2022 MarsdenLR 2462
MAHKAMAH SESYEN TEMERLOH
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD FAIZA RIZZA MOHD ROPI
[Perbicaraan Jenayah No: CB-62JSK-27-08/2019]
The definition and parameters of sexual assault against minors under Section 14(a) of the Sexual Offences Against Children Act 2017 were upheld, affirming the requirement for credible evidence to convict.
Headnote:(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 – Seksyen 14(a) – Tertuduh didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak – Mahkamah mendapati keterangan mangsa adalah konsisten dan kredibel, manakala pembelaan tertuduh dianggap sebagai penafian semata-mata. (Paras 19, 31, 63, 92)
(B) Pembelaan – Mahkamah mendapati tertuduh gagal menyakinkan bahawa kejadian yang dituduh tidak berlaku – Pembelaan yang ditimbulkan di peringkat akhir dianggap sebagai rekaan. (Paras 78, 81, 92)
Facts of the case: Tertuduh dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada bulan Jun 2019 di Pusat Tahfiz, dengan mangsa menjelaskan secara terperinci tentang kejadian tersebut di mahkamah. (Paras 5-12)
Findings of Court: Mahkamah mendapati bahawa keterangan mangsa adalah boleh dipercayai dan mencukupi untuk mensabitkan pertuduhan di bawah Akta 792. (Paras 63)
Issues: Keberkesanan keterangan saksi dan sama ada pembelaan tertuduh dapat menimbulkan keraguan munasabah. (Paras 19, 92)
Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa laporan polis dan keterangan awal yang konsisten dari mangsa menyokong kes pendakwaan. Pembelaan hamba tidak membawa sebarang keraguan munasabah yang dapat mematahkan sabitan. (Paras 63, 100)
Result: Tertuduh disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan 3 kali sebatan. (Paras 101)
PENGHAKIMAN
[1] Di dalam kes ini, Mohd Faiza Rizza bin Mohd Ropi (OKT) telah dituduh dibawah s 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Akta 792) dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama atas pertuduhan seperti berikut:
Pertuduhan
"Bahawa kamu pada bulan Jun 2019 lebih kurang jam 02.00 pagi bertempat di bilik warden asrama Pusat Tahfiz dan Anak Yatim Ar- Rasyidin, Kampung Mempateh Lanchang di dalam daerah Temerloh di dalam Negeri Pahang didapati telah melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh bahagian badan seorang kanak-kanak bernama XXXXXXXX XXXX XXXXXX Bin XXXXXXXXX, kpt no: XXXXXX-XX-XXXX, berumur 17 tahun bagi maksud seksual. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah s 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama.
Hukuman: Hendaklah di hukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
[2] OKT (Orang Kena Tuduh) tidak mengaku bersalah dan perbicaraan penuh telah dijalankan. Pada 19 Ogos 2021, di akhir kes pendakwaan, saya telah memerintahkan OKT untuk membela diri. Selanjutnya pada 26 November 2021 di akhir kes pembelaan, saya dapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes diluar keraguan munasabah dan pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah. Setelah mendengar rayuan mitigasi dari peguam OKT dan hujahan pemberatan dari pembelaan, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dari tarikh sabitan 26 November 2021 dan 03 kali sebatan rotan. OKT juga dikehendaki menjalani kaunseling pemulihan sepanjang menjalani hukuman penjara di bawah s 26 Akta 792 dan dua tahun (02) pengawasan polis selepas selesai menjalani hukuman dibawwah s 27 Akta 792. Peguambela OKT kemudiannya membuat permohonan di bawah s 311 Kanun Tatacara Jenayah untuk penggantungan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi namun Mahkamah ini telah menolak permohonan tersebut.
[3] Tidak berpuas hati dengan keputusan diatas, pembelaan telah memfailkan notis rayuan bertarikh 26 November 2021 melalui peguambela, rayuan ke atas sabitan dan hukuman manakala Pendakwaraya pula memfailkan notis rayuan pada 27 Disember 2021 terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah in. Mahkamah ini akan menyediakan satu alasan penghakiman sahaja yang merangkumi sabitan dan hukuman.
[4] Pendakwaan telah memanggil seramai lima (04) orang saksi bagi membuktikan kes pendakwaan. Manakala OKT memberikan keterangan bersumpah dengan empat (04) orang saksi termasuk dirinya.
Fakta Kes Pendakwaan Ringkas
[5] Pada bulan 6 tahun 2019 lebih kurang antara jam 11 malam sehingga 2.00 pagi, semasa SP1 berada di biliknya di Pusat Tahfiz dan Anak Yatim Ar-Rashidin Kampung Mempateh, Lanchang, (tahfiz tersebut) SP1 telah dipanggil oleh OKT yang dipanggil dengan nama 'Ustaz Acu' ke biliknya dengan tujuan untuk mengurut badannya sambal menonton filem menggunakan laptop. OKT duduk dibawah dan SP1 duduk di atas katil untuk mengurut badan OKT dari belakang.
[6] Setelah tamat filem tersebut, OKT telah memasang filem lucah dan meminta SP1 untuk menonton bersamanya. Kemudian OKT telah naik dari duduk di lantai dan baring di atas katil yang sama dan meminta SP1 untuk turut baring di sebelahnya. Apabila menonton filem lucah tersebut SP1 telah terangsang dan OKT telah naik ke atas badan SP1, dalam keadaan duduk mencangkung, OKT telah menarik kemaluan SP1 dan memasukkan kemaluan SP1 ke dalam duburnya.
[7] Kemudian OKT pula selepas itu dalam keadaan berbaring sambil kaki terangkat rapat ke dada, telah menyuruh SP1 naik ke atas badannya dan sambil menarik pinggang SP1 telah menyuruh SP1 memasukkan kemaluan SP1 ke dalam dubur OKT dan SP1 kemudiannya telah mengeluarkan air mani.
[8] Selepas itu OKT menyuruh SP1 baring dan OKT melancapkan kemaluan SP1 sambil menghisap kemaluan SP1 sehingga SP1 mengeluarkan air mani untuk kali kedua (yang dihitamkan adalah berkenaan pertuduhan untuk kes ini)
[9] Akhir sekali, OKT se