2023 MarsdenLR 1226
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
SUHANA SAMAD & SATU LAGI LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: BA-42(R)(A)-2-01/2019 & BA-42(R)(A)-3-01/2019]
Public servants can be convicted for criminal breach of trust if entrusted with funds and evidence supports misuse of those funds.
Headnote:(A) Penal Code - Section 409 - Criminal breach of trust - Conviction of both appellants for seven charges of criminal breach of trust under Section 409, resulting in two years imprisonment and fines - The court confirmed the elements of breach of trust were established based on the roles of the appellants as public servants entrusted with handling passport application fees. (Paras 1, 10, 19, 30)
(B) Appeal - Standard of review - The appellate court does not substitute its findings for those of the trial court unless there is a clear misdirection or error in the evaluation of evidence. (Paras 11, 12)
Facts of the case:
The appellants, public servants at the Immigration Department, were charged with misappropriating application fees for passports, totaling RM200 for each of seven applicants. Evidence indicated a pattern of fraudulent activity where the appellants processed applications as free for disabled individuals while pocketing the fees. (Paras 3, 6, 8)
Findings of Court:
The trial court's findings were supported by credible evidence, including witness testimonies and documentary evidence that established the appellants' involvement in the fraudulent scheme. (Paras 18, 22)
Issues: The main issues included whether the prosecution proved the elements of the charges, the credibility of key witnesses, and whether the charges were sufficiently specific. (Paras 10, 30)
Ratio Decidendi: The court ruled that the appellants were indeed entrusted with the funds as public servants, and the evidence sufficiently demonstrated their involvement in the breach of trust, reinforcing the principle that appellate courts should respect the findings of the trial court unless there is a clear error. (Paras 19, 30)
Result: Appeals dismissed; convictions and sentences upheld.
Act Referred
| Table of Content |
|---|
| 1. overview of the case and charges. (Para 1 , 2) |
| 2. roles and responsibilities of the accused. (Para 3 , 4 , 5 , 6) |
| 3. evidence of wrongdoing by the accused. (Para 7 , 8) |
| 4. defenses raised by the accused. (Para 9 , 10) |
| 5. court's authority in reviewing evidence. (Para 11 , 12 , 18) |
| 6. arguments regarding the prosecution's burden. (Para 15 , 16 , 17) |
| 7. legal interpretations of trust and misappropriation. (Para 19 , 20 , 30) |
| 8. court's findings on witness credibility. (Para 22 , 24 , 28) |
[1] Ini adalah rayuan oleh kedua-dua Perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Sesyen Shah Alam pada 29 November 2018 yang telah mensabitkan kedua-dua mereka atas 7 pertuduhan di bawah s 409 Kanun Keseksaan dan menjatuhi hukuman 2 tahun penjara kepada setiap seorang daripada mereka dan denda RM200 bagi setiap pertuduhan jika ingkar bayar - 6 bulan penjara. Untuk rujukan mudah Suhana binti Samad akan dirujuk sebagai Perayu Pertama, manakala Zalita Binti Haron akan dirujuk sebagai Perayu Kedua.
[2] Pertuduhan terhadap mereka adalah seperti berikut:
a) Kes Jenayah No: BA(1)-61R-10-03/2017
Pertuduhan Pertama
Bahawa kamu bersama-sama pada 28 Jun 2016 di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysian Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor sebagai seorang Penjawat Awam iaitu Pegawai Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah RM200.00 Malaysia Dua Ratus (sahaja) iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa ('PMA ') Oleh Muhaida binti Mohamed Zan telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu, dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Akta yang sama.
Pertuduhan Kedua
Bahawa kamu bersama-sama pada 28 Jun 2016 di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysian Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor sebagai seorang Penjawat Awam, iaitu, Pegawai Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah RM200.00 Malaysia Dua Ratus Sahaja) iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa oleh Ooi Shih Xing telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu, dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Akta yang sama.
Pertuduhan Ketiga
Bahawa kamu bersama-sama pada 28 Jun 2016 di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysian Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor sebagai seorang Penjawat Awam, iaitu, Pegawai Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa oleh Yamonaa Thevey Maniam telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu, dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Akta yang sama.
b) Kes Jenayah No: BA4-61R-11-03- 2017
Pertuduhan Pertama
Bahawa kamu bersama-sama pada 29 Jun 2016 di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysian Negeri Selangor, tingkat 2, Kompleks PKNS, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor sebagai seorang Penjawat Awam, iaitu, Pegawai Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa oleh Sun Tzu Hsiang telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu, dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Akta yang sama.
Pertuduhan Kedua
Bahawa kamu bersama-sama pada 29 Jun