2018 MarsdenLR 1823
MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
MOHAMAD RIDZUAN ZAMHOR LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: J-05-438-09/2017]
The court determined that a ruling denying access to a police report does not constitute a final decision and is thus not appealable.
Headnote:Statute Analysis: The case involves an appeal against the refusal of a High Court judge to grant a copy of a police report concerning the appellant's arrest under s 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952. Facts: The appellant was charged with trafficking in dangerous drugs, and sought the report for his defense, which was denied. Findings: The court ruled that the refusal was not appealable under the Judicial and Legal Professions Act.
Issues: The issue before the court was whether the judge's decision constituted a 'decision' as defined in the Act.
Ratio Decidendi: The court found the denial of the report did not finally dispose of the appellant's rights and fell within the definition of non-appealable rulings.
Result: The preliminary objection was allowed and the appeal was dismissed.
| Table of Content |
|---|
| 1. background of drug trafficking charges (Para 1 , 2 , 6) |
| 2. filing of appeal and preliminary issues (Para 3 , 4) |
| 3. arguments presented by both sides. (Para 5) |
| 4. arguments regarding appealability (Para 7 , 8 , 9) |
| 5. court's analysis of interim decisions (Para 10 , 11 , 12 , 14) |
| 6. the court's interpretation of appealability. (Para 13 , 15) |
[1] Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di Johor Bahru ('Hakim bicara') yang telah menolak permohonan Perayu melalui satu Notis Usul ('Permohonan Perayu tersebut') untuk mendapatkan satu salinan Laporan Polis iaitu Kempas Report No: 5960-5961 ('Laporan Polis tersebut'). Laporan Polis tersebut adalah merupakan satu laporan mengenai tangkapan terhadap Perayu yang telah dibuat oleh KpL Amirul Abdullah, anggota polis yang telah menangkap Perayu kerana telah disyaki terlibat dalam memiliki dan memperedarkan dadah berbahaya jenis Cannabis.
[2] Berikutan dengan penangkapan tersebut, Perayu telah dituduh dengan satu pertuduhan memperedarkan dadah berbahaya di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB') yang membawa hukuman mati mandatori di bawah s 39B(2) Akta yang sama. Butir-butir pertuduhan tersebut adalah seperti berikut:-
"Bahawa kamu pada 28 Julai 2016, jam lebih kurang 7.30 malam, di Jalan Sentosa, Kg. Seri Aman, Kempas, di dalam daerah Johor Bahru, di dalam negeri Johor Darul Takzim, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 360 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (semakan 1980) dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama."
[3] Perayu yang terkilan dengan perintah Hakim bicara tersebut, telah memfailkan rayuan ke Mahkamah ini.
[4] Rayuan Perayu telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 13 Disember 2017. Sebelum merit rayuan Perayu didengar, Puan Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar ('Puan TPR') telah membangkitkan satu isu bantahan awal mengenai kompetensi rayuan Perayu.
[5] Selepas mendengar pihak-pihak, kami telah sebulat suara membenarkan isu bantahan awalan Puan TPR dan telah menolak rayuan Perayu tanpa mendengar merit rayuan. Kami memperincikan alasan-alasan penolakan rayuan Perayu seperti berikut.
Latar Belakang Fakta
[6] Melalui Afidavit Sokongan bertarikh 14 Julai 2017 dan Afidavit Balasan bertarikh 2 Ogos 2017 oleh Peguam bela terpelajar Perayu serta Afidavit Jawapan bertarikh 23 Julai 2017 yang diikrarkan oleh Muhamad Taufik Saberi, kami menemui latar belakang fakta kes secara ringkasnya seperti berikut:-
(a) Pada 28 Julai 2016, satu pasukan polis telah melakukan satu serbuan di Jalan Sentosa, Kg. Seri Aman, Kempas dan telah menangkap Perayu. Pihak Polis turut merampas sejumlah dadah berbahaya jenis ganja (Cannabis);
(b) Tangkapan dan rampasan telah dibawa balik ke Balai Polis Kempas di mana Laporan Polis berkenaan tangkapan dan rampasan tersebut telah dibuat oleh KpL. Amirul Abdullah;
(c) Hasil siasatan yang telah dijalankan oleh Inspektor Khairon Zainee Basiron, Perayu telah dipertuduhkan dengan satu pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah s 39B(1)(a) ADB melalui kes No: 45A-10-03/2017;
(d) Perayu telah melantik firma guaman R.K. Menon & Co untuk mewakili Perayu dalam perbicaraan jenayah yang tersebut. Peguam bela terpelajar Perayu setelah menerima dokumen-dokumen selaras dengan peruntukan di bawah s 51A Kanun Acara Jenayah ('KAJ'), mendapati beberapa dokumen penting termasuk Laporan Polis tersebut telah gagal dibekalkan kepadanya oleh pihak Pendakwa Raya;
(e) Melalui surat bertarikh 29 Mei 2017 kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, peguam bela terpelajar memohon untuk mendapatkan Laporan Polis tersebut dan percakapan beramaran Perayu. Melalui surat bertarikh 31 Mei 2017, peguam bela terpelajar telah dibekalkan dengan sesalinan percakapan beramaran Perayu tanpa Laporan Polis tersebut. Berikutan kegagalan tersebut, peguam bela terpelajar telah memfailkan Notis Usul bertarikh 12 Julai 2017 yang telah ditolak oleh Hakim bicara dan sekar