SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 3066

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
JUGAJORTHY VISVANATHAN DAN SATU LAGI LWN. PENTADBIRAN TANAH DAERAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH PUL....
[Rayuan Sivil No: P-01(NCVC)(W)-319-06/2019]



Petitioner Advocates:Rahazlan Affandi Abdul Rahim,Muhammad Hafiz Hashim ,Respondent Advocate: M Athimulan,Tinoshiny Arumugam

The court ruled that the acquisition of land was invalid due to improper notice delivery, and the plaintiff's claim was time-barred under the Public Authorities Protection Act.

Headnote:(A) Akta Pengambilan Tanah 1960 – Seksyen 2(a), 11, 12, 16 dan 68A – Isu mengenai pengambilan tanah oleh kerajaan untuk projek awam dan tatacara penyampaian notis kepada pemilik tanah – Pengambilan tanah didapati tidak mengikut prosedur kerana notis tidak disampaikan kepada plaintif – Kualiti penyampaian oleh Pentadbir Tanah dipertimbangkan berlandaskan undang-undang – Kuasa Proviso dalam seksyen tidak membatalkan pengambilan. (Paras 4, 35, 56, 62, 128, 140)

(B)

Had masa – Tuntutan yang difailkan oleh plaintif dilihat terhalang oleh had masa di bawah seksyen 2(a) Akta 198. (Paras 67, 70, 86)

(C)

Penemuan bahawa tidak berlaku unsur fraud dalam proses pengambilan tanah yang melibatkan pihak ketiga dan penyampaian notis kepada pihak yang berkepentingan. (Paras 115, 142)

PENGHAKIMAN

Nor Bee Ariffin HMR:

Pengenalan

[1] Rayuan ini didengar bersama dengan rayuan No P-01(NCVC)(W)-319-06/2019, P-01(NCVC)(W)-325-07/2019 dan P-01(NCVC)(W)-328-07/2019.

[2] Kesemua Rayuan ini melibatkan pengambilan sebahagian tanah responden-responden bagi projek bertujuan awam Kerajaan Persekutuan di Negeri Pulau Pinang.

[3] Antara isu utama yang terlibat dalam kes ini adalah pertama, berkaitan dengan responden-responden yang menuntut mereka telah dinafikan hak untuk menghadiri siasatan apabila Borang E bertarikh 1 Disember 1994 yang dikeluarkan di bawah s 10 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) tidak disampaikan kepada mereka. Kedua, wujud "fraud" dalam proses pengambilan tanah. Ketiga, tentang had masa dan pemakaian s 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (Akta 198).

[4] Tidak ada pertikaian bahawa Borang E tidak diserahkan kepada responden-responden atas alasan bahawa alamat responden - responden tidak dicatatkan dalam suratan hakmilik hartanah tersebut dan alamat mereka tidak dapat dikesan. Borang E walau bagaimanapun telah disampaikan kepada MARA yang merupakan pemegang gadaian hartanah responden-responden. Responden- responden menyatakan MARA bukan pihak yang berkepentingan.

[5] Memandangkan tidak dimaklumkan, responden-responden tidak hadir pada tarikh siasatan yang diadakan oleh Pentadbir Tanah Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (Pentadbir Tanah) pada 10 Januari 1995. Wakil MARA hadir pada tarikh siasatan itu. Ini menunjukkan terdapat unsur mala fide untuk mengetepikan kepentingan responden- responden.

[6] Isu "fraud" mengikut pliding responden-responden, antara lain, adalah berkaitan dengan pengambilan tanah yang dibuat di bawah s 22 Akta 486 bagi penggunaan kepentingan awam tetapi tidak digunakan bagi maksud awam dan telah digunakan bagi manfaat pihak ketiga.

[7] Pentadbir Tanah telah memutuskan jumlah pampasan bagi tanah yang diambil adalah sebanyak RM186,435.00. Terdapat juga isu mengenai penyerahan wang pampasan kepada MARA berbangkit daripada kebenaran yang diberikan oleh Pentadbir Tanah atas permintaan wakil MARA, supaya wang pampasan tersebut diserahkan kepada MARA kerana hartanah responden-responden telah digadaikan kepada MARA. Responden-responden menyatakan kebenaran yang diberikan adalah di luar aturan.

Fakta Kes

[8] Pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana rujukan mereka di Mahkamah Tinggi. Dalam Penghakiman ini, plaintif pertama dan plaintif kedua secara kolektif akan dirujuk dalam Penghakiman ini sebagai plaintif dan di mana yang sesuai, plaintif pertama dirujuk atas sifat individu beliau sebagai plaintif pertama.

[9] Pada peringkat ini wajar disebut tentang kedudukan yang diambil oleh defendan pertama dalam plidingnya. Defendan pertama memplid, dan Penasihat Undang-Undang Negeri (PUUN) yang bijaksana berhujah, bahawa defendan pertama tidak terlibat dalam proses pengambilan Tanah tersebut kerana Projek tersebut merupakan projek Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang. Walaupun defendan kedua (KPTG) merupakan agensi Kerajaan Persekutuan tetapi pegawainya boleh dilantik sebagai Pentadbir Tanah di bawah s 12 Kanun Tanah Negara (KTN) dan diberikan kuasa untuk mengendalikan siasatan pengambilan tanah di bawah s 12 Akta 486 atas nama Pejabat Tanah dan Daerah sebagaimana yang berlaku dalam kes ini. Jadi mereka tidak sepatutnya dijadikan pihak dalam tindakan ini.

[10] Isu mengenai ketidakpenglibatan defendan pertama tidak diputuskan oleh Hakim mahkamah Tinggi (HMT) yang bijaksana dan telah dibawa sebagai satu alasan rayuan oleh defendan pertama. Dalam Penghakiman ini, rujukan kepada Pentadbir Tanah adalah rujukkan kepada defendan pertama.

[11] Plaintif pertama dan mendiang suaminya masing-masing merupakan pemilik berdaftar ½ bahagian yang tidak dibahagikan Lot No 29, GRN GM No 86, Daerah Seberang Perai Tengah, Mukim 1, Pulau Pinang (Hartanah tersebut). Hartanah tersebut berkeluasan 0.6095 hektar (6,095.5678 meter persegi).

[12] Mendiang suami plaintif pertama meninggal dunia pada 9 Mei 1994. Plaintif pert


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top