MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. ABDUL HALIM ISHAK DAN SATU LAGI
[Rayuan Jenayah No: A-05(S)-270-11-2012]
| Table of Content |
|---|
| 1. appeal against sentencing severity. (Para 1 , 2) |
| 2. facts of the drug possession case. (Para 3 , 4 , 6) |
| 3. prosecution's appeal focus. (Para 5 , 7) |
| 4. arguments for harsher sentencing. (Para 8 , 9 , 10 , 11 , 12) |
| 5. sentencing principles and proportionality. (Para 13 , 14 , 15 , 16) |
[1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Taiping yang menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun dari tarikh tangkap dan 10 kali sebatan terhadap Responden Pertama dan hukuman penjara 6 tahun dari tarikh tangkap dan 10 kali sebatan terhadap Responden Kedua bagi kesalahan dibawah s 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB 1952") yang boleh dihukum di bawah s 39A(2) Akta yang sama dan dibaca dengan s 34 Kanun Keseksaaan.
[2] Kami telah mendengar rayuan ini pada 30 Mei 2013. Kami mendapati rayuan ini mempunyai merit. Justeru, kami dengan sebulat suara telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan mengenepikan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikannya dengan hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap dan 10 kali sebatan terhadap Responden Pertama, dan hukuman penjara 13 tahun dari tarikh tangkap dan 10 kali sebatan terhadap Responden Kedua.
[3] Responden Pertama dan Responden Kedua, pada mulanya, telah dituduh mengedar dadah berbahaya, iaitu cannabis seberat 11,120 gram, satu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama. Kesalahan dikatakan dilakukan pada 20 February 2009. Responden Pertama dan Responden Kedua minta dibicarakan. Walau bagaimanapun, selepas 6 orang saksi pendakwaan memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya terpelajar telah menawarkan kepada kedua-dua Responden satu pertuduhan pilihan di bawah s 6 ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39A(2) Akta yang sama.
[4] Selepas pertuduhan pilihan (Ekshibit P33) dibaca dan diterangkan kepada kedua-dua Responden dan faham akan rupa, jenis dan akibat pertuduhan tersebut, mereka telah mengaku bersalah tanpa apa-apa syarat. Pengakuan bersalah kedua-dua Responden juga telah disahkan oleh peguam bela terpelajar yang mewakili kedua-dua mereka.
[5] Selepas mendengar rayuan peringanan hukuman oleh peguam bela terpelajar dan rayuan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwa Raya terpelajar, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman seperti yang dinyatakan sebelum ini.
Fakta Kes
[6] Fakta kes ialah seperti yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya terpelajar di Mahkamah Tinggi dan ditanda sebagai Ekshibit P34. Ia dibaca seperti berikut di mana "T1" ialah Responden Pertama dan "T2" ialah Responden Kedua:
"(i) Pada 20 February 2009, pada jam lebih kurang 9.00 malam, pengadu, iaitu Kpl. Abd. Majid bin Daud, bersama sepasukan anggota polis telah mengadakan satu sekatan jalanraya di KM42.5, Jalan Kuala Kangsar - Gerik (Lenggong), Perak.
(ii) Seterusnya pada jam 10.45 malam, pengadu telah menahan sebuah kereta dengan nombor pendaftaran PAV 3643 yang datang dari arah Grik ke Kuala Kangsar. Kereta tersebut dinaiki oleh Addul Halim bin Ishak (T1) dan Mohamad Omar bin Ali (T2). Pengadu kemudian telah meminta lesen memandu dari pemandu kereta, iaitu T1. Manakala T2 dalam keadaan tidur di bahagian penumpang hadapan kereta tersebut. Selepas itu, pengadu mengarahkan T1 memandu ke tepi jalan.
(iii) Setelah kereta berhenti, pengadu telah meminta kad pengenalan T1 dan mengarahkannya keluar dari kereta dan enjin kereta dimatikan. Pengadu kemudian bertanya kepada T1 apa kandungan di dalam beg yang berada di bahagian tempat duduk belakang. T1 menyatakan kandungan beg tersebut adalah pakaian.
(iv) Pengadu kemudian telah membuka pintu belakang kereta dan terbau dadah berbahaya jenis ganja. Seterusnya, pengadu telah menggari T1 dan T2.
(v) Selepas itu, pengadu telah merampas kunci kereta dari T1 dan membuka boot kereta. Pengadu dapati sebuah beg berwarna hitam. Pengadu telah menjalankan pemeriksaan di dalam beg tersebut. Hasil pemeriksaan menunjukkan beg tersebut mengandungi 12 ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah berbahaya jenis ganja.
(vi) Sete
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.