2024 MarsdenLR 480
MAHKAMAH SEKSYEN PETALING JAYA
PDRM FC SDN BHD LWN. BLACKBIXON SDN BHD
[Writ Saman No: BB-B52NCvC-11-02/2022]
The court ruled that the plaintiff failed to prove breach of contract, while the defendant's counterclaim for refund was justified under force majeure provisions.
Headnote:(A) Contracts Act 1950 - Sections 12, 75, 52, 53, 56, and 7 - Sponsorship Agreement - Breach of contract - Plaintiffs' claims for RM500,000.00 rejected as Defendants fulfilled obligations under the contract, while Plaintiffs failed to provide necessary documentation and services, including promotional activities - Defendants' counterclaim for refund of RM500,000.00 allowed based on force majeure provisions. (Paras 39, 101, 106, 110)
(B) Burden of proof - In civil claims, the burden lies on the plaintiff to prove their case on a balance of probabilities, which the Plaintiffs failed to do. (Paras 45, 100)
PENGHAKIMAN
(Selepas Bicara Penuh Dengan Saksi)
Latarbelakang
[1] Ini adalah Notis Rayuan melalui Lampiran 38 yang difailkan oleh Perayu/Plaintif (PDRM FC SDN BHD [No SYARIKAT: 202001029870 (1386190-T)] yang tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan yang diberikan Mahkamah Sesyen Sivil di Petaling Jaya pada 27 Jun 2024 dan kini merayu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang memutuskan:
a. Menolak tuntutan Plaintif sebagaimana perenggan 26 perenggan (a) hingga (e) Pernyataan Tuntutan dengan kos mengikut skala; dan
b. Membenarkan tuntutan balas Defendan di perenggan 35 (i), (ii) dan (iii) Pembelaan dan Tuntutan Balas dengan kos mengikut skala.
Tuntutan Plaintif
[2] Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia menurut Akta Syarikat 2016 yang menjalankan perniagaan yang melibatkan "Activities of producers or promoters of sports events, with or without facilities" dan "the operation of sports clubs such as football club, bowling club, swimming club" dan "activities of related to promotion of sporting events".
[3] Defendan adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia menurut Akta Syarikat 2016 menjalankan perniagaan yang melibatkan "To carry on the direct sales business in all kinds of kitchenware and accessories", "to carry on the business and to act as merchants, traders, commission agents" dan "to carry on the business of restaurant, bar, nightclub tavern, beer".
[4] Plaintif dan Defendan telah memasuki satu perjanjian yang dikenali sebagai "Sponsorship Agreement" bertarikh 1 Mac 2021 (selepas ini dirujuk sebagai "Perjanjian Penajaan tersebut").
[5] Melalui Perjanjian Penajaan tersebut Plaintif bersetuju untuk melantik Defendan sebagai salah satu penaja bagi pasukan Plaintif di liga super Malaysia untuk Liga Perdana Malaysia ("MSL"), Piala FA, Piala Malaysia dan lain-lain aktiviti yang disokong oleh Persatuan Boleh Sepak Malaysia ("FAM") dan aktiviti lain yang berkaitan (secara kolektif dikenali sebagai "Kejohanan").
[6] Syarat perjanjian adalah sebagaimana dalam terma perjanjian.
[7] Berdasarkan kepada kl 4.1 Perjanjian Penajaan tersebut, bayaran penajaan sebanyak RM1,000,000.00 termasuk 6% GST hendaklah dibayar oleh Defendan kepada Plaintif seperti berikut:
i. RM500,000.00 selepas perlaksanaan Perjanjian Penajaan tersebut iaitu pada 1 Mac 2021; dan
ii. RM500,000.00 dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh Perjanjian Penajaan tersebut iaitu antara sekitar 1 Mac 2021 sehingga 1 Jun 2021.
[8] Berdasarkan kepada kl 4.1 Perjanjian Penajaan tersebut, Defendan sewajarnya membuat pembayaran pertama sebanyak RM500,000.00 pada 1 Mac 2021 iaitu selepas perlaksanaan Perjanjian Penajaan tersebut. Namun, oleh kerana hubungan baik antara Plaintif dan Defendan, Defendan hanya membuat pembayaran sebanyak RM500,000.00 pada 19 April 2021.
[9] Sehingga hari ini, Defendan hanya membayar sebanyak RM500,000.00 kepada Plaintif pada 19 April 2021.
[10] Majlis Sukan Negara Malaysia seterusnya telah mengeluarkan sesalinan Resit Rasmi (No Resit: 006939) bertarikh 19 April 2021 sebagai penerimaan bayaran sebanyak RM500,000.00 daripada Defendan yang mana telah memberi faedah kepada Defendan dengan menolak pembayaran cukai oleh Defendan.
[11] Pada setiap masa material, Plaintif telah memenuhi keseluruhan tanggungjawab Plaintif.
[12] Defendan telah melakukan kemungkiran kontrak Perjanjian Penajaan tersebut apabila Defendan telah gagal membuat pembayaran sebanyak RM500,000.00 sebelum tamatnya tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh Perjanjian Penajaan tersebut iaitu pada atau sebelum 1 Jun 2021.
[13] Pada 3 September 2021, Plaintif telah menerima emel daripada Defendan (selepas ini dirujuk sebagai "emel tersebut") bahawa Defendan telah secara salah menamatkan Perjanjian Penajaan tersebut dengan Plaintif dengan tarikh kuatkuasa pada 3 Oktober 2021.
[14] Selepas penerimaan emel tersebut daripada Defendan, Plaintif telah mengeluarkan sesalinan Surat Jawapan bertarik