MAHKAMAH MAJISTRET KLUANG
PERNIAGAAN CHUAN SENG & SATU LAGI LWN. AMGENERAL INSURANCE BERHAD
[Guaman No: JG-A73KJ-131-04/2021]
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiffs' claim for damages. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. defendant's valid reasons for repudiating the claim. (Para 7 , 8 , 9) |
| 3. notification requirements under the insurance policy. (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15) |
| 4. agency principles in insurance notifications. (Para 16 , 17 , 18) |
| 5. legal implications of agency notifications. (Para 19 , 20 , 21) |
| 6. estoppel principles in insurance claims. (Para 22 , 23 , 24) |
| 7. standard of proof in civil cases. (Para 29 , 30 , 31 , 32 , 33) |
| 8. admissibility of evidence in court. (Para 34 , 35 , 36 , 37 , 38) |
| 9. requirement for expert testimony in technical cases. (Para 39 , 40 , 41 , 42 , 43 , 44 , 45 , 46 , 47 , 48 , 49 , 50) |
| 10. burden of proof in civil litigation. (Para 51 , 52 , 53) |
| 11. credibility of witness testimonies. (Para 54 , 55 , 56 , 57 , 58) |
| 12. requirements for special damages. (Para 63 , 67 , 74 , 76 , 78) |
Pengenalan
[1] Dalam kes ini, Plaintif-plaintif menuntut daripada Defendan untuk ganti rugi khas berjumlah RM38,720.74 yang merupakan kos bagi membaiki forklift, RM14,000.00 bagi kehilangan kegunaan kenderaan tersebut dan kos sewaan kenderaan ganti, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah dan kos.
[2] Kes ini telah dibicara penuh dan Plaintif-plaintif telah memanggil tiga orang saksi manakala Defendan telah memanggil lima orang saksi untuk membuktikan kes masing-masing.
Ringkasan Tuntutan Plaintif-Plaintif
[3] Pada 8 Disember 2017 lebih kurang jam 4.30 petang, seorang Wang Chuan Hoo (selepas ini dirujuk sebagai SP1) sedang memandu forklift bernombor pendaftaran MCQ 6592 di Lot 161 Batu 51, Jalan Johor, Ayer Hitam, Machap. Pada masa itu, SP1 telah cuba elak dari melanggar seekor anjing lalu telah masuk dan terbalik dalam satu gaung berdekatan dengan kawasan tersebut. Kenderaan tersebut mengalami kerosakan.
[4] SP1 telah membuat laporan polis berkenaan kemalangan tersebut pada 9 Disember 2017 jam 11.20 pagi. Plaintif Pertama dalam kes ini adalah pemegang polisi bagi kenderaan forklift tersebut manakala Plaintif Kedua adalah pemilik berdaftar kenderaan forklift tersebut. Maka, Plaintif telah membuat tuntutan insurans daripada Defendan.
[5] Melalui surat bertarikh 4 Februari 2019, Defendan telah menolak tuntutan Plaintif. Plaintif telah membuat rayuan melalui surat bertarikh 14 Mac 2019. Defendan menjawab surat Plaintif pada 8 Julai 2019 dan menolak rayuan Plaintif. Akibat kegagalan Defendan membayar kos membaiki kenderaan Plaintif tersebut, Plaintif-plaintif terpaksa menunggu lama sebelum kenderaan Plaintif dapat dibaiki. Plaintif terpaksa menyewa kenderaan forklift lain untuk menjalankan perniagaan hariannya.
[6] Pada 8 April 2021, Peguam Plaintif telah menghantar surat tuntutan kepada Defendan bagi menuntut antara lain bagi jumlah yang perlu dibayar bagi membaiki kenderan tersebut serta kos sewaan kenderaan ganti. Namun, tuntutan tersebut tidak dipenuhi oleh Defendan.
Pembelaan Defendan
[7] Keputusan Defendan untuk membatalkan (repudiate) tuntutan Plaintif adalah atas sebab-sebab yang sah. Defendan mendakwa Plaintif telah gagal untuk mematuhi syarat polisi kenderaan yang menghendaki Plaintif untuk memaklumkan secara bertulis kepada Defendan berkenaan kemalangan tersebut dalam tempoh 7 hari dari tarikh kemalangan.
[8] Defendan mendakwa Plaintif telah lewat dalam melengkapkan borang tuntutan dan menyerahkan borang tersebut bersama dokumen sokongan dalam tempoh 21 hari dari tarikh pemberitahuan bertulis tersebut. Defendan juga mendakwa Plaintif telah gagal mendapatkan persetujuan bertulis Defendan sebelum menjalankan kerja-kerja pembaikan ke atas kenderaan tersebut.
[9] Defendan juga mendakwa kerosakan kenderaan forklift adalah tidak konsisten dengan kemalangan yang dilaporkan.
Analisis Dan Keputusan Mahkamah
[10] Defendan merujuk kepada perenggan 3 "Important Notice" di Sijil Insurans (eksibit D19) dan menurut klausa tersebut, Defendan mendakwa Plaintif hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Defendan dalam tempoh masa 7 hari berkenaan kemalang
Poh Siew Cheng v. American International Assurance
Nadarajan Subramaniam v. American International Assurance Co Ltd
Tang Lee Hiok & Ors v. Yeow Guang Cheng
Boustead Trading (1985) Sdn Bhd v. Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad
Loh Swee Liang & Anor v. AmGeneral Insurans Berhad
CGU Insurance Bhd v. Asean Security Paper Mills Sdn Bhd
Kuan Pek Seng @ Alan Kuan v. Robert Daran & Ors And Other Appeals
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.