterangan saksi-saksi, pengakuan OKT1 kepada saksi-saksi, keterangan rakaman CCTV, keterangan saintifik dan keterangan ikut keadaan.

2. Status DVD (P21) dan rakaman yang terkandung di dalamnya

2.1. Seksyen 3 Akta Keterangan 1950 menyatakan maksud "Evidence" sebagai

"[a] all statements which the court permits or requires to be made it by witnesses in relation to matters of fact under inquiry; such statements are called oral evidence;

[b] all documents produced for the inspection of the court; such documents are called documentary evidence."

2.2. Seksyen 3 Akta Keterangan 1950 menyatakan maksud "documents" sebagai-

"Any matter expressed, described, or howsoever represented, upon any substance, material, thing or article, including any matter embodied in a disc, tape, film, sound track or other device whatsoever, by means of - any visual recording (whether of still or moving images)."

2.3. Seksyen 60 Akta Keterangan 1950 menyatakan

"Oral evidence shall in all cases whatever be direct, that is to say - if it refers to a fact which could be seen, it must be the evidence of a witness who says he saw it."

2.4. SP8 di dalam keterangannya telah memberitahu Mahkamah ini bahawa beliau adalah orang yang telah memasang segala peralatan termasuk kamera CCTV, wayar, monitor dan DVR di tempat kejadian. Setelah kesemua peralatan ini dipasang, SP8 telah memeriksa keadaan peralatan yang dipasang dan mengesahkan semuanya dalam keadaan baik. Malah sebelum kejadian iaitu pada bulan Mac atau April, SP8 juga telah memberitahu Mahkamah bahawa beliau ada membuat baik selia dan mengesahkan bahawa semua peralatan di tempat kejadian

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top