SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2011 MarsdenLR 5010

HASNAH MOHAMMED HASHIM
DANAHARTA URUS SDN BHD – Appellant
Versus
NEW PENINSULA (JOHOR) DEVELOPMENT SDN BHD & YANG LAIN – Respondent



The court emphasized that a plaintiff's claim is barred by the Limitation Act if it exceeds six years from the date the cause of action accrued, during which time the defendants had failed to settle their debt.

Headnote:(A) Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 - Seksyen 14 - Had masa - Tuntutan penplaintif terhadap defendan untuk pembayaran jumlah tertunggak berdasarkan perjanjian aset dan gadaian - Tuntutan ditolak atas sebab had masa melebihi enam tahun daripada tarikh kausa tindakan. (Paras 60, 61, 63)

(B) Kausa Tindakan - Kausa tindakan bermula apabila defendan gagal membuat bayaran. Mahkamah mengenal pasti tarikh kemungkiran pada 11.1.1986 dan menegaskan penplaintif telah terlewat membuat tuntutan. (Paras 64, 66)

(C) Res Judicata - Penplaintif mendapati tiada keputusan sebelumnya di mahkamah. Defendan turut gagal membekalkan bukti kukuh untuk menyokong pembelaan mereka. (Paras 70, 73)

(D) Kejadian dan fakta penting: Penplaintif, anak syarikat Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, mengemukakan tuntutan bagi nilai RM6,456,883.76 terhadap defendan berkaitan pinjaman yang gagal dibayar sejak tahun 1986. (Paras 9, 10, 11)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati tiada justifikasi untuk membenarkan tuntutan berdasarkan bukti yang tidak mencukupi; tindakan penplaintif ditolak. (Paras 80, 81)

Issues: Isu utama termasuk sama ada defendan hadn dolar dalam perjanjian pinjaman, had masa tuntutan, dan prinsip res judicata. (Paras 57, 58)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa tindakan penplaintif adalah terhad berdasarkan hak yang tidak dapat dipulihkan; tiada tindakan yang sah jika lebih dari enam tahun dari tarikh kausa tindakan timbul. (Paras 78, 79)

Result: Tuntutan penplaintif ditolak dengan kos.

Table of Content
1. plaintiff claims due under agreements (Para 1 , 2 , 3)
2. plaintiff's arguments on loan agreements (Para 4 , 5)
Fakta Dan Latar Belakang Kes

Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah untuk jumlah tertunggak di bawah Perjanjian-Perjanjian dan Gadaian bertarikh 12.7.1980, 3.3.1981 dan 3.10.1984 di antara BBMB Kewangan (Bank tersebut) dan Defendan Pertama (Perjanjian-Perjanjian Tersebut) serta Gerenti bertarikh 12.7.1980 dan 15.12.1980 bersama Defendan Kedua dan Ketiga.

Di dalam Penyata Tuntutan Plaintiff menyatakan bahawa setakat 30.4.2006 Defendan-Defendan berhutang sebanyak RM6,456,883.76 termasuk faedah pada kadar 2% setahun atas kadar pinjaman dan faedah penalti pada kadar 1% setahun secara bulanan ke atas jumlah RM6,456,883.76 dari 1.5.2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Di dalam perbicaraan ini Plaintif telah mengemukakan seorang saksi manakala Defendan Kedua dan Ketiga memilih untuk tidak memanggil atau mengemukakan saksi dan menyatakan bahawa Tuntutan Plaintif adalah dihadkan masa di bawah Akta Had Masa 1953 .

Isu Untuk Dibicarakan

1. Samada Defendan Pertama telah memasuki perjanjian pinjaman merangkap gadaian bertarikh 12.7.1980, 3.3.1981 dan 3.10.1984 dengan BBMB Kewangan Berhad.

2. Samada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menjamin dan menanggung rugi keberhutangan Defendan Pertama kepada Bank tersebut.

3. Samada tuntutan Plaintif adalah dihadkan masa.

4. Sekiranya tidak samada Defendan - Defendan secara bersesama dan berasingan adalah berhutang kepada Plaintif jumlah sebanyak RM6,456,883.

5. Samada tuntutan Plaintif adalah res judicata memandangkan D2-123-2178-1988 telah dibatalkan.

Tuntutan Plaintif

Peguam Plaintif yang bijaksana telah berhujah bahawa menurut seksyen 14 Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 (Akta Tersebut) perakuan peletakhakan yang dikeluarkan adalah merupakan bukti muktamad pengambilalihan hak pada tarikh tersebut. Surat tuntutan telah dikeluarkan terhadap Defendan - Defendan pada 31.7.2006 bagi menuntut jumlah wang yang tertunggak. Oleh yang demikian adalah hujahan Plaintif bahawa kausa tindakan Plaintif bermula apabila Defendan-Defendan gagal membuat bayaran dalam tempoh seperti yang dituntut di dalam surat tuntutan tersebut. Ini adalah berdasarkan kepada Fasal 9.01 Perjanjian Tersebut yang memperuntukkan bahawa jumlah yang terhutang adalah tertunggak dan mesti dibayar setelah dituntut. Seterus diperuntukkan di bawah Fasal 9.02 bahawa Defendan Pertama adalah dikatakan telah memungkiri Perjanjian-Perjanjian Tersebut sekiranya gagal membuat bayaran seperti yang dinyatakan dalam surat tuntutan. Oleh yang demikian adalah hujahan Plaintif bahawa kausa tindakan Plaintif bermula pada atau sekitar 31.7.2006.

Plaintif tidak dihalang daripada memulakan tindakan ini dan telah membuat tuntutan pada 20.3.2006 dan dengan demikian tidak dihalang oleh had masa sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Had Masa 1953 .

Mengenai isu res judicata adalah menjadi hujahan Plaintif bahawa tuntutan Plaintif tidak res judicata oleh sebab tindakan tersebut telah ditarik balik dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

Tindakan hanya res judicata sekiranya Mahkamah telah memberi penghakiman terhadap perkara tersebut. Dalam kes ini tuntutan Plaintif menyatakan bahawa tindakan tersebut telah ditarik balik oleh Plaintif dan tiada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah.

Adalah juga menjadi hujahan peguam Plaintif bahawa pihak Defendan tidak menimbulkan apa-apa pembelaan selain daripada pengataan bahawa tindakan Plaintif adalah dihadkan masa dan res judicata. Defendan juga tidak mengemukakan apa-apa bukti untuk menyangkal tuntutan. Kes Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v. Tan Lip Eng & Anor dan Wasakah Singh v. Bachan Singh (1931) 1 MC 125 dirujuk.

Pembelaan Defendan Kedua dan Ketiga

Peguam-peguam Defenden Kedua dan Ketiga yang bijaksana telah berhujah bahawa sebelum Perakuan Peletakhakan bertarikh 2.6.1999, Bank tersebut telah pun memfailkan Writ Saman di Mahkamah Tinggi menuntut jumlah terhut

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top