SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1650

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
NAVARRAJ RAVICHANDRA & SATU LAGI LWN. PENDAKWA RAYA
[Permohonan Jenayah No: JA-44-78-11-2024]



Petitioner Advocates:Natasha Parvena Loh Velu ,Respondent Advocate: Nor Azizah Aling,Nadia Mohd Izhar

The court held that the offence under section 124K of the Penal Code, concerning sabotage of essential services, is not within the purview of the Special Measures Against Terrorism Act 2012 (SOSMA).

Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 124K - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) - Kesalahan sabotaj terhadap perkhidmatan air tidak tertakluk di bawah SOSMA - Mahkamah memutuskan bahawa pemakaian peruntukan dalam SOSMA tidak terpakai untuk kesalahan di bawah s 124K berhubung tindakan sabotaj yang menyebabkan kemudaratan terhadap pemeliharaan perkhidmatan utama - Peruntukan s 124K dikecualikan sebagai kesalahan keselamatan berdasarkan Perkara 149(1) Perlembagaan Persekutuan, yang telah dikecualikan daripada pemakaian SOSMA. (Paras 36, 37)

(B) Isu - Apakah kesalahan di bawah s 124K Kanun Keseksaan berada di luar skop pemakaian SOSMA? Mahkamah menyimpulkan bahawa kesalahan sabotaj terhadap perkhidmatan awam tidak dianggap sebagai kesalahan keselamatan di bawah SOSMA, membolehkan kes ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi. (Paras 10, 36)

(C) Keputusan - Permohonan semakan Pemohon-Pemohon dibenarkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi untuk dibicarakan. (Paras 36, 38)

Table of Content
1. charge details against applicants (Para 4 , 5 , 10)
2. court's reasoning on statutory interpretation (Para 6 , 12)
3. respondent's arguments against applicants (Para 11)

[1] Ini merupakan permohonan semakan oleh Pemohon-Pemohon terhadap perkara-perkara berikut:

(a) pertuduhan terhadap Pemohon-Pemohon di bawah s 124K Kanun Keseksaan (KK) bagi no kes JH-62-17-09-2024 di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi adalah di luar skop pemakaian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747] (SOSMA); dan

(b) semua prosiding termasuk pengurusan dan perbicaraan kes hendaklah dilakukan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi mengikut bidang kuasa wilayahnya.

[2] Setelah mendengar hujahan lisan dan bertulis pihak-pihak, Mahkamah ini telah mengambil keputusan bahawa Permohonan semakan oleh Pemohon- Pemohon dibenarkan.

[3] Terkilan dengan keputusan Mahkamah, Responden telah memfailkan rayuan. Berikut merupakan alasan-alasan Mahkamah.

Fakta Kes

[4] Secara kesuluruhannya, Pemohon-Pemohon dan dua orang yang lain telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor pada 26 September 2024 seperti berikut:

(a) No kes: JH-62-17-09-2024 (terhadap Pemohon-Pemohon)

"Pendakwa Raya

v.

1. Navarraj Ravichandran

2. Prasanth V Klaiarasan

3. Jaya Kumar Kathirvel

Ketiga-tiga dituduh atas kesalahan sabotaj secara tidak langsung kerana dengan niat bersama telah menyebabkan mudarat terhadap pemeliharaan perkhidmatan utama iaitu perkhidmatan air bertempat di kawasan lombong Kampung Orang Asli Pasir Intan, Bandar Tenggara, dalam Daerah Kota Tinggi, dalam negeri Johor Darul Takzim, yang merupakan suatu kesalahan di bawah s 124K Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama dan dibaca bersama dengan s 34 Kanun yang sama, yang dilakukan di antara 27 Ogos 2024 hingga 4 September 2024, di antara pukul 8.00 malam hingga 11.30 malam."

(b) No kes: JH-62-18-09-2024 (terhadap dua (2) yang lain)

"Pendakwa Raya

v.

1. Tan Eng Yong

2. Lau Kamm Wai

Kedua-dua tertuduh dituduh atas kesalahan sabotaj secara tidak langsung kerana bersubahat dengan Navarraj Ravichandran No K/P 010729-050387, Prasanth V Klaiarasan No K/P 960527-08-6233 dan Jaya Kumar Kathircel No K/P 720607-01-6005 untuk menyebabkan mudarat terhadap pemeliharaan perkhidmatan utama iaitu perkhidmatan air bertempat di kawasan lombong Kampung Orang Asli Pasir Intan, Bandar Tenggara, dalam Daerah Kota Tinggi, dalam negeri Johor Darul Takzim, yang merupakan suatu kesalahan di bawah s 124K Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama dan dibaca bersama dengan s 109 Kanun yang sama, yang dilakukan di antara 27 Ogos 2024 hingga 4 September 2024, di antara pukul 8.00 malam hingga 11.30 malam."

[5] Permohonan di Mahkamah ini berkenaan no kes JH-62-17-09-2024 sahaja. Semasa pengurusan kes pada 14 November 2024 di Mahkamah Sesyen Jenayah Kota Tinggi di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan, Timbalan Pendakwa Raya terpelajar (TPR) telah mengemukakan sesalinan izin di bawah s 177A(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) bertarikh 13 November 2024.

[6] TPR telah memohon agar kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi tujuan perbicaraan. Kesan daripada permohonan TPR, Peguambela yang mewakili Pemohon-Pemohon telah memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor (Permohonan ini). Permohonan yang sama telah dibuat oleh TPR terhadap no kes: JH-62-18-09-2024. Bagi kes tersebut ia telah didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Johor Bahru, Johor.

Bidangkuasa Mahkamah Dalam Pendengaran Semakan

[7] Dalam satu permohonan semakan, justifikasi bagi Mahkamah ini berpunca daripada peruntukan ss 31 dan 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA 1964) yang dibaca bersama-sama ss 323 dan 325 KTJ.

[8] Selain itu, Mahkamah juga merujuk kepada kes Liaw Kwai Wah & Anor v. PP ; ; [1987] CLJ (Rep) 163 di mana memutuskan seperti berikut:

"We would observe that the power of revision is to be exercised in accordance with the law for the time being in force relating to criminal procedure. In the present case that law is

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top