SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 536

MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
PENDAKWA RAYA LWN. YONG CHOO KIONG
[Bicara Jenayah No: AA-45-2-12/2020]



Petitioner Advocates:Jamil Aripin,Azlina Rasdi,Ainul Wardah Shahidan,Mohd Fitri Sadarudin,Liyana Zawani Mohd Radzi ,Respondent Advocate: Rajpal Singh Mukhtiar Singh,Salim Bashir Baskaran,Phan Yan Tong Nur Sarah

The case established that overwhelming evidence, including witness testimony and medical examinations, supports the conviction for rape under Section 376(1) of the Penal Code, revealing serious implications for the accused.

Headnote:(A) Penal Code, Section 376(1) – Charge of rape – The accused was charged with the offence of raping an Indonesian citizen on July 7, 2019 – The prosecution presented 23 witnesses, and evidence included the victim's testimony and the medical examination reporting injuries consistent with rape (Paras 1-2, 19-20, 27, 40-41).

(B)

Burden of proof – The prosecution must establish a prima facie case, showing sufficient evidence for the accused to be called upon to defend (Paras 19-20, 27, 100).

(C)

Elements of rape – The elements include penetration without consent, coercion involved (Paras 27-30, 52-56).

(D)

Evidence – Medical reports supported victim's claims of penetration, and corroborative testimonies were also provided (Paras 40-41, 121). (E) Accused's Defence – The accused presented a denial backed by family members, but the court found it unconvincing given the overwhelming evidence from the prosecution (Paras 106-131). (F) Verdict – The accused was found guilty and sentenced to 13 years of imprisonment and 2 strokes of caning under Section 376(1) (Paras 181-182).

PENGHAKIMAN

Abdul Wahab Mohamed H:

Latar Belakang

[1] Yong Choo Kiong (selepas ini disebut OKT) telah dituduh dengan pertuduhan di bawah s 376(1) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol seorang perempuan warganegara Indonesia yang bernama Awang (No Pasport: AU359249).

Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut:

"Bahawa kamu pada 7 Julai 2019 di antara jam lebih kurang 8.15 malam hingga 9.15 malam, di dalam sebuah bilik di tingkat atas dalam rumah No 52, Jalan Desa Meru 2, Meru Desa Park, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak telah melakukan rogol terhadap Awang (No Paspot: AU359249) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(1) Kanun Keseksaan."

[2] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai dua puluh tiga (23) orang saksi untuk membuktikan kes terhadap OKT.

Fakta Kes

[3] Pada 7 Mei 2019, mangsa seorang perempuan warganegara Indonesia bernama Awang (SP15) telah tiba di KLIA, Malaysia dan diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada OKT melalui sebuah agensi pekerjaan. SP15 seterusnya telah dibawa ke Ipoh dan pada 8 Mei 2019, SP15 telah diambil oleh isteri OKT bernama Too Choon Looi dan dibawa ke rumah OKT di No 52, Jalan Meru Desa 2, Meru Desa Park, Ipoh.

[4] Pada 7 Julai 2019, jam lebih kurang 8 pagi, OKT bersama isteri OKT dan anak perempuan OKT bernama Eunice telah pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan yang dipandu oleh kawan OKT. Pada ketika itu, SP15 tinggal di rumah bersama anak lelaki OKT bernama Bryce.

[5] Pada hari yang sama, jam lebih kurang 8 malam, OKT dan keluarganya pulang ke rumah. Pada waktu itu, SP15 baru selepas mandi dan hendak menggosok baju. Isteri OKT datang berjumpa dengan SP15 di salah sebuah bilik di tingkat atas iaitu di bilik anak OKT bernama Brian. Isteri OKT bertanya sama ada SP15 sudah makan atau belum. SP15 mengatakan dia sudah makan dan isteri OKT telah beredar dari situ.

[6] Selepas itu, semasa SP15 sedang menggosok baju di bilik tersebut, OKT telah datang dan pergi ke arah SP15. SP15 berhenti daripada menggosok pakaian dan bertanyakan kepada OKT, apa yang beliau mahukan. Pada masa itu, OKT telah menutup tirai kayu di sebelah kanan SP15. Kemudian OKT telah menarik tangan SP15 pergi menuju ke katil dan seterusnya telah menjatuhkan SP15 ke atas katil tersebut. Sewaktu OKT cuba untuk menindih SP15, SP15 telah melawan dengan cara menolaknya dan bergelut ingin melepaskan diri namun tidak berjaya.

[7] Setelah lama bergelut, OKT cuba membuka seluarnya. Pada ketika ini, SP15 masih mencuba untuk melarikan diri namun tidak berjaya kerana beliau dapat ditangkap semula oleh OKT dan OKT telah menutup pintu. Kemudiannya, OKT berjaya menolak semula SP15 sehingga dirinya terbaring di atas katil. Pada ketika ini, OKT telah menindih SP15, memegang kedua-dua tangan SP15 dan kemudiannya membuka serta menarik seluar SP15.

[8] Selepas OKT berjaya melepaskan seluar SP15, OKT telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP15. Pada ketika ini, kedua-dua tangan OKT memegang kedua-dua tangan SP15. Pada ketika ini juga, OKT telah menarik dan menolak kemaluannya dalam kemaluan SP15 selama lebih kurang 2 hingga 3 minit. Semasa diperlakukan sedemikian, SP15 merasa sakit di kemaluannya dan dapat mengesahkan bahawa kemaluan OKT keras dan tegang pada ketika itu.

[9] OKT cuba untuk mencium bibir SP15, namun SP15 melawan dengan cara cuba untuk menggigitnya. OKT mengelak dan meneruskan perbuatan keluar masuk kemaluannya itu sehingga pada suatu ketika, OKT melepaskan kedua-dua tangan SP15. Pada ketika inilah SP15 mengambil peluang melarikan diri dengan menolak OKT dan selepas itu, SP15 telah berlari masuk ke tandas. OKT telah datang masuk ke tandas dan memeluk SP15.

[10] SP15 telah menolak OKT keluar dari tandas dan SP15 mengunci pintu tandas tersebut. Semasa di dalam tandas, SP15 mendengar OKT mengetuk-getuk pintu tandas untuk seketika. Selepas itu, SP15 tidak lagi mendengar ketukan OKT. SP15 berdiam diri di dalam tandas dan cuba menenangkan diri yang d


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top