SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2022 MarsdenLR 1923

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: W-05-78-03/2021]



Petitioner Advocates:Amer Hamzah Arshad,Joshua Tay H'ng Foong,Marina Mohamed,Siti Suraya Abu Hassan,Sri Shazliza Sharmie Mohd Sohaimi,Jabir Abdullah,Ainur Syuhada Jefri ,Respondent Advocate: Aslinda Ahad,Nik Haslinie Hashim,Hafizatul Ifa Ab Razak

Pertuduhan di bawah Akta SPRM dan AMLATFPUAA tidak cacat, dan tindakan pendakwaan tidak menunjukkan niat jahat.

Headnote:(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 – Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 24(1) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 – Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(a) – Dalam rayuan, perayu memohon untuk mengetepikan pertuduhan sebagai cacat, tidak berasas, dan mala fide – Mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan mengandungi butiran mencukupi dan tidak cacat, di mana suapan yang diterima adalah berkaitan empat projek berbeza tetapi satu kesalahan – Hujahan bahawa pendakwaan adalah mala fide ditolak tanpa bukti yang sokong. (Paras 6, 8, 19, 20, 89)

Facts of the case: Perayu dituduh di Mahkamah Sesyen dengan pelbagai pertuduhan di bawah Akta SPRM dan AMLATFPUAA, termasuk menerima suapan sejumlah RM1,200,000 dan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram yang melibatkan hasil dari aktiviti haram.

Findings of Court: Mahkamah mendapati pertuduhan tidak cacat dan jelas mencukupi untuk memberikan hak perayu untuk membela diri – Pendakwaan boleh meminda pertuduhan jika perlu semasa perbicaraan.

Issues: Sama ada pertuduhan cacat, tidak berasas, dan mala fide; juga soal bidang kuasa Mahkamah Sesyen dalam mendengar pertuduhan.

Ratio Decidendi: Kuasa sedia ada Mahkamah boleh digunakan dalam keadaan luar biasa; tetapi tiada bukti yang menunjukkan pertuduhan adalah cacat atau tidak berasas. Tindakan pendakwaan tidak menunjukkan niat jahat.

Result: Rayuan Perayu ditolak kecuali bagi pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan, dan kesembilan; pertuduhan tersebut dibebaskan.

PENGHAKIMAN

Abu Bakar Jais HMR:

Pendahuluan

[1] Ini ialah rayuan terhadap keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan Notis Usul yang telah difailkan oleh Perayu. Kami telah mendengar hujahan lisan dan meneliti hujahan bertulis kedua-dua pihak dalam rayuan kes ini. Kami juga telah meneliti rekod rayuan yang telah disediakan. Kami dengan ini memberikan alasan-alasan kami dalam memutuskan rayuan yang telah dibuat.

Latar Belakang Kes

[2] Di Mahkamah Tinggi, Notis Usul yang difailkan oleh Perayu timbul kerana beliau telah didakwa dengan beberapa pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Perayu didakwa di Mahkamah Sesyen di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ("Akta SPRM"), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 ("AMLATFPUAA") dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 ("AMLATFA").

[3] Secara asasnya apa yang dipohon oleh Perayu melalui Notis Usul tersebut ialah mengetepikan atau membatalkan pertuduhan-pertuduhan yang telah dikemukakan terhadap dia di Mahkamah Sesyen tersebut. Notis Usul di Mahkamah Tinggi ini memohon perintah-perintah berikut:

i. Bahawa Mahkamah yang mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya untuk mengeluarkan suatu perintah supaya kesemua pertuduhan dan pendakwaan jenayah terhadap Perayu di bawah s 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ("SPRM") dan s 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 ("AMLA") di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No: WA-62R-3-01/2019 dan WA-62R-5-01/2019 diketepikan (set aside) dan dibatalkan (quashed) serta merta;

ii. Susulan dari itu bahawa Mahkamah yang mulia ini memerintahkan agar Perayu dilepaskan dan dibebaskan; atau

iii. Secara alternatifnya, bahawa suatu perintah penggantungan secara kekal (permanent stay) prosiding Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No: WA-62R-3-01/2019 dan WA-62R-5-01/2019; dan

iv. Sebarang perintah-perintah/relif-relif lanjut yang difikirkan wajar dan suai-manfaat.

[4] Alasan-alasan permohonan seperti mana dinyatakan mengenai Notis Usul ini ialah:

i. Pertuduhan-pertuduhan adalah defektif.

ii. Pertuduhan-pertuduhan adalah tidak berasas.

iii. Pendakwaan terhadapnya adalah mala fide.

[5] Perayu di Mahkamah Sesyen telah dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan berikut:

Pertuduhan-pertuduhan di bawah Akta SPRM

Pertuduhan Pertama

Bahawa kamu, pada 8 Disember 2010, di CIMB Bank Cawangan Menara UAB, No 6, Jalan Tun Perak, City Centre, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah secara rasuah menerima bagi diri kamu suatu suapan, iaitu, wang tunai sejumlah RM1,200,000.00 melalui akaun CIMB Bank Berhad nombor akaun 14140037378050 milik kamu daripada Mohammad Redzuan Mohanan bin Abdullah yang merupakan Pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, sebagai upah bagi diri kamu kerana telah melakukan suatu perkara yang sebenar, iaitu, membantu Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek-projek (seperti di Lampiran A) daripada Kerajaan Malaysia secara rundingan terus dan tender terhad yang keseluruhannya bernilai RM197,805,750.18, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama.

LAMPIRAN A

1. Projek Jalan Air Kuning ke Kampung Gajah, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan;

2. Projek Jalan Air Kuning ke Kampung Gajah, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan (Fasa II);

3. Projek Membina Jalan Air Kuning ke Kampung Gajah, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan (Fasa III); dan

4. Projek Membina Jalan Kampung Merbau Kudung/Felda Teloi Timur, Sik, Kedah (Reka & Bina).

Pertuduhan Kedua

Bahawa kamu, pada 13 Jun 2017, di Affin Bank Berhad, J-03-G, Blok J, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah secara rasuah menerima bagi diri kamu suatu suapan,


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top