SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 851

MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA
CHA CHEE SIONG LWN. TROPICANA METROPARK SDN BHD
[Guaman Sivil No: BB-A52NCvC-178-11/2021]



Limitation period for claims relates to the signing of the Sale and Purchase Agreement, barring the Plaintiffs' claims for liquidated damages.

Headnote:This appeal concerns a ruling allowing the Defendant's application under the rules of court regarding the striking out of Plaintiffs' claims for unclaimed liquidated damages. The court highlighted provisions related to the limitation period as per the Limitation Act 1953 and discussed the principles governing striking out pleadings, ultimately ruling that the Plaintiffs' claims were barred by limitation, taking effect from the signing of the Sale and Purchase Agreement. Thus, the Plaintiffs’ appeal was rejected.

Table of Content
1. court allowed the defendant's application regarding limitation. (Para 1 , 2)
2. plaintiff claims unpaid liquidated damages under agreement. (Para 3 , 4 , 5 , 6)
3. defendant counters plaintiff's claim based on unreasonableness and limitation. (Para 7 , 8)
4. court discusses necessary principles for striking out claims. (Para 9 , 10 , 11 , 12)
5. court cites precedents to navigate complex issues on limitation. (Para 13 , 14 , 15 , 16)
6. court examines the binding nature of upper court decisions. (Para 17 , 18 , 19)
7. court concludes by allowing defendant's application with costs. (Para 20)
Hilmiah Yusof HMS:

Pengenalan

[1] Ini adalah satu rayuan yang difailkan oleh Plaintif terhadap satu keputusan Mahkamah yang telah membenarkan Notis Permohonan Defendan (Lampiran 29) di bawah A 18 k 19(1)(a), atau (b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM). Di dalam Lampiran 29 tersebut, Defendan telah memohon relif-relif seperti berikut:

(a) Bahawa Defendan diberikan kebenaran memfailkan permohonan di sini;

(b) Bahawa Writ Saman dan Penyataan Tuntutan bertarikh 19 November 2021 tersebut dibatalkan;

(c) Bahawa sebarang prosiding Mahkamah digantung/ditangguhkan sementara menunggu pelupusan permohonan ini atau mana-mana rayuan daripadanya;

(d) Bahawa kos permohonan ini ditanggung oleh Plaintif; dan

(e) Lain-lain relif kepada Defendan yang difikirkan sesuai dan wajar oleh Mahkamah yang Mulia ini.

[2] Mahkamah setelah membaca dan meneliti permohonan dan kertas kausa berkaitan termasuk kesemua Afidavit-Afidavit dan Hujahan Bertulis pihak Defendan dan Plaintif serta otoriti-otoriti yang disertakan, telah memutuskan untuk membenarkan permohonan Defendan di dalam Lampiran 29 berkenaan dengan kos RM3,000.00.

Fakta Ringkas Kes

[3] Plaintif telah menandatangani Perjanjian Jual-Beli (PJB) dengan pihak Defendan sebagai pemaju untuk membeli unit-unit di projek Defendan Tropicana Metropark Phase 1C.

[4] Klausa 25(1) dan Klausa 27(1) PJB berkenaan penyerahan milikan kosong dan penyiapan kemudahan bersama telah dilanjutkan dari tempoh kebiasaannya 36 bulan kepada 45 bulan di bawah PJB tersebut.

[5] Plaintif telah mengambil milikan kosong unit-unit mereka dan menerima jumlah pampasan "Liquidated Ascertain Damages" (LAD) dari Defendan dengan pengiraan berdasarkan penyerahan milikan kosong dalam tempoh masa 45 bulan dari tarikh PJB.

[6] Plaintif kini menuntut jumlah LAD yang belum dibayar dengan pengiraan LAD dibuat berdasarkan tempoh asal yang diperuntukkan di bawah perundangan berkaitan iaitu Jadual H di bawah Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 iaitu 36 bulan dari tarikh PJB.

Hujahan Defendan

[7] Defendan menyatakan antara alasan-alasan mereka memohon Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif dibatalkan adalah seperti berikut:

i) Ini adalah satu kes yang wajar dibatalkan Mahkamah atas dasar tindakan Plaintif adalah satu tindakan dengan kausa tindakan yang tidak munasabah, remeh atau mengaibkan atau satu penyalahgunaan proses Mahkamah.

ii) Tindakan Plaintif telah dihalang oleh had masa. Tuntutan Plaintif adalah berasaskan Perjanjian Jual Beli (PJB) yang ditandatangani pada 26 Ogos 2014 dan tuntutan ini difailkan lebih 6 tahun dari tarikh PJB berkenaan ditandatangani. Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif adalah salah dan tidak boleh dipertahankan.

iii) Plaintif telah menandatangani PJB tersebut pada tahun 2014 dan tidak pernah membuat apa-apa aduan mengenai terma-terma dalam PJB tersebut termasuk tempoh masa yang dipersetujui selama 45 bulan untuk menyerahkan milikan kosong dan telah mengambil milikan kosong tanpa sebarang aduan.

[8] Plaintif telah memberikan sebab-sebab mengapa Notis Permohonan Lampiran 29 perlu ditolak. Antara sebab-sebab berkenaan ialah:

i) Perlanjutan masa untuk serahan milikan kosong dari 36 bulan ke 45 bulan adalah tidak sah kerana tiada petunjuk atau sebutan di dalam PJB berkenaan dengan lanjutan masa tersebut untuk mencerminkan pengubahsuaian kepada Klausa-Klausa 25(1) dan 27(1) tersebut. Plaintif berhak me

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top