MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
AZIZ LATIP HASANNAR LWN. PENDAKWA RAYA
[Permohonan Jenayah No: BA-44-297-11-2022]
| Table of Content |
|---|
| 1. introduction and filing of bail application. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. nature of charges and reason for ongoing detention. (Para 4 , 5 , 6) |
| 3. arguments presented by both parties. (Para 7 , 8) |
| 4. court's analysis of sosma and its implications. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18) |
| 5. assessment of applicant's health in relation to bail. (Para 19 , 20 , 21) |
| 6. conclusion on health criterion and public safety. (Para 22 , 23) |
Pendahuluan
[1] Aziz Latip bin Hasannar ("Pemohon") telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan suatu perintah pelepasan dengan jaminan (bail) sementara menunggu penyelesaian kes iaitu Nombor Kes BA-45JT-7-09/2022 dalam Mahkamah ini.
[2] Pada 26 Januari 2023, setelah membaca dan meneliti semua afidavit yang telah difailkan dalam tindakan ini serta mengambil kira penghujahan oleh pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan ini tidak mempunyai merit. Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah menolak permohonan tersebut.
[3] Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, pihak Pemohon telah memfailkan notis rayuan bertarikh 27 Januari 2023 ke Mahkamah Rayuan Malaysia menurut kaedah 58(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994.
Latar Belakang Permohonan
[4] Pemohon telah dituduh dalam Mahkamah ini (No. kes: BA-45JT-7- 09/2022) bagi kesalahan di bawah s 130V(1) Kanun Keseksaan yang merupakan suatu kesalahan keselamatan (security offences) menurut Jadual Pertama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 [Akta 747] seperti berikut:
"Bahawa kamu, di antara bulan Januari 2019 hingga 23 Jun 2022, bertempat di No 55, Lot 646/6, Batu 46 % C/O K/L Tin Mine, 44100 Kalumpang, dalam Daerah Hulu Selangor, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang "Geng 08 GST" dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama."
[5] Semenjak ditangkap, Pemohon telah berada dalam tahanan reman sehinggalah pada hari ini dan pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan Pemohon telah didakwa dengan suatu kesalahan keselamatan (security offences) yang tidak boleh diberikan jaminan.
[6] Oleh yang demikian, Pemohon telah memfailkan permohonan bertulis ini bagi mendapatkan suatu perintah pelepasan dengan jaminan sementara menunggu penyelesaian kes tersebut.
Ringkasan Penghujahan Oleh Pihak-Pihak
[7] Pihak Pemohon secara ringkasnya menghujahkan seperti berikut:
(a) Pemohon merupakan seorang yang sakit (sick person) yang disokong dengan Laporan Perubatan Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur bertarikh 22 Julai 2022 (ekshibit SA-3 kepada afidavit sokongan isteri Pemohon, Shafinaz binti Abdullah iaitu kandungan 2) dan Laporan Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur bertarikh 9 November 2022 (ekshibit SA-7 kepada afidavit sokongan isteri Pemohon iaitu kandungan 3);
(b) Berdasarkan laporan-laporan perubatan tersebut, Pemohon telah dibuat diagnosis mengalami right lacunar infarction with left hemiparesis serta mempunyai sejarah diabetes mellitus, hypertension dan ischemic heart disease;
(c) Oleh itu, Pemohon tergolong dalam salah satu kategori orang yang boleh diberikan jaminan di bawah s 13(2) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (" SOSMA "); dan
(d) Tiada sebarang dakwaan elemen 'flight risk ke atas Pemohon.
[8] Pihak Responden pula menghujahkan seperti berikut:
(a) Pemohon dipertuduh dengan kesalahan keselamatan yang merupakan suatu kesalahan yang serius dan tidak boleh dijamin melainkan atas budi bicara Mahkamah setelah mempertimbangkan syarat-syarat dalam s 13(2) SOSMA ;
(b) Walau bagaimanapun, Pemohon telah gagal membuktikan syarat-syarat bagi pertimbangan pelepasan dengan jaminan di bawah s 13(2) SOSMA tersebut;
(c) Menurut keterangan afidavit Dr Julian Raj a/l Winson Paul (kandungan 19), Responden menghujahkan bahawa penyakit yang dihidapi oleh Pemohon bukanlah memenuhi tafsiran sick or an infirm person berdasarka
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.