SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 807

MAHKAMAH SESYEN BUTTERWORTH
SHAIPUL KAMAL MAT SAAT LWN. LIM JENN WEN & SATU LAGI
[Saman No: 53-801-2010]



Petitioner Advocates:Baldev Bhar ,Respondent Advocate: Zamri Ali Hassan

The court ruled that the defendant lorry driver was 100% liable for the accident, establishing the necessity for adequate damages based on proven injuries and loss of earnings.

Headnote:(A) Road Traffic Act - Liability and Quantum - Appeal on quantum of damages following a collision between a lorry and motorcycle, determining responsibility and assessing compensation based on balance of probabilities. (Paras 1, 2, 5, 6)

(B) Injuries and Damages Calculation - Court awarded damages for injuries sustained in the accident, assessing specific claims for fractures, surgical needs, and loss of income with reference to expert reports and precedent cases. (Paras 7-12, 13-21)

(C) Burden of Proof - The court highlighted the importance of evidence and testimonies to ascertain the degree of fault in the accident. (Paras 5, 6)

Facts of the case:
The plaintiffs appealed a session court's decision regarding damages after a lorry collided with the plaintiff's motorcycle on Jalan Perusahaan Sungai Lokan, resulting in significant injuries. The court noted that the defendant's lorry invaded the plaintiff's lane, suggesting 100% liability. (Paras 2, 5)

Findings of Court:
The court concluded that the defendant was entirely at fault for the accident, affirming that the plaintiffs acted reasonably under the circumstances. The total damages awarded were RM40,000.00 for specific injuries and additional losses. (Paras 7-12, 21)

Issues: The main issues were the extent of the defendant's liability and the appropriate quantum for damages, including special and general damages. (Paras 5, 13)

Ratio Decidendi: The court determined that the defendant failed to take proper precautions, leading to a finding of total liability; damages were calculated using established legal principles and past case references. (Paras 6, 7)

Result: The appeal was partially successful with damages awarded against the defendant.

Amernudin Ahmad, HS:

[1] Perayu-perayu/defendan-defendan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen di Butterworth bertarikh April 28, 2011 dan merayu atas isu kuantum sahaja.

Liabiliti

Versi Plaintif

[2] Menurut plaintif apabila sampai di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, secara tiba-tiba sebuah motorlori No ABM 1368 yang datang dari arah bertentangan telah menceroboh masuk ke dalam laluan plaintif lalu berlanggar dengan motorsikal plaintif.

Versi Defendan

[3] Menurut defendan apabila sampai di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, tiba-tiba sebuah motorkar nombor tidak tahu telah berhenti secara mengejut lalu beliau mengelak ke kanan dan berlanggar dengan sebuah motorsikal No PCR 6297 yang datang dari arah hadapan.

Keterangan Pegawai Penyiasat ("SP1")

[4] SP1 mengatakan bahawa beliau pergi ke tempat kejadian dan lukis rajah kasar ("P1" & "P1K"). Kenderaan yang terlibat adalah motorlori No ABN 1368 dan motorsikal No PCR 6297. Motorlori dari bawah ke atas P1 dan motorsikal No PCR 6297 dari atas ke bawah. Selepas kejadian motorsikal plaintif jatuh ke dalam parit. Kemalangan berlaku di lorong plaintif dan saman di bawah r 10 of the Highway Code telah dikeluarkan terhadap defendan dan saman telah dibayar pada Januari 21, 2009.

Finding Mahkamah

[5] Di dalam kes ini adalah jelas bahawa kemalangan berlaku apabila motorlori defendan mengelak ke kanan dan berlanggar dengan motorsikal plaintif No PCR 6297 yang datang dari arah hadapan. SP1 mengesahkan bahawa kemalangan berlaku di lorong plaintif. Ini menunjukan motorlori defendan telah menceroboh masuk ke dalam laluan plaintif lalu berlanggar dengan motorsikal plaintif. Defendan mengakui bahawa selepas kejadian baru sedar telah berlanggar dengan motorsikal. Oleh itu inferens yang boleh dibuat ialah defendan tidak nampak motorsikal plaintif sebelum kejadian kemalangan.

[6] Peguam defendan berhujah plaintif ada sumbang cuai. Alasan peguam defendan ialah plaintif mempunyai ruang yang cukup untuk mengelak kemalangan dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakan kemalangan maka kemalangan ini dapat dielakan. Saya dengan hormatnya berpendapat situasi plaintif secara tiba-tiba dihadapkan dengan keadaan di mana motorlori defendan secara tiba-tiba masuk ke laluan plaintif tiada apa yang boleh dibuat oleh plaintif mengelak kemalangan. Malahan dalam kes ini plaintif telahpun mengambil langkah yang sewajarnya dengan menunggang dua kaki dari tepi jalan. Saya juga berpendapat tanpa mengambil kira defendan telah disaman di bawah r 10 of the Highway Code keterangan adalah mencukupi atas prinsip imbangan kebarangkalian bahawa defendan bertanggungan 100% menyebabkan kemalangan kes ini.

Kuantum

Gantirugi Am

1. Fracture of the tibia and fibula with 1 cm shortening

[7] Peguam plaintif berhujah RM45,000.00. Rujuk kes Pang Swee Kang v. Santhiran Krishnan & Anor; [2010] 1 PIR 68 dan kes Firdaus Abd Malik & Anor v. Wee Kok Choo (infra). Peguam defendan berhujah award yang munasabah antara RM25,000.00 hingga RM30,000.00 sahaja. Hujahan peguam defendan adalah berdasarkan laporan Pakar Hospital Fatimah ("D9") iaitu yang disediakan oleh pakar Dr Siva pada November 18, 2010. Pemeriksaan selepas dua tahun dari tarikh kemalangan. Jadi "finding" Dr Siva lebih tepat kerana ianya terkini. Rujuk kes Baniamin Adam v. Daihatsu (M) Sdn Bhd; [2009] 1 PIR 47 . Mahkamah mengawardkan RM40,000.00.

2. Bone grafting

[8] Peguam plaintif merujuk kepada laporan ("P8") dan mencadangkan award RM25,000.00. Rujuk kes Musa Jusoh v. Mazlan Bidin & Anor [2009] 1 PIR 8 dan kes Hong Chee Fatt & Anor v. Chung Chee Hoong & Anor; [2008] 1 PIR 50 serta kes Firdaus Abd Malik & Anor v. Wee Kok Choo; [2011] 1 PIR 15. Mahkamah mengawardkan RM10,000.00.

3. Scars

[9] Peguam plaintif berhujah RM20,000.00. Rujuk P8 dan D9 serta kes Musa Jusoh (supra). Peguam defendan berhujah award RM5,000.00 sahaja. Rujuk kes Nor Rofeah Abdullah Sani & Anor v. Moganasundram Gournrass & Anor; [2010] 2 PIR 46. Mahkamah mengawardkan RM10,000.00.

4. Muscle wasting

[

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top