SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2010 MarsdenLR 3838

MAHKAMAH PERUSAHAAN, KUALA LUMPUR
SURADI MD RUSDI LWN. METROD MALAYSIA BHD
[Award No. 783 - 2010 Kes No: 28/4-501/09]



The court addressed the limits of reinstatement and backwages in wrongful dismissal cases, emphasizing that unjust enrichment principles and employee conduct significantly influence remedy outcomes.

Headnote:(A) Industrial Relations Act, 1967 - Section 30(5) - Judicial Review - Certiorari - Orders reinstating a dismissed employee - The court affirmed the necessity of reinstatement and backwages was determined, the reinstatement order not unjust - The High Court annulled the original award ordering reinstatement and backwages, returning the case for proper remedy. (Paras 4, 6, 11, 20, 30)

(B) Remedies - Dire consequences of wrongful dismissal necessitate reinstatement unless exceptional circumstances suggest otherwise, with the court evaluating past employee conduct accordingly. The principles of unjust enrichment must be respected in relation to awarded sums. (Paras 10, 11, 17, 19)

(C) Backwages - Determination based on the maximum period established, taking into account contributory faults and the claimant's interim earnings aligning with statutory provisions, ultimately yielding a net sum award. (Paras 32, 36)

[1] Kes ini telah diputuskan oleh Pengerusi Mahkamah Perusahaan yang mendengar kes ini pada 4 Julai 2005 melalui Award No. 1299 tahun 2005 . Di dalam Award tersebut telah diperintahkan seperti berikut:

55. The company is ordered to reinstate the claimant as a machine operator in Roll Mill with effect from 1 August 2005 at a basic salary and on terms that he should be receiving on that date had he not been terminated from employment on 6 August 1999. And his service will be treated as being continuous from that date he commenced employment with the company, that is, 3 March 1983. Should the claimant fail to report for duty with the company on the designated date of 1 August 2005, this reinstatement order will lapse and he will thereafter lose this benefit of reinstatement.

56. The court further orders, independent of the order on reinstatement, that the company pays the claimant backwages to the sum of RM57,120 less statutory deductions if any, not later than 45 days from the date of this award.

[2] Pihak responden syarikat telah memfailkan semakan kehakiman terhadap Award tersebut. Pada 4 Ogos 2009, Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur telah mengeluarkan satu perintah certiorari yang memerintahkan seperti berikut:

Adalah Diperintahkan bahawa suatu perintah certiorari dikeluarkan untuk membatalkan sebahagian Award Mahkamah Perusahaan No. 1299 tahun 2005 yang bertarikh 4 Julai 2005 berkenaan perintah pemulihan kerja serta gaji kebelakangan sebanyak RM57,120 Dan Juga Diperintahkan bahawa kes ini dikembalikan semula ke Mahkamah Perusahaan untuk memutuskan semula remedi yang sesuai untuk kes ini dan Pendaftar Mahkamah Perusahaan diarahkan untuk menetapkan pendengaran kes dengan serta merta Dan Akhirkan Diperintahkan bahawa kos ditanggung oleh pihak-pihak sendiri.

[3] Pada 23 April 2007, pihak yang menuntut telah melaporkan diri untuk bekerja semula di syarikat responden seperti yang diperintah. Kes ini ditetapkan oleh Mahkamah Perusahaan untuk mahkamah menentukan remedi yang sewajarnya. Ia adalah sejajar dengan perintah Mahkamah Tinggi yang dinyatakan di atas. Dalam tempoh perkhidmatan, pihak yang menuntut selepas berkhidmat semula sehingga perintah Mahkamah Tinggi mengakaskan perintah Mahkamah Perusahaan, pihak syarikat telah membayar gaji dan segala kemudahan yang layak dinikmati oleh pihak yang menuntut sebagai seorang pekerja seperti yang dinyatakan dalam COB1. Ia tidak di cabar oleh pihak menuntut.

[4] Dalam kes ini, isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah ialah berapakah jumlah bayaran gaji tertunggak yang perlu diawardkan kepada pihak yang menuntut dan berapakah bayaran pampasan sebagai galang ganti kepada penempatan semula (reinstatement)?

[5] Bagi menyelesaikan isu-isu tersebut, mahkamah perlu memahami apakah intipati perintah Mahkamah Tinggi. Di dalam kes ini tiada nota keterangan prosiding di Mahkamah Tinggi yang dikemukakan. Oleh itu, pemahaman perintah Mahkamah Tinggi itu adalah dalam ruang lingkup perintah bersih mahkamah yang dikemukakan. Berdasarkan kepada perintah tersebut adalah didapati perintah Mahkamah Perusahaan yang memutuskan pembuangan kerja pihak yang menuntut oleh pihak syarikat adalah tidak adil dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi. Manakala remedi yang diberikan oleh Mahkamah Perusahaan iaitu penempatan semula (reinstatement) dan bayaran gaji tertunggak tidak dipersetujui oleh Mahkamah Tinggi.

[6] Dalam konteks ini, adalah wajar kiranya mahkamah meneliti apakah kesan sesuatu perintah certiorari oleh Mahkamah Tinggi. Ini boleh memandu arah mahkamah ini dapat menentukan apakah yang perlu dilakukan dengan perintah certiorari oleh Mahkamah Tinggi - H.W.R. Wade & C.F. Forsyth di dalam buku Administrative Law (Ninth Edition) menyatakan di halaman 658 seperti berikut:

When quashing on certiorari the court may remit the case to the tribunal or deciding body with a direction to decide in accordance with the court's finding. This removes the need for an order at mandamus in addition.

[7] Kesan perintah certiorari i

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top