SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 249

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
NOORUL HAIDA ISMAIL LWN. KOPERASI PERMODALAN MELAYU WILAYAH KUALA MUDA/SIK KEDAH BERHAD (KEMUDIK)
[Permohonanan Semakan Kehakiman No: KA-25-13-07/2022]



Petitioner Advocates:Adam Ahmad ,Respondent Advocate: Aliza Jamaluddin

Judicial review applications must comply with procedural requirements, including proper naming of parties and attachment of challenged decisions; failure to do so results in dismissal.

Headnote:(A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - Aturan 53 - Permohonan untuk semakan kehakiman - Pemohon tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam KKM 2012, termasuk tidak melampirkan keputusan yang dicabar dan tidak menamakan Pesuruhjaya Kehakiman sebagai pihak - Permohonan ditolak atas alasan penyalahgunaan proses mahkamah. (Paras 19, 20, 24, 41)

(B) Locus Standi - Peguam Negara mempunyai locus untuk hadir dalam prosiding semakan kehakiman berkenaan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman - Mahkamah menolak bantahan Pemohon terhadap kehadiran Peguam Negara. (Paras 16, 17)

(C) Imuniti Kehakiman - Keputusan Pesuruhjaya Kehakiman tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman kerana ia tidak melibatkan tindakan awam - Imuniti kehakiman di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terpakai. (Paras 28, 33) Fakta Kes: Pemohon tidak berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman yang membenarkan permohonan Defendan untuk mengetepikan penghakiman ingkar kehadiran. Pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan. Dapatan Mahkamah: Permohonan untuk semakan kehakiman ditolak kerana tidak memenuhi ketiga-tiga threshold yang ditetapkan, dan tindakan Pemohon adalah penyalahgunaan proses mahkamah. Isu: Sama ada Peguam Negara mempunyai locus untuk hadir dan sama ada terdapat merit dalam bantahan Peguam Negara terhadap permohonan Pemohon.

Ratio Decidendi: Mahkamah mendapati bahawa Peguam Negara mempunyai locus, dan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman, serta Pemohon gagal memenuhi syarat permohonan. Keputusan: Permohonan Pemohon ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00.

Table of Content
1. factual background of the case (Para 1 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. arguments presented by the parties (Para 7 , 8 , 9)
3. issues of law regarding the ag's locus standi (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16)
4. merit of the ag's objections (Para 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22)
5. judicial immunity of judges (Para 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28)
6. application of judicial immunity (Para 29 , 30 , 31 , 32 , 33)
7. failure to pursue proper appeal process (Para 34 , 35 , 36 , 37 , 38)
8. thresholds for judicial review applications (Para 39 , 40 , 41 , 42 , 43)
9. merit of ag's objections confirmed (Para 44 , 45)
Arik Sanusi Yeop Johari PK:

Pendahuluan

[1] Rayuan ini telah difailkan oleh Pemohon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini pada 5 Disember 2022 yang telah membenarkan bantahan Peguam Negara terhadap permohonan Pemohon untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding Semakan Kehakiman dan telah menolak Permohonan Untuk Semakan Kehakiman Pemohon di bawah A 53 k (2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai "KKM 2012") (Lampiran 1) dengan kos sebanyak RM3,000.00 tertakluk kepada alokatur.

[2] Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah.

Fakta Dan Latar Belakang Kes

[3] Dalam kes ini, suatu penghakiman ingkar kehadiran telah dimasukkan oleh YA Dato' Chan Jit Li, Hakim Mahkamah Tinggi Sungai Petani terhadap Defendan pada 28 Oktober 2021 dalam kes KB-23NCvC-4-07/2021, iaitu seperti Lampiran 19.

[4] Defendan kemudiannya telah memfailkan suatu permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar kehadiran tersebut melalui Lampiran 36 dan ia telah dibenarkan oleh YA Puan Narkunavathy Sundareson, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sungai Petani (selepas ini dirujuk sebagai "Pesuruhjaya Kehakiman tersebut") pada 19 April 2022.

[5] Terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman bertarikh 19 April 2022 tersebut, Pemohon telah memfailkan Permohonan Untuk Semakan Kehakiman No: KA-25-13-07/2022 (selepas ini dirujuk sebagai "Permohonan Untuk Semakan Kehakiman tersebut") di Mahkamah ini pada 19 Julai 2022 bagi mencabar keputusan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman tersebut. Relief-relief dan/atau perintah-perintah yang dipohon oleh Pemohon adalah seperti yang berikut:

(a) bahawa Pemohon diberikan kebenaran di bawah A 53 k 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mendapatkan suatu Semakan Kehakiman ke atas Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 19 April 2022;

(b) suatu perintah Certiorari bahawa Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 19 April 2022 (Lampiran 73) adalah salah, terbatal dan perlu diketepikan oleh Mahkamah Yang Mulia ini;

(c) suatu Perisytiharan bahawa segala prosiding lanjut bagi keputusan tersebut adalah digantung sementara permohonan ini didengar dan diputuskan;

(d) kos; dan

(e) lain-lain relief atau perintah yang dianggap suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

[6] Berikutan daripada Permohonan Untuk Semakan Kehakiman tersebut, Peguam Negara telah memasukkan Notis Bantahan Awal terhadap permohonan Pemohon untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding Semakan Kehakiman tersebut, iaitu melalui surat-surat bertarikh 11 April 2022 (Lampiran 8) dan 17 Ogos 2022 (Lampiran 9).

[7] Pemohon sebaliknya telah membantah pewakilan Peguam Negara dalam tindakan ini atas alasan, inter alia, Peguam Negara tidak mempunyai locus dan tidak memfailkan Memorandum Kehadiran, iaitu melalui surat-surat bertarikh 6 Ogos 2022 (Lampiran 10) dan 19 Oktober 2022 (Lampiran 20).

[8] Mengenai dakwaan Pemohon bahawa Peguam Negara tidak memfailkan Memorandum Kehadiran, Peguam Negara menghujahkan bahawa Notis Pelantikan Peguam Cara bagi Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Guaman, Negeri Kedah untuk dilantik sebagai peguam cara untuk mewakili Peguam Negara dalam tindakan ini telahpun difailkan melalui Lampiran 7. Namun, memandangkan terdapat kesilapan pada Lampiran 7 tersebut, Peguam Negara kemudiannya telah memfailkan Notis Pelantikan Peguam Cara yang baru seperti di Lampiran 19. Justeru, Peguam Negara akan bergantung kepada Lampiran 19 tersebut.

[9] Sem

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top