SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 2819

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
SAKINAH MUSTAPHA & YANG LAIN LWN. PENDAKWA RAYA & RAYUAN YANG LAIN
[Rayuan Jenayah No: M-05-349-08/2019 M-09-62-02/2019 & M-09-65-02/2019]



Petitioner Advocates:Sahidawati Dollah,Sasila Basri,Umi Kalsum Harun ,Respondent Advocate: Norzilati Izhani Zainal @ Zainol

The court established that third parties must prove their legitimate claim and lack of involvement in illegal activities to recover seized property under anti-money laundering laws.

Headnote:(A) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 - Seksyen 25(1) dan 6(4) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 - Seksyen 4(1) dan 55 - Tiga rayuan berkaitan pelucutan hak harta - Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan melucutkan hak harta kepada Kerajaan Malaysia - Responden gagal membuktikan kelayakan untuk menuntut harta yang disita - Mahkamah memutuskan bahawa Responden bukan penuntut yang suci hati. (Paras 30, 31)

(B) Pelucutan hak harta - Keharusan untuk pihak ketiga menunjukkan bukti kepentingan dan kelayakan dalam harta yang disita - Mahkamah menetapkan bahawa tanggungjawab untuk membuktikan ketiadaan penglibatan dalam aktiviti haram adalah pada pihak penuntut. (Paras 21, 22) Fakta Kes: Tertuduh dituduh di bawah Akta Bank dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram - Harta yang disita melibatkan urusan perniagaan kad pra bayar - Responden menuntut pemulangan harta yang disita tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Findings of Court:
Mahkamah Tinggi mendapati Responden gagal memenuhi keperluan di bawah AMLATFA dan tidak dapat membuktikan bahawa mereka tidak terlibat dalam aktiviti haram.

Issues: Isu utama adalah kelayakan pihak ketiga untuk menuntut harta yang disita dan sama ada mereka boleh dibuktikan sebagai penuntut yang suci hati.

Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa penuntut harus membuktikan ketiadaan penglibatan dalam aktiviti haram dan kegagalan untuk berbuat demikian membawa kepada pelucutan hak harta kepada Kerajaan.

Result: Rayuan Pendakwa Raya dibenarkan dan harta dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.

Table of Content
1. overview of appeals against lower court decisions. (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. charges against the accused for financial crimes. (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10)
3. procedural requirements for asset forfeiture. (Para 11 , 12 , 13 , 14)
4. court's reasoning on the failure of third-party claims. (Para 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22)
5. final settlement terms agreed by the parties. (Para 30 , 31)
Azmi Ariffin HMR:

Mukadimah

[1] Terdapat tiga Notis Rayuan berasingan yang difailkan di hadapan Mahkamah Rayuan ini terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka di mana Hakim yang bijaksana pada 29 Januari 2019 dan 1 Ogos 2019 telah membenarkan rayuan Perayu/Pendakwa Raya dan mengenepikan perintah Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana memerintahkan harta-harta yang dinyatakan dalam Jadual Warta Kerajaan Persekutuan yang menjadi hal pertuduhan diserahkan hak kepada Responden-Responden dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia.

[2] Butiran terperinci bagi ketiga-tiga rayuan tersebut adalah seperti berikut:

(a) R39 M-05-349-08/2019

Sakinah Binti Mustapha Dan 29 Yang Lain v. Pendakwa Raya;

(b) R40 M-09-62-02/2019

Yen Kim Pok & 140 Yang Lain v. Pendakwa Raya;

(c) R41 M-09-65-02/2019

MFR Comtech Resources Sdn Bhd v. Pendakwa Raya.

[3] Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, Responden-Responden/Penuntut-Penuntut Ketiga ini telah menfailkan rayuan mereka masing-masing di Mahkamah Rayuan.

[4] Oleh kerana ketiga-tiga rayuan ini adalah berkaitan, maka kami akan hanya menyediakan satu alasan penghakiman sahaja untuk ketiga-tiga rayuan ini.

Fakta Kes Secara Ringkas

[R39 M-05-349-08/2019]

[5] Mohd Riezuan bin Jalil (Tertuduh Pertama) telah dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka di atas satu pertuduhan di bawah s 25(1) Akta Bank dan lnstitusi Kewangan 1989 atas kesalahan menerima deposit daripada orang awam tanpa satu lesen yang sah di bawah s 6(4) Akta yang sama.

[6] Selain daripada itu, Tertuduh Pertama juga telah dituduh di atas 168 pertuduhan di bawah s 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaaan Keganasan 2001 [Akta 613].

[7] Manakala Basri bin Samsudin (Tertuduh Kedua) juga telah dituduh di atas satu pertuduhan di bawah s 25(1) Akta Bank dan lnstitusi Kewangan 1989 atas kesalahan menerima deposit daripada orang awam tanpa satu lesen yang sah di bawah s 6(4) Akta yang sama.

[8] Selain daripada itu, Tertuduh Kedua juga telah dituduh di atas 68 pertuduhan di bawah s 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaaan Keganasan 2001 [Akta 613].

[9] Kedua-dua Tertuduh ini merupakan rakan kongsi perniagaan Hitect Objective Enterprise (HTO) yang menjalankan urusan jual beli langganan kad pra bayar.

[10] Kedua-dua Tertuduh telah didapati bersalah dan disabitkan di atas pertuduhan di bawah s 25(1) Akta Bank dan lnstitusi Kewangan 1989 dan kesemua pertuduhan di bawah s 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaaan Keganasan 2001 [Akta 613].

[11] Bagi prosiding perlucutan harta, apabila terdapat pendakwaan di bawah s 55 Akta 613 dan dibaca bersama dengan s 61(2) Akta yang sama, maka yang membuat perintah pelucuthakan hendaklah menyebabkan suatu notis dalam Warta dibuat untuk memanggil mana- mana pihak ketiga yang mempunyai sebarang kepentingan terhadap harta yang terkandung dalam notis itu untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucuthakkan.

[12] Notis kepada pihak ketiga telah diwartakan pada 6 November 2012 di mana harta yang terlibat di dalam prosiding ini adalah sepertimana yang terdapat di dalam Warta Notis kepada pihak ketiga.

[13] Terdapat lapan (8) orang penuntut pihak ketiga yang menuntut untuk mendapatkan kembali wang yang telah dibayar oleh mereka kepada HTO bagi urusan jual beli dan langganan kad pra bayar mengikut jumlah masing-masing. Perbicaraan berkenaan harta-harta tersebut telah bermula pada 4 April 2016 dan berakhir pada 1 Ogos 2017.

[14] Di akhir perbicaraan, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah memutuskan agar kesemua harta yang disita seperti di dalam Warta di

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top