MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA
LIM SEE ANN & SATU LAGI LWN. SAUJANA TRIANGLE SDN BHD
[Guaman Sivil No: BB-A52NCvC-114-08/2021]
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Ini adalah rayuan Plaintif-Plaintif ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah menolak sebahagian tuntutan Plaintif di dalam Penyataan Tuntutan (Lampiran 5) terhadap Defendan setelah perbicaraan penuh. Di dalam Pernyataan Tuntutan tersebut, Plaintif-Plaintif telah menuntut gantirugi am dan khas untuk perlanggaran terma-terma kontrak antara pihak-pihak. Gantirugi am yang dituntut adalah bagi segala kesusahan, kerugian dan kehilangan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif.
[2] Bagi tuntutan gantirugi khas, Plaintif-Plaintif telah menuntut perkara-perkara berikut:
a) Bayaran ansuran bulanan kepada Ambank Group selama 22 bulan (Parcel B-17-C01) (RM7,200.00 sebulan) sebanyak RM158,400.00;
b) Bayaran "maintenance charge" dan "sinking Fund" selama 22 bulan (Parcel B-17-C01) (RM600.00 sebulan) sebanyak RM13,200.00;
c) Bayaran cukai pintu untuk 2 tahun (Parcel B-17-C01) (RM1,500.00 setahun) sebanyak RM3,000.00;
d) Kehilangan sewa bulanan untuk unit Perdana View Condo selama 22 bulan (RM2,300.00 sebulan) sebanyak RM50,600.00;
e) Kos menjalankan "screeding" disebabkan kelewatan dalam membaiki "floor tiles" Parcel B-17-C01 sebanyak RM10,000.00;
f) Kos untuk membersihkan "floor trap" yang tersumbat dengan simen sebanyak RM8,000.00.
[3] Defendan juga telah membuat tuntutan balas terhadap Plaintif-Plaintif untuk relif-relif berikut:
a) Gantirugi atas kos membaiki premis yang telah dilakukan oleh Defendan yang berjumlah RM120,000.00;
b) Gantirugi teladan ke atas Plaintif-Plaintif yang cuba mengaut keuntungan semasa pendemik;
c) Faedah ke atas penghakiman sehingga penyelesaian penuh;
d) kos prosiding.
[4] Mahkamah setelah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif-Plaintif dan Defendan dan selepas membaca dan meneliti segala kertas kausa yang berkaitan yang berkaitan (termasuk pliding-pliding, dokumen-dokumen/eksibit-eksibit yang dikemukakan serta hujahan dan ikatan autoriti) di akhir perbicaraan, Mahkamah mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa Defendan telah gagal mematuhi terma Perjanjian Jual Beli tersebut apabila Defendan telah gagal/lewat memperbaiki kecacatan-kecacatan pada Parcel B-17-C01 tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan tuntutan-tuntutan Plaintif di dalam Penyata Tuntutan Plaintif (Lampiran 5) seperti berikut:
- Untuk tuntutan gantirugi khas prayer (a), (b), (c) dan (d) di ms 11 dan 12 Lampiran 5 adalah ditolak. Prayer (e) dan (f) adalah dibenarkan. Oleh yang demikian, jumlah gantirugi khas yang dibenarkan ialah RM18,000.00;
- Prayer (b) iaitu Gantirugi am bagi segala kesusahan, kerugian dan kehilangan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif dibenarkan dan gantirugi adalah untuk ditaksirkan;
- Prayer (c) berkenaan faedah adalah dibenarkan;
- Kos tindakan dibenarkan (mengikut skala);
- Mahkamah juga memutuskan bahawa Tuntutan Balas Defendan ditolak dengan kos (mengikut skala).
[5] Plaintif-Plaintif telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah menolak tuntutan gantirugi khas di item (a) hingga (d) berkenaan. Defendan tidak memfailkan sebarang rayuan/rayuan silang terhadap keputusan Mahkamah tersebut.
Dokumen Yang Dirujuk
[6] Dokumen-dokumen yang dirujuk ialah:
i) Ikatan Pliding (Ikatan A)
ii) Ikatan Dokumen Bersama - Bahagian A (Ikatan B)
iii) Ikatan Dokumen Bersama - Bahagian B (Ikatan C)
iv) Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif-Plaintif (Ikatan D)
v) Ikatan Dokumen Tambahan Defendan (Ikatan E)
vi) Ikatan Dokumen Tambahan Defendan II (Ikatan F)
vii) Ikatan Dokumen Tambahan Defendan III (Ikatan G)
viii) Penyata Saksi Plaintif: Lim See An (PSP1)
ix) Penyata Saksi Defendan 1: Ahmad Najmuddin bin Ariffin (PSD1)
x) Penyata Saksi Defendan 2: R. Ravendran a/l Periasamy (PSD2)
xi) Penyata Saksi Defendan 3: Yap Soon Haw (PSD3)
Saksi-Saksi Kes
[7] Plaintif telah memanggil telah memanggil satu saksi iaitu Lim See An (SP1 - Plaintif Pertama) manakala Defendan pula telah memanggil tiga (3) saksi iaitu Ahmad Najmuddin bin Ariffin (SD1 - Jurutera Tapak), R Ravendran a/l Periasamy (SD2
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.