SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 694

MAHKAMAH SESYEN SELAYANG
AHMAD ROSLEE LWN. MOHAMED ANUAR & YANG LAIN (KAND 35 37 39 & 40)
[Saman No: BD-A53KJ-200-12/2021]



The burden of proof in negligence claims lies with the plaintiff, who must provide credible evidence to establish the defendant's liability; failure to do so results in dismissal of the claim.

Headnote:(A) Evidence Act 1950 - Section 101 - Negligence - Plaintiff's claim for damages arising from a road traffic accident on 19 May 2021 was dismissed due to failure to prove negligence on the part of the defendant - The burden of proof lies on the plaintiff to establish the facts supporting their claim - The court found that the plaintiff did not provide credible evidence to show that the defendant's motorcycle was involved in the accident, nor did the plaintiff establish his own credibility as a witness - As a result, the plaintiff's claim was dismissed with costs under the 2012 Court Rules. (Paras 6, 11, 33, 35)

Facts of the case:
The plaintiff, a Malaysian citizen, claimed damages for injuries sustained in a motorcycle accident involving the defendant's motorcycle. The defendants denied involvement, alleging that the accident was fraudulent. The plaintiff failed to provide sufficient evidence to support his claims.

Findings of Court:
The court found that the plaintiff failed to prove that the defendant was negligent and that the accident occurred as alleged. The plaintiff's credibility was also questioned due to inconsistencies in his testimony.

Issues: The main issues addressed were the burden of proof regarding negligence and the credibility of the plaintiff's evidence.

Ratio Decidendi: The court emphasized that the burden of proof rests with the plaintiff to establish negligence and that failure to provide credible evidence results in dismissal of the claim. The court also noted that the plaintiff's inconsistencies undermined his credibility.

Result: The plaintiff's claim was dismissed with costs.

Table of Content
1. background of the accident case. (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. written arguments filed by parties. (Para 5)
3. court's findings on burden of proof. (Para 6 , 9 , 10 , 11)
4. credibility of evidence and testimonies. (Para 12 , 13 , 14 , 15 , 16)
5. issues with plaintiff's credibility. (Para 17 , 18 , 19)
6. credibility concerns regarding sp2. (Para 20 , 21 , 22)
7. failure to present material witnesses. (Para 23 , 24 , 25 , 26)
8. inconsistencies in accident mechanism. (Para 27 , 28 , 29 , 30 , 31)
9. conclusion on burden of proof and fraud. (Para 32 , 33 , 34)
Osman Affendi Mohd Shalleh HMS:

A. Latar Belakang Kes

[1] Tindakan ini adalah suatu kes tuntutan gantirugi am dan gantirugi khas yang diplidkan berpunca daripada kecuaian dalam suatu kemalangan jalan raya pada 19 Mei 2021 antara Plaintif yang menunggang motorsikal dengan nombor pendaftaran VDL 2579 dengan Defendan Pertama yang menunggang motorsikal dengan nombor pendaftaran WWX 1767 dengan keizinan Defendan Kedua sebagai pemilik motorsikal tersebut (Kemalangan).

[2] Plaintif adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur yang beralamat di Rumah Kedai, Tingkat 1, Jalan Raja Laut, Chow Kit, Kuala Lumpur (berdasarkan alamat yang diberikan semasa Plaintif memberikan keterangan, kerana tiada alamat tempat tinggal yang dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan). Defendan Pertama dan Defendan Kedua (Defendan) merupakan bukan warganegara Malaysia dan tiada juga alamat tempat tinggal yang dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan bagi kedua-duanya.

[3] Defendan Ketiga adalah penanggung insurans kepada motorsikal dengan nombor pendaftaran WWX 1767 semasa Kemalangan, dan dimasukkan sebagai Defendan Ketiga lanjutan daripada permohonan untuk mencelah yang dibenarkan pada 31 Oktober 2022. Defendan Ketiga memplidkan bahawa Kemalangan tersebut adalah suatu frod, kerana Plaintif telah berpakat dengan Defendan bagi tujuan membuat tuntutan insurans sedangkan Defendan Pertama tidak terlibat dalam Kemalangan.

[4] Semasa perbicaraan penuh yang dijalankan pada 28 dan 29 Julai, 5 Disember 2022 serta 9 Februari 2023, seramai dua (2) orang saksi telah dipanggil bagi pihak Plaintif (dan tiada saksi dipanggil bagi pihak Defendan-Defendan) seperti berikut:

Saksi-saksi Plaintif:

SP1 - Ahmad Bin Roslee

Plaintif

SP2 - Sarjan Mohd Faizul Suhaimi Bin Ismail

Pegawai Penyiasat

B. Hujahan-Hujahan Bertulis

[5] Hujahan-hujahan bertulis yang telah difailkan adalah seperti berikut:

(a) Hujahan Bertulis Plaintif difailkan pada 2 Mei 2023 (Kandungan 37);

(b) Hujahan Bertulis Defendan difailkan pada 28 April 2023 (Kandungan 35);

(c) Hujahan Balasan Bertulis Plaintif difailkan pada 12 Mei 2023 (Kandungan 39); dan

(d) Hujahan Balasan Bertulis Defendan difailkan pada 15 Mei 2023 (Kandungan 40).

C. Keputusan Mahkamah Ini

[6] Setelah mendengar dan meneliti keterangan saksi-saksi dalam kes ini, serta meneliti kesemua ekshibit dan hujahan bertulis pihak-pihak berserta nas-nas yang dikemukakan, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya. Oleh itu, tuntutan Plaintif ditolak dengan kos mengikut skala di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Keputusan).

[7] Mahkamah ini seterusnya telah membuat perintah bahawa sekiranya Keputusan ini dirayu dan rayuan dibenarkan, maka bagi isu kuantum atas dasar 100% liabiliti dan perintah yang berkaitan adalah diputuskan seperti berikut:

I. Gantirugi am yang dibenarkan atas dasar 100% liabiliti:

Mild traumatic brain injury/mild head injury - RM30,000.00

II. Gantirugi khas yang dibenarkan atas dasar 100% liabiliti:

Kos rawatan di Klinik SP Care - RM60.00.

III. Faedah

(a) Bagi gantirugi khas dengan kadar 2.5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman;

(b) Bagi gantirugi am dengan kadar 5% setahun dari tarikh pemfailan Writ Saman sehingga tarikh penghakiman; dan

(c) Faedah ke atas keseluruhan jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian.

IV. Kos dibenarkan mengikut skala yang diperuntukkan dibawa

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top