2020 MarsdenLR 997
MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
ROSLI YUSOF LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: P-05(M)-297-06/2018]
Beban pembuktian dalam kes pengedaran dadah terletak pada Pendakwaan untuk membuktikan milikan dan pengetahuan tertuduh mengenai dadah yang dirampas.
Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 – Seksyen 39B(1)(a) dan 39B(2) – Pertuduhan mengedar kanabis seberat 112,892 gram – Mahkamah mendapati pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwa – Kegagalan Pendakwa memanggil saksi tidak mensyaratkan anggapan bawah s 114(g) Akta Keterangan 1950. (Paras 13, 22)
Facts of the case: Kes melibatkan pengedaran 112,892 gram kanabis oleh Perayu yang ditangkap setelah dilihat memandu kereta dengan dadah di dalamnya.
Findings of Court: Perayu mempunyai milikan sebenar ke atas dadah tersebut dan telah dibuktikan oleh Pendakwaan.
Issues: Kegagalan Pendakwa memanggil saksi material dan mengemukakan keterangan berkaitan CCTV dan telefon bimbit.
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa anggapan bawah s 114(g) tidak terpakai dan beban pembuktian terletak pada Pendakwaan untuk mengesahkan milikan dadah dan pengedaran.
Result: Rayuan ditolak dan hukuman dijatuhkan oleh hakim bicara dikekalkan.
PENGHAKIMAN
[1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mendapati Perayu bersalah atas satu pertuduhan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("Akta") kerana mengedar 112,892 gram kanabis dan seterusnya memerintahkan Perayu dihukum gantung hingga mati. Pertuduhan terhadap Perayu, sebagaimana yang telah dipinda, adalah:
"Bahawa kamu pada 6 Disember 2014, jam lebih kurang 10.20 malam di Hentian Juru Selatan, Juru, di dalam Daerah Seberang Perai Tengah, dalam Negeri Pulau Pinang, telah mengedar dadah berbahaya jenis 'Cannabis' seberat 112,892 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama."
[2] Kami mendengar rayuan ini pada 8 Oktober 2019 dan di akhir pendengaran rayuan, kami sebulat suara mendapati rayuan ini tiada sebarang merit. Berikutan dari itu, kami menolak rayuan Perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dibuat oleh hakim bicara bijaksana. Berikut adalah alasan atas mana keputusan tersebut dibuat.
Kes Pendakwaan
[3] Fakta kes telah di senaraikan dengan panjang lebar oleh hakim bicara bijaksana. Bagi tujuan rayuan ini, fakta kes yang relevan adalah:
(a) Pada 6 Disember 2014, Inspektor Ihwan Hilmi Ismail (SP7) telah menerima maklumat pengedaran dadah yang akan berlaku. Pada jam lebih kurang 4.00 petang hari yang sama, SP7 mengetuai sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah pergi ke Kawasan Rehat dan Rekreasi (R&R) Juru arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan menaiki dua buah kenderaan pasukan.
(b) Setibanya di R&R Juru tersebut, pada 9.30 malam, SP7 dan pasukannya telah membuat pemerhatian selama lebih kurang 50 minit di sekitar perhentian R&R itu.
(c) Pada jam 10.20 malam, SP7 telah nampak sebuah kereta Toyota Avanza No pendaftaran AFK 9310 berwarna kelabu keemasan ("kereta AFK 9310") yang dipandu oleh Perayu masuk ke dalam kawasan R&R Juru tersebut dan berhenti di petak letak kereta berhadapan kenderaan SP7. Beliau dapati hanya Perayu seorang sahaja yang berada di dalam kereta AFK 9310 tersebut.
(d) SP7 mengarahkan pasukan serbuan untuk menyekat kereta AFK 9310 tersebut menggunakan kenderaan pasukan dan membuat serbuan ke atas kereta itu. Beliau kemudiannya pergi ke kereta AFK 9310 tersebut dan mendapati enjin masih hidup dan pintu dalam keadaan berkunci dari dalam. SP7 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan mengarahkan Perayu untuk membuka pintu.
(e) Perayu yang dalam keadaan tergamam telah membuka pintu kereta AFK 9310 tersebut. SP7 memperkenalkan diri sekali lagi sebagai Pegawai Polis. SP7 telah membuat pemeriksaan tubuh badan Perayu dan menjumpai pengenalan diri Perayu. Kawasan tersebut diterangi lampu jalan.
(f) Menurut SP7, semasa pemeriksaan dijalankan, terdapat bau ganja di dalam kereta AFK 9310 tersebut. Pemeriksaan lanjut ke dalam kereta AFK 9310 dijalankan oleh SP7 dan beliau menjumpai 5 beg guni berwarna putih (Eksibit P24, P75, P126, P165 dan P216) dan satu kotak berwarna coklat di dalam boot kereta AFK 9310 tersebut.
(g) Pemeriksaan isi kandungan 5 beg guni P24, P75, P126, P165 dan P216 dijalankan oleh SP7. Empat guni iaitu P24, P75, P165 dan P216 masing-masing didapati mengandungi 25 ketulan mampat balutan plastik luar dengan aluminium foil (Eksibit P25, 27, 29, 31, 33, 35, 37, 39, 42, 43, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 76, 78, 80, 82, 84, 86, 88, 90, 92, 94, 96, 98, 100, 102, 104, 106, 108, 110, 112, 114, 116, 118, 120, 122, 124, 166, 168, 170, 172, 174, 176, 178, 180, 182 184, 186, 188, 190, 192, 194, 196, 198, 200, 202, 204, 206, 208, 210, 212, 214, 217, 219, 221, 223, 225, 227, 229, 231, 233, 235, 237, 239, 241, 243, 245, 247, 249, 251, 253, 255, 257, 259, 261, 263, 265) dan 1 guni (P126) mengandungi 19 ketulan mampat balutan plastik luar dengan aluminium foil (Eksibit P127, 129, 131, 133, 135, 137, 139, 141, 143, 145, 147, 149, 151, 153,155, 157, 159, 161, 163). Kese