SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 2300

MAHKAMAH PERUSAHAAN ALOR SETAR
KHOR SIANG TEIK LWN. ANEKA RETAIL (M) SDN BHD
Award No: 726 Tahun 2024 [Kes No: 9/4-1042/23]



Petitioner Advocates:Ooi Zie Yong ,Respondent Advocate: Pavithra Loganathan

Pemecatan konstruktif berlaku apabila majikan gagal membayar gaji, yang merupakan pelanggaran terma asas kontrak, membenarkan pekerja menganggap dirinya dipecat secara konstruktif.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – Seksyen 20(3) – Pemecatan konstruktif – Pihak Yang Menuntut (PYM) memohon pengembalian ke jawatan asal setelah dipecat secara konstruktif oleh Responden – Mahkamah mendapati terdapat kemungkiran terma asas dalam kontrak pekerjaan yang mengakibatkan pemecatan tanpa sebab yang adil – PYM berhak menerima pampasan kewangan. (Paras 63, 64, 70)

(B) Beban Pembuktian – Dalam kes pemecatan konstruktif, beban bukti terletak pada pekerja untuk membuktikan kemungkiran terma asas dalam kontrak pekerjaan. (Paras 14, 43)

(C) Definisi Pekerja – PYM dianggap sebagai pekerja walaupun memegang jawatan Pengarah, berdasarkan terma kontrak perkhidmatan yang masih berkuatkuasa. (Paras 20, 28, 36)

Facts of the case: PYM memulakan perkhidmatan sebagai Pengurus dan kemudian dilantik sebagai Pengarah. Gaji PYM dikurangkan secara drastik dan tidak dibayar pada bulan April 2020, menyebabkan PYM menganggap dirinya dipecat secara konstruktif. (Paras 5-10, 11-12)

Findings of Court: Mahkamah mendapati PYM dipecat secara konstruktif tanpa sebab dan alasan yang adil, dan memerintahkan Responden membayar pampasan kewangan. (Paras 63, 70)

Issues: Isu utama adalah sama ada PYM dipecat secara konstruktif dan sama ada pemecatan itu dilakukan dengan sebab dan alasan yang adil. (Paras 16)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan membayar gaji adalah pelanggaran terma asas kontrak yang membenarkan pemecatan konstruktif. (Paras 43, 63)

Result: Pihak Responden diperintahkan membayar pampasan kewangan kepada PYM. (Paras 70)

AWARD

Rusita Md Lazim:

[1] Rujukan ini bertarikh 6 Januari 2021 oleh Menteri Sumber Manusia ke Mahkamah Perusahaan Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 . Rujukan adalah berkenaan pembuangan kerja Khor Siang Teik (selepas ini dirujuk sebagai Pihak Yang Menuntut (PYM)) oleh Majikannya, Aneka Retail (M) Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai Responden).

[2] Kes ini pada asalnya dibicarakan dan dimuktamadkan oleh Pengerusi terdahulu, Yang Arif Tuan Zahruddin bin Mohammed Isa yang telah bersara. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Responden telah membuat Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (No. Semakan Kehakiman: PA-25-38-08/2022). Melalui perintah bertarikh 19 April 2023, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan agar kes ini diremit kembali kepada Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang untuk diputuskan semula oleh Pengerusi yang baharu dengan mengambil kira keseluruhan keterangan kedua-dua pihak sebelum memutuskan Award bagi kes ini.

[3] Justeru, Award ini diperturunkan berdasarkan pembacaan, penelitian dan pertimbangan fakta dan keterangan yang terkandung di dalam prosiding yang disediakan oleh Pengerusi terdahulu serta hujahan lanjut kedua-dua pihak berdasarkan dokumen-dokumen yang ada di dalam rekod Mahkamah.

[4] Mahkamah ini juga telah mempertimbangkan kertas kausa dan dokumen-dokumen berikut dalam menyediakan Award ini. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

a. Pernyataan Kes Pihak Yang Menuntut bertarikh 2 Mac 2021;

b. Pernyataan Jawapan Responden bertarikh 25 Mac 2021;

c. Ikatan Dokumen Yang Menuntut - "CLB-1A";

d. Ikatan Tambahan Dokumen Yang Menuntut - "CLB-2A";

e. Ikatan Tambahan Dokumen Yang Menuntut - "CLB-3A";

f. Ikatan Dokumen Yang Menuntut - "CLB-1B";

g. Ikatan Tambahan Dokumen Yang Menuntut - "CLB-2B";

h. Ikatan Tambahan Dokumen Yang Menuntut - "CLB-3B";

i. Ikatan Dokumen Responden - "COB-1A";

j. Ikatan Dokumen Tambahan Responden - "COB -2A";

k. Ikatan Dokumen Tambahan Responden - "COB -3A";

l. Ikatan Dokumen Responden - "COB-1B";

m. Ikatan Dokumen Tambahan Responden - "COB -2B";

n. Ikatan Dokumen Tambahan Responden - "COB -3B";

o. Penyataan Saksi Yang Menuntut Khor Siang Teik - "CLWS-1A";

p. Penyataan Saksi Tambahan Yang Menuntut Khor Siang Teik - "CLWS-1A1 ";

q. Penyataan Saksi Yang Menuntut Chew Poh Eng - "CLWS-2A";

r. Penyataan Saksi Tambahan Yang Menuntut Khor Siang Teik - "CLWS-2A2";

s. Pernyataan Saksi Pertama Responden (Peh Lian Hwa) -"COWS-1"; dan

t. Pernyataan Saksi Kedua Responden (Eng Chong Him) -"COWS-2").

A. Ringkasan Fakta Kes

[5] PYM memulakan perkhidmatan dengan Pasaraya Aneka (Gurun) sebagai Pengurus mulai 1 Jun 2002 dengan gaji asas sebanyak RM9,000.00 sebulan dan dengan terma seperti yang terkandung dalam surat tawaran kerja bertarikh 1 Jun 2002 [CLB-1 B ms 8-9].

[6] Pada 21 Jun 2002, PYM kemudiannya dilantik sebagai Pengarah di Syarikat Responden. PYM telah ditawarkan untuk menjadi pemegang saham Pihak Responden dengan pegangan sebanyak 10%. Pada masa yang sama PYM masih meneruskan perkhidmatan dengan Pihak Responden.

[7] Melalui surat bertarikh 1 Januari 2005, PYM telah dimaklumkan mengenai perubahan struktur korporat di mana Pasaraya Aneka Gurun Sdn Bhd telah menjadi anak Syarikat Aneka Retail (M) Sdn Bhd (Responden) berkuatkuasa 1 Januari 2005. Turut dinyatakan semua terma pelantikan dalam surat pelantikan perkhidmatan PYM dikekalkan.

[8] Pada tahun 2017, Pengasas Aneka Group telah menjual majoriti saham Syarikat kepada Encik Peh Lian Hwa (Encik Peh) sebanyak 65% saham dan kepada Encik Eng Chong Him (Encik Eng) sebanyak 10% saham.

[9] Dalam tahun 2018, gaji PYM sebanyak RM14,000.00 dikurangkan kepada RM5,000.00 atas arahan Encik Peh Lian Hwa.

[10] Gaji terakhir PYM setakat Mac 2020 adalah sebanyak RM5,000.00. Penyataan Kes Pihak Yang Menuntut (PYM)

[11] Di dalam Pernyataan Kes, PYM menyatakan seperti berikut:

(a) Pada Oktober 2018 gaji PYM telah diturunkan daripada RM14,000.00 kepada RM5,000.00 sebulan melalui keputusan pihak Pengurusan dengan janji bahawa gaji akan din


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top