SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 63

MAHKAMAH SESYEN IPOH
PETROLIAM NASIONAL BERHAD LWN. SERI KELANA MOKHTAR & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: AA-B52NCC-15-06/2022]



Petitioner Advocates:Zulaika Zulkifli ,Respondent Advocate: Mohd Nasir Abdullah

Pengakuan hutang yang tidak jelas tidak mencukupi untuk menghalang penghakiman terus, dan semua pra-syarat untuk penghakiman terus telah dipenuhi.

Headnote:(A) Akta Had Masa 1953 – Seksyen 6(1) dan 26 – Permohonan penghakiman terus – Plaintif menuntut jumlah tertunggak RM313,545.26 daripada Defendan Pertama berkenaan pinjaman pelajaran – Mahkamah mendapati Defendan Pertama tidak mempunyai pembelaan bermerit dan membenarkan permohonan penghakiman terus. (Paras 1, 2, 24, 32)
(B) Pengakuan hutang – Defendan Pertama mengakui menerima pinjaman tetapi tidak mengakui jumlah tertunggak – Mahkamah menegaskan bahawa pengakuan yang tidak jelas tidak memenuhi syarat untuk menghalang penghakiman terus. (Paras 28, 29)
(C) Kelayakan untuk penghakiman terus – Mahkamah mendapati semua pra-syarat untuk penghakiman terus telah dipenuhi oleh Plaintif. (Paras 26, 32)

Facts of the case: Plaintif, sebuah syarikat, menuntut Defendan Pertama untuk membayar jumlah tertunggak berkenaan pinjaman pelajaran. Defendan Pertama mengakui menerima pinjaman tetapi tidak mengakui jumlah yang dituntut. (Paras 4-12)

Findings of Court: Mahkamah mendapati tiada pembelaan bermerit dari pihak Defendan Pertama dan membenarkan penghakiman terus. (Paras 32)

Issues: Adakah Defendan Pertama mempunyai pembelaan bermerit untuk menghalang penghakiman terus? (Paras 20-22)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa pengakuan hutang yang tidak jelas tidak mencukupi untuk menghalang penghakiman terus dan semua pra-syarat untuk penghakiman terus telah dipenuhi. (Paras 28, 32)

Result: Permohonan penghakiman terus dibenarkan.

PENGHAKIMAN

Nor Hasniah Ab Razak HMS:

(Lampiran 38)

Latar Belakang Kes

[1] Plaintif telah menfailkan Notis Permohonan [Lampiran 38] untuk perintah-perintah seperti yang berikut:

1. Bahawa Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan Pertama di bawah A 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini disebut sebagai "KKM 2012") bagi jumlah RM313,545.26 yang merupakan jumlah yang tertunggak dan terhutang kepada Plaintif;

2. Bahawa Defendan Pertama membayar faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian jumlah penghakiman;

3. Bahawa kos permohonan dan tindakan ini ditanggung sepenuhnya oleh Defendan Pertama; dan

4. Lain-lain perintah yang difikirkan sesuai dan adil oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

[2] Pada 2 Mei 2024, Mahkamah ini atas imbangan kebarangkalian telah memberi keputusan dengan membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 38. Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini, Defendan Pertama telah menfailkan rayuan vide Notis Rayuan bertarikh 15 Mei 2024 ke Mahkamah Tinggi.

[3] Bagi permohonan ini, Mahkamah ini telah meneliti kertas-kertas kausa yang berikut:

(a) Writ Saman bertarikh 2 Jun 2021 [Lampiran 1];

(b) Pernyataan Tuntutan bertarikh 31 Mei 2021 [Lampiran 2];

(c) Memorandum Kehadiran Defendan Pertama bertarikh 29 Julai 2021 [Lampiran 5];

(d) Perintah bagi Lampiran 11 bertarikh 24 Mei 2022 [Lampiran 25];

(e) Notis Pemindahan Tindakan Ke Mahkamah bertarikh 29 Jun 2022 [Lampiran 25];

(f) Penghakiman Persetujuan bertarikh 29 Mei 2023 [Lampiran 32];

(g) Lampiran 38;

(h) Afidavit Sokongan Nuraini binti Zakaria yang diikrarkan pada 16 Oktober 2023 [Lampiran 40]; dan

(i) Afidavit Jawapan Seri Kelana Bin Mokhtar yang diikrarkan pada 3 November 2023 [Lampiran 41].

Ringkasan Fakta Kes

Fakta kes sebagaimana Lampiran 2 adalah seperti berikut.

[4] Plaintif adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah undang-undang Malaysia dan mempunyai alamat perniagaan di Tower 1, Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.

[5] Defendan Pertama adalah seorang individu yang ditaja dan ditawarkan oleh Plaintif suatu pinjaman pelajaran boleh ubah PETRONAS untuk melanjutkan pelajarannya (selepas ini disebut sebagai "Pinjaman Pelajaran") dan mempunyai alamat penyampaian di No 16, Kampung Kinjang Lama, 35300 Chenderiang, Perak.

[6] Defendan Kedua adalah seorang individu dan merupakan penjamin kepada Defendan Pertama berkenaan dengan Pinjaman Pelajaran tersebut dan mempunyai alamat penyampaian di 30, Lebih Wirajaya, Rapat Setia, 31350 Ipoh, Perak.

[7] Defendan Ketiga adalah seorang individu dan juga merupakan penjamin kepada Defendan Pertama berkenaan dengan Pinjaman Pelajaran tersebut dan mempunyai alamat penyampaian di 4, Kampong Pantai Dalam, Off Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.

[8] Atas permintaan Defendan Pertama, Plaintif telah melalui surat tawaran bertarikh 6 Disember 1999 (selepas ini disebut sebagai "Surat Tawaran") dan satu perjanjian bertarikh 15 Disember 1999 (selepas ini disebut sebagai "Perjanjian") menawarkan Pinjaman Pelajaran tersebut tertakluk kepada terma dan syarat di dalam Surat Tawaran dan Perjanjian tersebut. Jumlah pinjaman yang diberikan kepada Defendan Pertama adalah sebanyak RM392,505.91.

[9] Antara terma-terma penting di dalam Surat Tawaran dan Perjanjian tersebut adalah seperti berikut:

(a) Jika Defendan Pertama tidak diambil bekerja dengan Plaintif, Pinjaman Pelajaran tersebut hendaklah dibayar balik kepada Plaintif mengikut perenggan (c) Fasal 1 Perjanjian tersebut setelah Defendan Pertama mendapat pekerjaan secara tetap dengan organisasi lain atau selepas 12 bulan Defendan Pertama menamatkan pelajaran atau yang mana terdahulu; dan

(b) Penjamin-penjamin adalah secara bersesama dan berasingan menjamin pembayaran balik Pinjaman Pelajaran tersebut oleh Defendan Pertama kepada Plaintif atau jika Defendan Pertama tidak melaksanakan tanggungan-tanggungan di bawah Perjanjian tersebut, Penjamin-penjamin akan menggantirugi Plaintif.

[10] Setelah tamat pelajaran Defendan Pertama, Plaintif telah men


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top