2022 MarsdenLR 2814
MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA
UVM EXCEL SDN BHD LWN. KENCANA AMANJAYA SDN BHD & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: BB-A52NCC-134-11/2021]
Mahkamah memutuskan bahawa pembelaan Defendan yang didakwa tidak bermerit dan 'obviously unsustainable' telah menjustifikasikan penghakiman terhadap mereka.
Headnote:(A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 – A 18 k 19(1)(b) dan (d) – Permohonan Plaintif untuk membatalkan Pernyataan Pembelaan Defendan-Defendan yang didapati tidak bermerit – Mahkamah memutuskan bahawa pembelaan Defendan adalah "obviously unsustainable" dan memberi penghakiman terhadap Defendan-Defendan. (Paras 6, 8, 10-12).
(B) Pembelaan Defendan mengenai kualiti barang yang dihantar dan perjanjian jaminan adalah rekaan dan tidak boleh dipertahankan – Bukti menunjukkan barang diterima dalam keadaan baik dan perjanjian yang ditandatangani adalah sah. (Paras 10-18).
(C) Mahkamah mendapati semua isu yang dikemukakan Defendan adalah flimsy dan hanya ditimbulkan selepas tindakan diambil – Masalah tidak dibangkitkan dengan betul dan tidak mendapat perhatian awal. (Paras 14, 20, 21).
(D) Keputusan Mahkamah adalah untuk membenarkan permohonan dan memberikan satu perintah seperti yang dipohon oleh Plaintif. (Paras 22).
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Ini adalah satu rayuan yang difailkan oleh Defendan-Defendan terhadap satu keputusan Mahkamah yang telah membenarkan Notis Permohonan Plaintif (Lampiran 10) di bawah A 18 k 19(1)(b), dan/atau A 18 k 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM) dan/atau A 92 k 4 KKM. Di dalam Lampiran 10 tersebut, Plaintif telah, inter alia, memohon relif-relif seperti berikut:
"(ii) Bahawa Pernyataan Pembelaan bertarikh 8 Disember 2021 dibatalkan atas alasan-alasan berikut:
(a) mengaibkan, remeh atau menyusahkan; atau
(b) ia selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah;
(iii) Bahawa Penghakiman dimasukkan terhadap Defendan-Defendan seperti yang dinyatakan di dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 10 November 2021 seperti berikut:
(c) Wang sebanyak RM263,890.40 setakat 30 September 2021;
(d) Faedah pada kadar 1.5% sebulan dikira dari 1 Oktober 2021 sehingga penyelesaian penuh;
(e) Faedah pada kadar 5% setahun atau apa-apa yang akan ditetapkan Mahkamah menurut A 42 k 12 KKM ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh;
(f) Kos; dan
(g) Apa-apa relif lanjut dan/atau lain yang difikirkan suai manfaat dan adil oleh Mahkamah ini."
[2] Mahkamah setelah membaca dan meneliti permohonan dan kertas kausa berkaitan termasuk kesemua Afidavit-Afidavit dan Hujahan Bertulis pihak Defendan-Defendan dan Plaintif beserta otoriti-otoriti yang disertakan, telah memutuskan untuk membenarkan permohonan Plaintif dengan kos dan seterusnya membenarkan satu Penghakiman dimasukkan terhadap Defendan-Defendan.
Fakta Ringkas
[3] Plaintif menuntut pembayaran untuk jumlah tertunggak yang belum dijelaskan Syarikat Kencana Amanjaya (Defendan Pertama-D1) untuk barang-barang yang dijual dan dihantar serah oleh Plaintif kepada D1. Kesemua penghantaran barangan berkenaan telah dibuktikan dengan penyata akaun, invois-invois, dan nota-nota serahan yang telah dieksibitkan dalam Afidavit Sokongan Plaintif.
[4] Defendan Kedua hingga Keempat (D2-D4) yang merupakan pengarah-pengarah D1 telah bersetuju untuk menjamin segala wang yang terhutang oleh D1 kepada Plaintif dengan menandatangani satu Perjanjian Jaminan bertarikh 13 Disember 2019 yang mana sebagai balasan Plaintif bersetuju menjual dan menghantar serah barangan kepada D1, D2-D4 telah bersetuju secara bersama dan berasingan untuk menjamin dan membayar kesemua wang yang terhutang dan tertunggak oleh D1.
[5] Setelah gagal mendapatkan bayaran berkenaan, Plaintif telah melalui surat peguam Plaintif. Namun, Defendan-Defendan telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk menjelaskan hutang berkenaan.
Alasan Keputusan
[6] Permohonan Plaintif di dalam Lampiran 10 ini telah dibuat di bawah A 18 k 19(1)(b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM). Peruntukan ini dibaca seperti berikut:
"19. Striking out pleadings and endorsements (O 18, r 19)
(1) The court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that:
(a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;
(b) it is scandalous, frivolous or vexatious;
(c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action;
or
(d) it is otherwise an abuse of the process of the court.
and may order the action to bestayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be."
[7] Jika dilihat, untuk mendapatkan satu perintah seperti dipohon untuk sesuatu permohonan di bawah A 18 k 19(1)(b), (c) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM), terdapat beberapa prinsip yang perlu dipenuhi. Di dalam kes Bandar Builders Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Coporation Bhd, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:
"The principle upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O 18 r 19 Rules of the High are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule