SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 12

MAHKAMAH MAJISTRET KUALA LUMPUR
CHAMBERS OF FIRDAUS LWN. LOOI KAM YONG
[Guaman Sivil No: WA-A72NCvC-4121-10/2022]



Permohonan pindaan pernyataan pembelaan hanya dibenarkan jika tidak menyebabkan prejudis dan adalah bona fide; kelewatan yang tidak dapat dijustifikasikan akan mengakibatkan penolakan.

Headnote:(A) Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012 – Aturan 20 Kaedah 5 – Permohonan pindaan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas – Permohonan Defendan ditolak kerana tidak bona fide dan menyebabkan prejudis kepada Plaintif – Kelewatan dalam memfailkan permohonan tidak dapat dijustifikasikan. (Paras 1, 3, 6, 9, 16)

(B) Prinsip undang-undang – Permohonan pindaan hanya dibenarkan jika tidak menyebabkan prejudis yang tidak boleh dipampas melalui kos dan adalah bona fide. (Paras 6, 12)

Facts of the case: Permohonan pindaan oleh Defendan ditolak oleh Mahkamah kerana didapati tidak bona fide dan terdapat kelewatan yang ketara dalam memfailkan permohonan tersebut. Defendan gagal mengemukakan bukti yang menyokong cadangan pindaan.

Findings of Court: Mahkamah mendapati bahawa permohonan tidak bona fide dan akan mengubah karektor pembelaan Defendan, serta meletakkan Plaintif dalam keadaan yang lebih buruk.

Issues: Adakah permohonan pindaan oleh Defendan adalah bona fide dan adakah kelewatan dalam memfailkan permohonan tersebut dapat dijustifikasikan?

Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa permohonan pindaan perlu memenuhi kriteria tertentu dan tidak boleh menyebabkan prejudis kepada pihak lain. Kelewatan yang tidak dapat dijustifikasikan akan mengakibatkan penolakan permohonan.

Result: Permohonan Defendan ditolak dengan kos RM1,000.00.

PENGHAKIMAN

Muhamad Taufik Saberi M:

(Kandungan 53 - Permohonan Pindaan Pernyataan Pembelaan Dan Tuntutan Balas Defendan Bertarikh 1 November 2022)

[1] Ini adalah satu alasan penghakiman yang disediakan oleh Mahkamah ini bagi menerangkan alasan-alasan Mahkamah ini yang telah menolak permohonan pihak Defendan di Kandungan 53 dengan kos sebanyak RM1,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif.

[2] Permohonan Kandungan 53 merupakan satu permohonan difailkan oleh Defendan di bawah A 20 k 5 dan A 92 k 4 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012 bagi meminda Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 1 November 2022.

[3] Alasan-alasan permohonan diperincikan oleh Defendan di dalam Afidavit Sokongannya di Kandungan 54, iaitu:

a. Terdapat fakta-fakta penting dan material yang perlu diplidkan secara jelas di dalam Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas tersebut.

b. Tiada kelewatan melampau dalam memfailkan permohonan pindaan ini. Peguamcara terdahulu Defendan tidak memplidkan atau gagal memplidkan fakta yang lengkap dan betul.

c. Defendan hanya mengetahui bahawa fakta gagal diplidkan dengan betul dan lengkap setelah meneliti Afidavit Jawapan Plaintif bertarikh 24 Januari 2024 di Ekshibit "T-2"yang melampirkan surat balasan Plaintif bertarikh 15 Julai 2022 di mana Plaintif mengakui bahawa invois-invois fi guaman bagi kerja undang-undang tidak pernah diisukan daripada Plaintif kepada Defendan. Fakta material tersebut hanya diketahui pada peringkat tersebut;

d. Pindaan yang dicadangkan perlu bagi tujuan menyelaraskan pliding Defendan dan secara langsung membantu mahkamah memutuskan kes ini dengan efisien dan adil.

e. Pindaan yang dicadangkan tidak akan memprejudiskan Defendan dan boleh dipampas dengan kos.

[4] Pihak Plaintif membantah permohonan tersebut dan menerusi Afidavit Jawapannya di Kandungan 59 menyatakan:

a. Defendan sebelum ini mengambil pendirian yang konsisten berkenaan pembayaran yang telah dibayar Defendan kepada Plaintif;

b. Permohonan pindaan Defendan difailkan sangat lewat yang mana memprejudiskan Plaintif. Permohonan difailkan selepas 1 tahun 3 bulan.

c. Permohonan Pindaan Defendan adalah tidak bona fide dan bertujuan melengahkan perbicaraan kes ini.

d. Pindaan yang dicadangkan oleh Defendan mempunyai kesan mengubah sifat pembelaan asal Defendan;

Undang-Undang

[5] Aturan 20 Kaedah 5 KKM 2012 menyatakan:

"Order 20. Amendments

Amendment of writ or pleading with leave (O 20, r 5)

5. (1) Subject to O 15, rr 6, 6a, 7 and 8 and the following provisions of this rule, the Court may at any stage of the proceedings allow the plaintiff to amend his writ, or any party to amend his pleading, on such terms as to costs or otherwise as may be just and in such a manner, if any, as it may direct.

(2) Where an application to the Court for leave to make the amendment mentioned in paragraph (3), (4) or (5) is made after any relevant period of limitation current at the date of the issue of the writ has expired, the Court may nevertheless grant such leave in the circumstances mentioned in that paragraph if it thinks it just to do so.

(3) An amendment to correct the name of a party may be allowed under paragraph (2) notwithstanding that it is alleged that the effect of the amendment will be to substitute a new party if the Court is satisfied that the mistake sought to be corrected was a genuine mistake and was not misleading or such as to cause any reasonable doubt as to the identity of the person intending to sue or, as the case may be, intended to be sued.

(4) An amendment to alter the capacity in which a party sues (whether as plaintiff or as defendant by counterclaim) may be allowed under paragraph (2) if the capacity in which, if the amendment is made, the party will sue is one in which at the date of issue of the writ or the making of the counterclaim, as the case may be, he might have sued.?

(5) An amendment may be allowed under paragraph (2) notwithstanding that the effect of the amendment will be to add or substitute a new cause of action if the new cause of


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top