2022 MarsdenLR 2049
MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA
JADE MARKETING AND SERVICES LWN. SUSTAIN GEOTECHNICS SDN BHD
[Guaman Sivil No: BB-A52NCC-56-06/2021]
A mere denial of claims without supporting evidence does not constitute a triable issue, allowing for summary judgment in favor of the Plaintiff.
Headnote:(A) Rules of Court 2012 – Order 14 – Summary Judgment – Plaintiff claims against Defendant for unpaid invoice amounting to RM106,971.50 and interest – Defendant challenged validity of invoices and outstanding amount – Court granted summary judgment, finding Plaintiff established a prima facie case (Paras 1, 7, 10).
(B)
Burden of Proof – Plaintiff fulfilled initial burden; Defendant failed to raise triable issues regarding alleged disputes – Court noted Defendant's assertions were mere denials without evidence (Paras 10, 12, 29).
Facts of the case:
Plaintiff provided goods and services to Defendant, who failed to pay RM106,971.50 from December 2019 to February 2021, despite acknowledging receipt of goods.
Findings of Court:
Court found that Plaintiff established a prima facie case for summary judgment, dismissing Defendant's preliminary objections and arguments as lacking merit.
Issues
: Whether Defendant had valid defenses to claims made by Plaintiff for unpaid invoices.
Ratio Decidendi:
The court held that a mere denial without evidence does not raise a triable issue, thereby entitling Plaintiff to summary judgment.
Result:
Summary judgment granted in favor of Plaintiff (Para 30).
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Ini adalah satu rayuan yang difailkan oleh Defendan terhadap satu keputusan Mahkamah yang telah membenarkan Notis Permohonan Plaintif (Lampiran 20) untuk satu Penghakiman Terus di bawah A 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM). Di dalam Lampiran 20 tersebut, Plaintif telah memohon relif-relif seperti berikut:
"... Plaintif diberikan kebebasan untuk memasukkan penghakiman terus/muktamad terhadap Defendan untuk perintah-perintah seperti berikut:
(a) Defendan membayar jumlah wang sebanyak RM106,971.50 kepada Plaintif;
(b) Defendan membayar kepada Plaintif faedah ke atas jumlah Penghakiman sebanyak RM106,971.50 pada kadar 5% setahun dari tarikh terakru 1 Disember 2019 sehingga tarikh pemfailan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan ini;
(c) Defendan membayar faedah ke atas jumlah Penghakiman sebanyak RM106,971.50 pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman ini hingga tarikh penyelesaian penuh;
(d) Kos; dan
(e) Apa-apa relif selanjutnya yang Mahkamah Yang Mulia ini menganggapnya patut."
[2] Mahkamah setelah membaca dan meneliti permohonan dan kertas kausa berkaitan termasuk kesemua Afidavit-Afidavit dan Hujahan Bertulis pihak Plaintif dan Defendan otoriti-otoriti yang disertakan, telah memutuskan atas imbangan kebarangkalian untuk membenarkan permohonan Plaintif dan memasukkan satu Penghakiman Terus terhadap Defendan.
Fakta Ringkas
[3] Pada masa yang material, Plaintif menjalankan perniagaan "Metal Casting, Marketing/Sales and Service, Machinery and Hardware, Engineering Works, Repair Machinery, Machinery Rental" manakala Defendan pula terlibat dalam perniagaan "Piling Work Contractors and Subcontractor". Atas permintaan Defendan iaitu melalui Purchase Order(s) Defendan, Plaintif bersetuju untuk membekalkan dan/atau menyewakan barangan Plaintif kepada Defendan.
[4] Dari bulan Disember 2019 hingga Mei 2020, Plaintif telah membekalkan/menjualkan barangan yang dipesan Defendan dan Plaintif dalam proses berkenaan telah mengeluarkan invois-invois Plaintif dan Hire Order kepada Defendan.
[5] Setakat Februari 2021, Defendan masih gagal/enggan untuk menjelaskan jumlah terhutang walaupun tempoh invois-invois yang dikeluarkan telah luput. Berdasarkan Penyata Akaun Plantiff setakat 28 Februari 2021, jumlah keseluruhan yang terhutang adalah RM134,971.50.
[6] Plaintif telah membuat tuntutan kepada Defendan untuk membayar jumlah tertunggak berkenaan namun Defendan masih gagal menunaikan dan membayar hutang berkenaan.
[7] Walau bagaimanapun, Defendan telah membayar sebahagian daripada jumlah yang dituntut kepada Plaintif setelah Plaintif memulakan tindakan ini sebanyak RM28,000.00. Oleh yang demikian, Plaintif dalam Lampiran 20 hanya menuntut baki yang masih tertunggak sebanyak RM106,971.50.
Alasan Keputusan
[8] Mahkamah mendapati berdasarkan fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dieksibitkan Plaintif di dalam Affidavit Sokongan dan Afidavit Balasan terhadap Lampiran 20 Notis Permohonan untuk Penghakiman Terus, Plaintif telah berjaya untuk membina satu kes prima facie. Plaintif telah membuktikan melalui Invois-lnvois Plaintif dan Hire Order-Hire Order bahawa barangan tersebut telah dihantarserah/dibekalkan dan telah diterima Defendan. Dalam hal ini Defendan bertanggungjawab untuk melangsaikan keseluruhan harga pembelian/pembekalan berkenaan termasuk jumlah yang dituntut sebanyak RM106,971.50 tersebut.
[9] Di dalam kes Roman Concrete Trading Sdn Bhd v. Low Chai Hing Holding Sdn Bhd , Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut:
"It is elementary that the defendant to whom the goods have been sold and delivered has a duty for the goods or else the ordinary business of commerce and industry would result in chaos. Hence, s 31 of the Sale of Goods Act 1957 provides that:
"Its is the duty of the seller to deliver the goods and of the buyer to accept and pay for them in accordance with the terms of the contract of sale.""
[10] Mahkamah berpendapat prinsip yang sama juga terpakai kepada barangan Plaintif yang disewa dan digunapaka