SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 5298

MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
MUHAMMAD AKMAL ZUHAIRI AZMAL & YANG LAIN LWN. PENDAKWA RAYA & SATU LAGI RAYUAN
[Rayuan Jenayah Nos: 05(M)-103-07-2024(W) & 05(M)-107-07-2024(W)]



Petitioner Advocates:Amer Hamzah Arshad,Joshua Tay H'ng Foong,Lee Yee Woei,Siti Summaiyah Ahmad ,Respondent Advocate: Mangaiarkarasi Krishnan,Iznina Hanim Hashim,Solehah Noratikah Ismail,Joy Jothi Nadrarasan

The court established that while the defendants caused death through wrongful acts, the intent to kill was not proven, leading to convictions under lesser charges.

Headnote:(A) Penal Code - Sections 302, 304(a), and 109 - Murder and abetment - The case arose from the tragic death of a student due to severe burns inflicted by fellow students - Five defendants were initially charged with murder under s 302 but were convicted under s 304(a) for causing death without intent to kill - The court found that the injuries inflicted were sufficient to cause death, but the intent to kill was not established - The court upheld the conviction for causing death with wrongful intent and abetment - The final decision was to maintain the 18-year prison sentence for the defendants. (Paras 5, 8, 40, 144)

(B) Common intention - The court emphasized that common intention can be inferred from the actions of the defendants during the incident, establishing their collective responsibility. (Paras 34, 115)

PENGHAKIMAN

Nordin Hassan HMP:

Pendahuluan

[1] Kes ini bermula dengan kehilangan sebuah komputer riba seorang pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tetapi berakhir dengan kejadian tragis dengan kematian Zulfarhan Osman bin Zulkarnain (Si Mati), yang juga seorang pelajar di universiti yang sama. Kes ini juga mendapat liputan akhbar dan media massa yang meluas di Malaysia atas sebab, antaranya, kematian Si Mati yang dianggap kejam akibat kecederaan luka bakar yang banyak daripada tekapan seterika wap oleh pelaku-pelaku yang juga merupakan penuntut di universiti yang sama. Mahkamah ini, seperti biasa, memutuskan rayuan kes ini berdasarkan undang-undang yang mantap dan analisis fakta daripada keterangan yang dikemukakan di Mahkamah.

[2] Setelah siasatan dilengkapkan, pelaku-pelaku dalam kes ini telah dituduh dengan kesalahan-kesalahan berdasarkan penglibatan mereka. Lima orang daripada pelaku-pelaku tersebut telah dituduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan kesalahan membunuh yang dihukum di bawah s 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama s 34 Kanun yang sama iaitu dengan niat bersama melakukan kesalahan berkenaan. Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi bin Azmal (tertuduh pertama), Muhammad Azamuddin bin Mad Sofi (tertuduh kedua), Muhammad Najib bin Mohd Razi (tertuduh ketiga), Muhammad Afif Najmudin bin Azahat (tertuduh keempat) dan Mohamad Shobirin bin Sabri (tertuduh kelima).

[3] Di samping itu, seorang lagi pelajar di universiti tersebut, Abdoul Hakeem bin Mohd Ali, tertuduh keenam, dituduh dengan kesalahan bersubahat melakukan kesalahan membunuh tersebut iaitu kesalahan di bawah s 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama s 302 Kanun yang sama.

[4] Selain itu, terdapat juga pelaku-pelaku lain, iaitu seramai sembilan belas orang pelajar UPNM yang dituduh di Mahkamah bagi kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Si Mati bagi maksud mendapatkan pengakuan, iaitu suatu kesalahan di bawah s 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama s 34 Kanun yang sama.

[5] Di akhir perbicaraan, Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendapati mereka bersalah dan mensabitkan tertuduh pertama hingga tertuduh kelima hanya dengan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang, iaitu kesalahan di bawah s 304(a) Kanun Keseksaan dan bukan dengan kesalahan membunuh yang dihukum di bawah s 302 Kanun yang sama, iaitu pertuduhan asal terhadap mereka. Hakim Bicara seterusnya menjatuhi kelima-kelima mereka dengan hukuman pemenjaraan selama 18 tahun dari tarikh tangkap. Hakim Bicara juga menjatuhi Abdoul Hakeem bin Mohd Ali dengan hukuman yang sama atas kesalahan persubahatan tertuduh keenam tersebut.

[6] Hakim Bicara juga telah mensabitkan tertuduh-tertuduh yang dituduh dengan kesalahan di bawah s 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama s 34 kecuali tertuduh ketiga, tertuduh keenam dan Muhammad Akmal Akif bin Alias, iaitu tertuduh kelapan, yang telah dilepaskan dan dibebaskan. Tertuduhtertuduh yang disabitkan bagi kesalahan ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun dari tarikh tangkap.

[7] Kesemua tertuduh yang telah disabitkan dengan kesalahan di bawah s 304(a) dan s 330 Kanun Keseksaan tersebut telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Hakim Bicara berkenaan. Sementara itu, pihak pendakwaan telah membuat rayuan terhadap sabitan tertuduh-tertuduh yang disabitkan di bawah s 304(a) dan bukan sabitan di bawah pertuduhan asal, iaitu di bawah s 302 bagi kesalahan membunuh dan persubahatan membunuh yang dibuat terhadap tertuduh keenam, Abdoul Hakeem bin Mohd Ali.

[8] Mahkamah Rayuan pula, setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap tertuduh-tertuduh bagi kesalahan di bawah s 330 Kanun Keseksaan tetapi mengetepikan sabitan di bawah s 304(a) oleh Hakim Bicara dan menggantikan dengan sabitan bagi kesalahan membunuh yang dihukum di bawah s 302 Kanun Keseksaan. Seterusnya, tertuduh pertama hingga kelima disabitkan dengan kesalahan me

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top