SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 6015

MAHKAMAH SESYEN TEMERLOH
YONG LEONG & YANG LAIN LWN. MUNIANDY ELUMALAI & SATU LAGI
[Guaman Sivil No: CB-A53KJ-205-09/2021]



Kelewatan material dalam memfailkan permohonan untuk meminda Pernyataan Pembelaan tanpa penjelasan yang memadai boleh menyebabkan penolakan permohonan tersebut.

Headnote:(A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - A 20 k 5 dan A 92 - Permohonan untuk meminda Pernyataan Pembelaan - Mahkamah menolak permohonan Defendan-Defendan untuk meminda Pernyataan Pembelaan, Tuntutan Balas dan Tolakan atas alasan kelewatan yang material tanpa penjelasan yang memadai - Permohonan difailkan hanya 3 hari sebelum tarikh pemfailan Hujahan Bertulis. (Paras 1, 15, 16, 19, 21)

(B) Prinsip undang-undang - Permohonan untuk meminda pliding pada peringkat akhir perbicaraan memerlukan penjelasan yang munasabah dan tidak boleh dianggap sebagai 'tactical manoeuvre'. (Paras 19, 20)

(C) Kelewatan dalam pemfailan permohonan - Kelewatan yang material tanpa alasan yang memadai boleh menyebabkan penolakan permohonan. (Paras 16, 21)

Facts of the case:
Defendan-Defendan memohon untuk meminda Pernyataan Pembelaan, Tuntutan Balas dan Tolakan yang difailkan pada 20 Disember 2021, tetapi permohonan tersebut ditolak oleh Mahkamah kerana kelewatan yang material dan tiada penjelasan yang diberikan.

Findings of Court:
Mahkamah menolak permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 104 dengan kos, kerana kelewatan yang material dan tiada alasan yang memadai untuk meminda.

Issues: Isu utama adalah sama ada kelewatan dalam memfailkan permohonan untuk meminda Pernyataan Pembelaan boleh diterima dan sama ada permohonan tersebut adalah 'tactical manoeuvre'.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa kelewatan yang material tanpa penjelasan yang memadai adalah alasan yang cukup untuk menolak permohonan, dan prinsip undang-undang yang relevan menunjukkan bahawa permohonan pada peringkat akhir memerlukan penjelasan yang munasabah.

Result: Permohonan Defendan-Defendan ditolak.

Table of Content
1. permohonan untuk meminda (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20)
2. keputusan mahkamah (Para 21)

PENGHAKIMAN

Ahmad Rizki Abdul Jalil HMS:

Pendahuluan

[1] Ini adalah rayuan oleh Defendan-Defendan terhadap keputusan Mahkamah yang telah diberikan pada 25 Oktober 2024 iaitu terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah yang menolak permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 104 bagi meminda Pernyataan Pembelaan, Tuntutan Balas dan Tolakan bertarikh 20 Disember 2021. Lampiran 104 adalah permohonan Defendan-Defendan di bawah A 20 k 5 dan A 92 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah-perintah berikut:

1. Masa untuk memfailkan permohonan ini dilanjutkan (sekiranya perlu);

2. Pernyataan Pembelaan, Tuntutan Balas dan Tolakan pihak Defendan-Defendan bertarikh 20 Disember 2021 dipinda menurut A 20 k 5 dan A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sepertimana yang digariskan dengan dakwat merah dalam Cadangan Pindaan Pernyataan Pembelaan yang dilampirkan bersama-sama ini;

3. Kos permohonan ini adalah kos di dalam kausa;

4. Apa-apa perintah atau relif lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulai ini.

[2] Alasan-alasan permohonan seperti dalam Afidavit Sokongan Kamaljeet Kaur a/p Bhupinder Singh yang difailkan dengan Notis Permohonan seperti berikut:

A. Pihak Defendan-Defendan ingin meminda Pernyataan Pembelaan, Tuntutan Balas dan Tolakan tersebut untuk melengkapkan "BUTIR- BUTIR KECUAIAN" yang diplidkan dalam Pernyataan Pembelaan, Tuntutan Balas dan Tolakan tersebut dan untuk memasukkan maxim "volunti non fit injuria" sepertimana yang digariskan dengan dakwat merah dalam cadangan Pindaan Pernyataan Pembelaan, Tuntutan Balas dan Tolakan Defendan-Defendan.

Kertas-Kertas Kausa Yang Berkaitan Bagi Permohonan Di Lampiran 104

[3] Kertas-kertas kausa yang berkaitan dengan permohonan di Lampiran 104:

i. Notis Permohonan di Lampiran 104;

ii. Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Kamaljeet Kaur a/p Bhupinder Singh yang diikrarkan pada 23 September 2024;

iii. Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Rozilawati binti Md Ali pada 3 Oktober 2024;

iv. Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Kamaljeet Kaur a/p Bhupinder Singh bertarikh 8 Oktober 2024.

Hujahan Plaintif-Plaintif

Plaintif-Plaintif menghujahkan seperti berikut.

[4] Tiada alasan dan/atau penjelasan terhadap kelewatan dalam memfailkan Lampiran 104.

[4.1] Permohonan di Lampiran 104 hanya difailkan kira-kira 3 hari sebelum tarikh pemfailan Hujahan Bertulis (selepas pihak-pihak menutup kes masing-masing dan selepas Mahkamah mendengar perbicaraan penuh yang melibatkan keterangan saksi-saksi Plaintif dan Defendan).

[4.2] Terdapat kelewatan yang material dalam memfailkan permohonan tersebut, dengan tiada apa-apa alasan dan penjelasan terhadap kelewatan dalam memfailkan permohonan tersebut.

[4.3] Tanpa alasan dan penjelasan terhadap kelewatan dalam pemfailan permohonan tersebut Mahkamah boleh menolak permohonan ini atas faktor ketiadaan alasan dan penjelasan terhadap kelewatan memfailkannya semata-mata.

[5] Permohonan Defendan-Defendan, akan mengakibatkan "inordinate delay" dan tidak boleh dipampas dengan kos semata-mata.

[5.1] Sekiranya permohonan tersebut dibenarkan, ia akan mengakibatkan satu situasi di mana Plaintif-Plaintif dinafikan hak untuk menjawab dan/atau membidas isu yang baru dibangkitkan Defendan-Defendan, ie "volunti non fit injuria".

[5.2] Susulan daripada itu Plaintif-Plaintif harus membuat permohonan untuk memanggil semula saksi-saksi untuk menjawab dan/atau membidas isu yang baru dibangkitkan tersebut.

[5.3] Kesannya, ia akan mengakibatkan "inordinate delay" kepada tuntutan ini, serta kos-kos lanjut daripada kesemua pihak.

[6] Lampiran 104 adalah satu "tactical manoeuvre", dan sekiranya dibenarkan akan memprejudiskan Plaintif-Plaintif

[6.1] Pindaan yang dicadangkan oleh pihak Defendan-Defendan iaitu memasukkan isu "volenti Non Fit Injuria" adalah suatu "tactical manoeuvre" di pihak Defendan-Defendan, untuk membantah tuntutan Plaintif-Pl


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top