SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 824

MAHKAMAH MAJISTRET BATU PAHAT
PENDAKWA RAYA LWN. ABD AZIZ ABD SHUKUR @ ABDULLAH
[Kes Jenayah Nombor: JC-83-123-03/2025]



Petitioner Advocates:Farah Wahida Mohd Sharip ,Respondent Advocate: Tan Song Yan

The court emphasized the importance of mitigating factors, including first-time offender status and emotional circumstances, in determining a suitable penalty, allowing a good behavior bond as a sufficient sentence.

Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 427 - Tertuduh didapati bersalah melakukan khianat dengan kerugian RM1,400.00 pada 25 Mac 2025 - Tertuduh mengaku bersalah dan memahami akibat pengakuan tersebut - Mahkamah memutuskan untuk mengenakan bon berkelakuan baik selama 2 tahun dengan jaminan RM1,500.00. (Paras 1, 4, 9, 49)

(B) Pengakuan Salah - Pengakuan salah Tertuduh pada tarikh pertama pertuduhan dibacakan memberi kredit dalam penentuan hukuman - Pengakuan tersebut menjimatkan masa dan kos mahkamah. (Paras 34, 38)

(C) Mitigasi - Tertuduh adalah pesalah pertama, mempunyai tanggungan keluarga dan insiden berlaku akibat emosi tinggi. (Paras 5, 23, 49)

(D) Kepentingan Awam - Mahkamah memutuskan bon berkelakuan baik adalah memadai bagi kepentingan awam dan rehabilitasi Tertuduh. (Paras 42, 46, 49)

[1] Tertuduh dalam kes ini dituduh di Mahkamah ini pada 27 Mac 2025 di atas satu pertuduhan di bawah s 427 Kanun Keseksaan seperti berikut:

PERTUDUHAN:

"Bahawa kamu pada 25 Mac 2025 jam lebih kurang 12.05 tengah hari bertempat di Jalan Emas, 83000 dalam Daerah Batu Pahat, dalam Negeri Johor, telah didapati melakukan khianat menyebabkan kerugian berjumlah RM1,400.00, iaitu dengan sengaja menendang bahagian pintu M/Kar Muhammad Iqbal Bin Nordin No KPT: XXXXXX-XX-XXXX sehingga berlaku kerosakan. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 427 Kanun Keseksaan .

Hukuman - Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya."

[2] Pertuduhan tersebut telah dibacakan kepada Tertuduh dan diterangkan kepada Tertuduh dan Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap Pertuduhan tersebut. Mahkamah telah berpuas hati bahawa Tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah, terutama mengenai hukuman yang bakal dikenakan sebagaimana dinyatakan di bawah undang-undang.

[3] Seterusnya, fakta kes dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan ditandakan sebagai eksibit P1. Setelah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh, Tertuduh mengaku benar fakta kes tersebut. Fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah seperti berikut:

"Pada 25 Mac 2025 jam lebih kurang 12.05 tengah hari, semasa Pengadu memandu M/Kar di Jalan Taman Emas, Batu Pahat, Johor telah mengelak daripada sebuah M/Kar yang membelok secara mengejut dan hampir bertembung dengan M/Sikal Tertuduh. Tertuduh berasa tidak puas hati telah mengejar M/Kar milik Pengadu dan telah berlaku perselisihan faham. Tertuduh kemudian bertindak menendang M/Kar milik Pengadu sebanyak dua kali sehingga kemik pada bahagian pintu M/Kar. Pengadu hadir ke Balai Polis buat laporan.

Pada 25 Mac 2025 jam lebih kurang 11.45 malam tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis ke atas Tertuduh di Jalan Suasa 83000 Batu Pahat, Johor.

Hasil siasatan mendapati Tertuduh telah melakukan khianat terhadap M/Kar milik Pengadu dengan cara menendang pada bahagian pintu M/Kar Pengadu yang mana nilai kerugian sebanyak RM1,400.00.

Dengan ini, Tertuduh telah melakukan khianat terhadap harta milik Pengadu dengan cara menendang sebanyak dua kali pada pintu M/Kar Pengadu sehingga kemik."

[4] Tertuduh juga telah mengakui benar kesemua eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah berpuas hati bahawa Tertuduh mengaku bersalah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah Tertuduh diterima dan Tertuduh didapati bersalah atas 1 kesalahan di bawah s 427 Kanun Keseksaan .

[5] Dalam rayuan mitigasinya, Tertuduh melalui Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (selepas ini dirujuk sebagai ("YBGK")) berhujah bahawa Tertuduh berusia 37 tahun, telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak masing-masing berusia 7 tahun dan 5 tahun. Tertuduh bekerja sebagai pemandu lori dan isteri bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM50.00 sehari. Tertuduh juga menanggung ibu Tertuduh.

[6] Peguam YBGK berhujah bahawa fakta kes menunjukkan bahawa perbuatan Tertuduh adalah akibat perselisihan faham dan peguam menambah bahawa semasa kejadian, Tertuduh sedang membawa anak berusia 5 tahun bersamanya semasa menunggang motorsikal dan kereta Pengadu telah menghimpit motorsikal Tertuduh. Selepas itu, telah wujud perselisihan faham antara mereka. Tertuduh telah bertindak balas atas trauma sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku terhadap anak beliau berusia 5 tahun. Peguam YBGK berhujah bahawa kedua-dua anak dan isteri Tertuduh hadir di Mahkamah dan anak Tertuduh masih dalam keadaan trauma. Peguam berhujah bahawa kesalahan ini adalah kesilapan tulen Tertuduh di mana Tertuduh tidak seharusnya melepaskan kemarahan beliau. Tertuduh telah ditahan reman selama 3 hari sebelum dituduh di Mahkamah dan tahanan tersebut telah banyak memberi pengajaran kepada Tertuduh. P

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top